Misi : Alola Region

553 64 14
                                    

Ash menolak kerusi roda Boboiboy keluar dari Pokemon Center. Mereka menuju ke arah bertentangan dengan hutan, menuju ke kawasan bandar.

Ash : Oh, ya. Tuan, apa nama tuan? Lupa saya nak tanya.
Boboiboy : Panggil je Boboiboy. Saya cuma 18 tahun je. Jadi, tak payah nak hormat hormat macam tu.
Ash : Ooooo, baik, Boboiboy!

Mereka pun masuk ke dalam kawasan bandar.

Boboiboy : Kalau tak keberatan, boleh saya tanya sesuatu?
Ash : Boleh je. Tanya lah.
Boboiboy : Ni dekat mana ni? Saya sebenarnya sesat.
Ash : Oh, ini Alola Region!
Boboiboy : Alola Region?
Ash : Ya! Alola Region.

Boboiboy rasa, ini masih dimensi yang berada di dalam bumi. Dia rasa dia berada di Jepun, Negara Matahari Terbit. Melihat kelakuan Ash, dia rasa Ash ni orang Jepun, tapi, dia sendiri pun tak pasti.

Walaupun kawasan bandar yang pesat, keadaan di sana tak adalah sesak mana pun. Seperti di kawasan kampung yang aman.

Boboiboy : Tak ramai eh dekat sini, walaupun sebuah bandar.
Ash : Well, hari ni memang hari cuti, jadi semua orang sedang sibuk bercuti sekarang. Alola ni terkenal dengan pantai di sini yang sangat indah!

Mereka kini lalu di kawasan laluan bukit, yang berada betul betul di depan pantai Alola. Mereka boleh melihat pantai Alola yang penuh dengan pengunjung yang bersuka ria di sana.

Boboiboy : Wow.... betullah kata kau!

Boboiboy terpegun dengan keindahan pantai itu. Lautan birunya menenangkan mata. Ash sambung menolak kerusi roda Boboiboy menuruni laluan bukit itu, menuju ke arah tepi pantai. Semasa melalui tepi pantai itu, mereka berdua terserempak dengan Mallow.

Mallow : Oh? Ash!

Mallow berlari ke arah mereka berdua.

Mallow : Hi Ash!
Ash : Oh! Hai Mallow! Apa khabar?
Mallow : Khabar baik! Tuan ni siapa pula?
Boboiboy : Panggil je Boboiboy. Saya baru 18 tahun, jadi tak perlu bahasa bahasa formal macam tu.
Mallow : Oooooo. Lana pun ada. Dia tengah memancing dekat sana tu. Korang berdua nak ke mana ni?
Ash : Nak pulang ke rumah. Boboiboy akan tinggal dengan kita buat sementara waktu ni.
Mallow : Woh! Baguslah tu!
Ash : Kami pergi dulu ya?
Mallow : Ok! Jalan baik baik!

Ash dan Boboiboy pun pergi meninggalkan Mallow di pantai itu. Rumah yang mereka tinggal ni, lebih kepada asrama. Mereka tinggal bersama di dalam satu banggunan yang besar, seperti rumah bangglo, memandangkan Lily tu kaya, dia yang sponserkan rumah tu ke mereka. Mereka pun tinggal bersama.

Mereka berdua tiba di depan rumah bangglo itu. Ianya memang sangat besar. Boboiboy kagum melihat keluasan rumah itu. Rumah bangglo yang besar berdiri megah di atas pasir pantai yang indah.

Ash menolak kerusi roda Boboiboy ke depan pintu utama rumah itu, mengeluarkan kunci rumah, dan membuka pintu itu. Mereka berdua pun masuk ke dalam rumah. Lampu rumah dibuka. Ash menempatkan Boboiboy di ruang tamu, di depan TV.

Ash : Saya nak pergi mandi dulu. Tengoklah TV tu sementara saya mandi. Kalau ada yang masuk ke dalam rumah, dan tengok kau, cakap je yang kau tetamu rumah ni, ok?
Boboiboy : Ok.

Ash pun pergi mengambil pakaian bersih untuk mandi. Boboiboy mengambil alat kawalan TV yang berada di atas sofa dan membuka apa apa sahaja siaran yang dia rasa menarik untuk ditonton. Sementara menonton TV, dia teringatkan diarynya. Boboiboy segera mengambil diarynya dan membuka muka surat yang baru. Benar tekaannya, petunjuk seterusnya keluar.

Dunia bumi, rumah manusia,

Tiada yang berbeza, tiada yang lain,
Mahluk di sana pernah mengambil seorang manusia,
Portal di buka menuju dimensi lain.

Boboiboy : Petunjuk seterusnya!

Boboiboy tahu, dia tak akan menjumpainya sendiri, kerana ini bukanlah dunianya, dan dia tak tahu apa apa pasal tempat itu. Jadi, dia terpaksa menunggu Ash untuk meminta bantuannya.

Kedengaran pintu utama rumah itu terbuka. Masuklah Saphocles dan Kiawe.

Saphocles : Kami dah pulang!

Mereka berdua terkejut melihat orang yang tidak mereka kenali berada di dalam rumah mereka.




























610 perkataan

Yahoo! Author kembali setelah mati selama satu minggu. BAHAHAHAH- Author nak rehatkan otak Author ni je. Oklah, bye! Arigato! Sayonara! Author here to say goodbye, roger and out!

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Where stories live. Discover now