Upin dan Ipin menarik tangan Boboiboy dan berjalan ke arah Tok Dalang. Tok Dalang pun melihat mereka pelik bila dua budak kembar tu membawa lelaki yang kelihatan seperti perempuan sebab rambut dia yang panjang tu ke arah dia. Kesian, Boboiboy dipanggil perempuan :v
Tok Dalang : Eh? Siapa kakak yang korang bawak ni?
Boboiboy : Er.... saya ni lelaki Tok. Bukan perempuan.
Tok Dalang : Eh? Ye ke? Sorry sorry. Rambut kamu tu yang panjang sangat sampai rupa macam perempuan.
Boboiboy : Ehehehe... 😅
Tok Dalang : Macam mana kamu boleh ada dekat dalam dusun Atok ni?
Boboiboy : Saya.... tersesat Tok. Maaflah sebab dah ceroboh dusun Atok ni. Saya pergi sekarang.
Tok Dalang : Ehhhhh! Tak apa. Jangan lah pergi lagi. Mari makan durian ni hah. Fresh baru jatuh dari pokok ni!
Boboiboy : Tak apa ke Tok?
Tok Dalang : Tak ada apa apa lahhhh. Sekali sekala kan? Meh Atok belanja ni!Boboiboy pun terima tawaran Tok Dalang dan naik ke pondok kecil itu bersama dengan Upin dan Ipin.
Tok Dalang pun berjaya membuka durian itu. Maka, terserlah bau durian yang perghhhhhhhh. Hah, tua tua dan badan nampak tulang pun, sado tau Atok! Masih boleh bukak buah durian! Kita yang muda ni, nak sentuh buah durian pun takut, tangan tercucuk duri durian tu.
Hah, habis terliur habis si Boboiboy tu lepas membau durian tu. Air liur meleleh! Tok Dalang pun tergeleng jelah melihat telatah Boboiboy.
Tok Dalang : Hah, makan makan! Jangan malu malu!
Boboiboy pun ambil 2 ulas durian dengan dua dua belah tangannya. Mata Boboiboy bersinar bak bunga api masa hari raya :v. Mata Boboiboy berubah menjadi biru aquamarine. Ice mengawal badan Boboiboy. Dia pun mengidam durian jugak katanya 🤣 Tapi Tok Dalang dan dua kembar tu tak perasan warna mata Boboiboy berubah. Boboiboy pun, dengan gelojohnya, makan durian itu.
Tok Dalang : Eh eh! Jangan makan gelojoh sangat. Nanti tercekik! Jangan risau, ada banyak durian ni hah!
Boboiboy : E-ehehehe.... sorry Tok. Dah lama tak makan durian, ehehehe.
Upin,Ipin : Ish ish ish. Tak patut tak patut.Mereka berempat pun sambung makan durian dengan gembira.
Di dalam jam tangan Boboiboy, semua element melihat ke arah Ice dengan muka 😑. Yelah, kawal badan Boboiboy sebab nak makan durian je.
Ice : Apa apa? Aku lapar ok. Dah 4 tahun tak merasa durian ni.
Thorn : Nak Durian ke? Aku dan Solar boleh buatkan untuk kau! 😄Thorn tarik bahu Solar. Kedua dua mereka memberi senyuman jahat ke arah Ice.
Ice : *pandang Tholar dari atas ke bawah kiri ke kanan luar ke dalam* 😒 Tak kuasa aku nak makan durian si Sori tu. *sambung makan durian*
(Author : Oh ya! Author ada buat fanart untuk Boboiboy Sori jugak! Ini dia! :3 )
(Author : This baby is cute but sarcastic at the same time 😩 macam Thorn 🤣)
Taufan : Haih kau ni Ice. Kau makan banyak banyak ni, nanti bertambah balik berat badan kau tu.
Ice : Lebih baik tambah berat badan dari tambah dosa. *sambung makan*
Taufan : *tersentap*
Hali : Haih.... *geleng kepala*
Gempa : Biarlah Ice tu. Dah memang jenis kuat makan kan.
Thorn : Tapi durian si Sori dia tak nak makan pulak!
Blaze : Thorn, durian kau tu untuk menyerang. Bukan untuk di makan. Karang tak pasal pasal mati si Ice tu makan durian kau. 😐
Thorn : Eh, haahlah. Lupa pulak. Ehek 😛Mereka yang lain hanya mampu menggeleng mendengar jawapan Thorn.
Kembali ke dunia nyata, mereka berempat baru sahaja habis memakan durian di dusun Tok Dalang tadi. Kenyang ohhhhh. Upin dan Ipin pun bawa Boboiboy jalan jalan sekeliling Durian Runtuh.
Upin : Abang tinggal dekat mana? Tak pernah pun kami lihat abang dekat sini.
Boboiboy : Ohhh. Tu sebab abang memang bukan dari sini. Abang dari... Pulau Rintis!
Ipin : Pulau Rintis?
Boboiboy : Haah. Kampung abang. Dekat Perlis sana tu. Jauh jugak lah dari sini.
Upin : Ohhhh. Abang datang sini sorang sorang ke?
Boboiboy : Haah. Abang memang datang sini sorang sorang, lepas tu sesat. Termasuk ke dusun atok korang tu.
Ipin : Tu bukan atok kitorang. Tok Dalang tu jiran dan ketua kampung kami. Kami rapat dengan atok sebab kami jiran dia je, dan kawan lama Opah.
Boboiboy : Lah, macam tu pulak. Opah tu, nenek korang ke?
Upin : Haah! Nenek kitorang!
Boboiboy : Ohhhh. Hm..... korang. Boleh tak kalau abang nak minta sesuatu?
Upin : Hah, apa dia?
Boboiboy : Boleh tak kalau abang nak tinggal dekat rumah korang sementara?
Upin : Hm.... tak boleh lah bang. Rumah kitorang dah penuh, tak ada bilik kosong lagi dah.Memang ada bilik kosong sebenarnya. Bilik mak ayah Upin Ipin tu. Tapi, mereka tak nak bagi orang luar guna bilik tu lagi. Kecuali orang yang Upin Ipin kenal macam kawan kawan diorang. Mereka kan baru je jumpa Boboiboy. Tak kan terus nak percaya Boboiboy dengan bilik tu. Diorang dah besar, jadi dah boleh fikir waras dah.
Ipin : Tapiiiiii! Kitorang tahu abang boleh tinggal dengan siapa!
791 perkataan
HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!! LAMA SANGAT TAK TAIP CERITA AKU NI- SORRY LAH LAIN BEBENOR JADINYA- OK, TATA! ARIGATO! NYA! Eh silap. Arigato! Sayonara! Carbonara! Author here to say goodbye, roger and out!
KORANG KOMEN LAH APA APA SIKIT, BUAT ROLE PLAY KE DEKAT KOMEN. AUTHOR KESUNYIAN NI 😭🤣💔
YOU ARE READING
Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)
FanfictionBermula dari misi untuk menylamatkan power spera, berubah menjadi misi untuk selamatkan diri sendiri. Apa yang akan jadi? Temukan di buku ini!