Sans : Kamu ni, manusia juga?
Boboiboy : Ya. Ada manusia lain di sini juga selain saya?
Sans : Ya. Dia dah ada dekat sini dah lama dah. Kalau dalam masa manusia, rasanya 2 bulan macam tu lah.
Boboiboy : Ohhhh.Sans boleh nampak yang Boboiboy mengosok gosok badannya sendiri akibat kesejukkan. Well, tak pelik kerana kawasan snowdin itu memang tentunya sejuk akibat salji yang turun sepanjang masa, terutamanya waktu malam.
Sans : Hei, budak. Jom, pergi rumah saya dan adik saya. Rumah kami tak jauh dari sini. Aku tahu kau sejuk, jadi marilah sejukkan badan kau tu.
Boboiboy : Terima kasih banyak banyak, er-sir! *tunduk hormat*
Sans : Tak perlu tunduk hormat dan jadi sopan. Aku ni 27 tahun je. Lagi pun aku tak suka lah hormat hormat macam ni.
Boboiboy : Er.... baiklah, tuan.Mereka pun berjalan menuju ke rumah Sans dan Papyrus. Tak lama pun mereka berjalan. Tak sampai 15 minit, mereka dah tiba di depan rumah Sans dan Papyrus. Sans membuka pintu rumah itu.
Sans : Papyrusssss! Aku dah balik!!!
Dari tingkat atas, kelihatan sebuah tulang rangka sama macam Sans, cuma lebih tinggi, lebih tinggi dari Boboiboy, turun ke bawah, dan teruk memeluk Sans.
Papyrus : Sansssss! Lama aku tunggu kau tahu tak?! Cepatlah! Aku dah masak spagetti di dapur tu untuk makan malam!
Sans : Hahahaha! Yelah yelah, Papyrus.Papyrus pun berdiri semula. Dia baru sahaja melihat Boboiboy sekarang.
Papyrus : Seorang manusia lagi?! Wowwee! Apa nama kamu, manusia?!
Boboiboy : Nama saya Khairul, tuan. Tapi, tuan boleh panggil saya Boboiboy. Saya 18 tahun.
Papyrus : Heeeee, kamu muda 2 tahun je dari saya! Nyehehehe!Tanpa buang masa, Papyrus menarik tangan abangnya dan tetamu barunya itu ke dapur. Dia menghidangkan spagetti buatan air tangannya ke mereka berdua. Boboiboy, mula mula enggan mahu makan, kerana, yelah, dia entah dekat dimensi mana, dan dia tak tahu makanan yang berada di depannya selamat atau tak. Taapi, selepas melihat Sans makan spagetti itu macam tak kisah dengan dunia ini, Boboiboy pun beranikan diri dan menyuap segarfu spaggeti ke dalam mulutnya.
Boboiboy : *kunyah* W-wow. Boleh tahan juga!
Papyrus : Nyeheheheh! Terima kasih, manusia! Saya cuba gunakan resepi baharu yang saya dapat dari puan Toriel!
Boboiboy : Puan Toriel?
Sans : Dia dulu Ratu kepada Undertale, tapi sekarang menjadi ibu angkat kepada manusia yang datang ke sini sebelum kamu. Nama manusia itu adalah Frisk. Dia tinggal dengan Toriel buat masa ni, tapi dia juga kadang kadang melawat ke sini juga. Dia lebih kurang 9 ke 10 tahun macam tu jugak lah. Aku pun tak tahu dan malas nak kisah.Mereka pun makanlah makanan mereka sehingga habis. Selepas siap membasuh pinggan, Papyrus membawa Boboiboy ke bilik kosong di rumah itu, yang akan menjadi bilik tetamu di rumah itu.
Papyrus : Jemput masuk, Boboiboy! Maaflah kalau bersepah sikit. Kami tak ada masa nak kemas bilik ni. Lagi lagi si Sans tu.
Boboiboy : Hm! Tak apa! Yang penting ada bilik untuk saya tinggal. Terima kasih, Papyrus!Boboiboy pun masuk ke dalam bilik. Papyrus berlalu pergi, ingin memeriksa abangnya. Boboiboy duduk di atas tilam yang sedikit bersepah di atas lantai. Bantalnya juga terlihat sedikit lusuh. Tapi, Boboiboy tak kesah. Boboiboy pun baring di atas tilam itu.
Dia ingin melelapkan matanya. Tapi, tiba tiba, satu suara muncul di dalam kepalanya.
"Diary, Boboiboy! Diary kau boleh bawa kau keluar dari sana!"
538 perkataan
Pendek macam kehidupan. HAHAHAHAHA-
YOU ARE READING
Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)
FanfikceBermula dari misi untuk menylamatkan power spera, berubah menjadi misi untuk selamatkan diri sendiri. Apa yang akan jadi? Temukan di buku ini!