Misi : Jalan Keluar

531 61 10
                                    

Kita kembali semula ke 2 jam yang lalu, selepas Reverse dapat menenangkan Alternatebot. Reverse menelefon Shadow.

Rev : Hello..... Kapten....
Shadow : Ya? Ini Boboiboy ke?
Rev : Tak. Maaf Kapten. Ini Reverse.
Shadow : Reverse? Kenapa telefon saya ni? Ada apa apa berlaku ke?

Reverse pun memberitahu apa yang dah berlaku tadi pada Boboiboy. Shadow terkejut. Shadow segera perintahkan Reverse untuk pulang semula ke markas dengan membawa Alternatebot sekali dengannya. Reverse pun mematuhi arahan atasannya. Reverse membawa kapal angkasa yang Boboiboy bawa ke sana dan pulang semula ke markas Rebel Heroes.

Reverse pun tiba di Markas Rebel Heroes sejam selepas itu.

Shadow : Sekarang, ada ke cara untuk bawa Boboiboy kembali ke dunia ni kembali?
Reverse : Saya tak tahu, Kapten. Saya bukannya ahli dengan power spera ni.

Alternatebot bersembunyi di belakang Reverse kerana masih tidak mempercayai sesiapa di sana kecuali Reverse.

Reverse : Alternatebot, kau tahu bagaimana nak bawa Boboiboy kembali?
Alternate : *suara perlahan, hanya Reverse dan Shadow boleh dengar dengan jelas* Ya.... tapi, aku kena ada dengan dia untuk bawa dia kembali ke sini...... tapi..... ada satu cara lagi.....
Reverse : Apa dia?
Alternatebot : Dia ada tak sesuatu berupa buku atau kertas? Pertunjuk akan muncul di atas kertas itu untuk mencari jalan keluar dari dimensi itu. Tapi, dengan cara ini, dia perlu lalu banyak dimensi sebelum dapat kembali semula ke dimensi ni. Memang menyusahkan.... tapi itu satu satunya cara untuk dia keluar dari sana dan kembali ke sini. Aku juga minta maaf sebab termasukkan dia ke dalam dimensi sana.....
Shadow : Tak apa, Alternatebot. Aku tahu yang kau takut.

Reverse cuba memikirkan kembali. Dia teringat, yang Boboiboy ada membawa diarynya bersama dengan dia.

Reverse : Ada! Boboiboy ada bawa diarynya dengan dia!
Alternate : Baguslah! Tapi, macam mana nak bagitahu dia yang cara dia untuk keluar dari sana adalah dengan buku itu? Kita tak boleh nak berkomunikasi dengan dia.....

Tiba tiba, Laura muncul di sudut bilik.

Laura : Ada satu cara untuk kita berkomunikasi dengan dia.
Shadow : Macam mana, Laura?
Laura : Dengan Reverse.

Laura menunjuk ke arah Reverse, membuatkan Reverse sedikit terkejut. Dia?

Reverse : Saya? Kenapa saya?
Laura : Reverse, kamu adalah sebahagian dari Boboiboy. Kamu dicipta oleh perasaan sedih dan dendam dia. Walaupun kamu berdua dah dipisahkan, kamu masih lagi sebahagian dari dia. Kamu boleh berkomunikasi dengan dia melalui telepati dengannya. Apa yang kamu perlu lakukan adalah, fikirkan tetang Boboiboy.

Reverse mengangguk. Dia menutup matanya. Dia cuba memikirkan tentang Boboiboy. Tiba tiba, dia boleh melihat yang Boboiboy sedang baring di atas tilam di Undertale.

Reverse : Diary, Boboiboy! Diary kau boleh bawa kau keluar dari sana!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kembali ke Undertale, Boboiboy terjaga akibat telepati dari Reverse.

Boboiboy : D-Diary? Siapa ni?
Reverse : Ini aku, Reverse. Disebabkan aku masih lagi sebahagian dari kau, kita boleh melakukan telepati. Alternatebot kata pada aku, yang cara untuk kau keluar dari sana adalah dengan diary kau. Akan muncul pertunjuk untuk kau keluar dari sana. Akan ada satu tempat yang akan menjadi portal untuk kau keluar dari dimensi itu. Tapi, ianya tak semudah itu. Kau tak akan bergitu sahaj keluar dari sana dan kembali ke sini. Kau akan masuk ke dalam banyak dimensi lain sebelum kau boleh kembali ke dunia ni kembali.

Mendengar kata kata Reverse, Boboiboy segera mengambil beg galasnya, dan mengambil diarynya. Boboiboy membuka muka surat kosong di sebelah muka surat terakhir dia menulis di dalam diary itu. Buku itu bercahaya. Beberapa perkataan muncul di atas kertas itu secara ajaib. Ayat di atas kertas itu kelihatan seperti pantun.

Keadaan hanya mereka yang tahu,
Tiada yang suka kecaman,
Sebuah tempat hanya yang berkuasa tahu,
Yang bersalah menerima hukuman.

Boboiboy memandang buku itu dengan muka yang pelik.

Boboiboy : Kau betul, memang ada petunjuk! Tapi, aku tak memahaminya.....
Reverse : Bagi orang yang kenal aku, mesti mereka akan cakap aku macam kena sawan ke apa, tapi, aku akan tetap cakap juga. Kau kena minta bantaun sesiapa di sana untuk tolong kau cari tempat itu.

Kenapa Reverse kata begitu? Kerana, ya, sesiapa yang betul betul kenal Reverse, Reverse tak akan benarkan Boboiboy bercakap, lagi lagi meminta bantuan dengan orang yang mereka tak kenal. Lagi lagi, Boboiboy sekarang berada di dimensi yang tiada sesiapa dari dunia lain tahu keberadaan dimensi ini. Tapi, akibat terdesak, dan mahu Boboiboy kembali ke dekapannya semula, dia terpaksa membiarkan Boboiboy meminta bantuan. Well, dia sendiri tahu, yang meminta bantuan adalah yang terbaik, kerana, tanpa apa apa bantuan, kita tak akan pergi ke mana. Sama seperti pelajaran. Tanpa bantuan cikgu, kita bukanlah kita yang sekarang ini.

Boboiboy : Tapi.... aku nak minta bantuan siapa di sini? 
Reverse : Aku pun tak tahu... tapi, sekarang ni, sesiapa sahaja boleh kau minta bantuan.
Boboiboy : Baiklah.....

Telepati antara mereka berdua pun terputus.

Sans : Aku dengar kau perlu bantuan.
Boboiboy : Huh?

Kelihatan Sans muncul di muka pintu bilik itu. Sans pun berjalan masuk ke dalam bilik itu.

Sans : Deria pendengaran aku kuat, kamu tahu? Aku boleh dengar apa yang kamu bualkan dengan seorang lain di balik telepati tu.
Boboiboy : M-macam mana kau-
Sans : Inilah gunanya magic. Aku tengkorak, jadi, memang aku tak ada telinga. Tapi, aku masih lagi boleh mendengar. Dan, magic yang membuatkan aku boleh mendengar. Aku dengar yang kamu perlukan bantuan. Jadi, biar aku yang bantu kamu.





















847 perkataan

Ok, nak Boboiboy masuk dimensi mana lepas ni? :V

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Where stories live. Discover now