Geng Deku baru sahaja menjumpai tempat yang selamat untuk berlindung. Mereka terpaksa memegang erat Deku, kerana mereka tahu, jika mereka hilang perhatian sedikit sahaja, Deku mungkin akan ambil kesempatan untuk lari dan selamatkan Boboiboy. Mereka tak boleh nafikan juga, mereka risau pasal Boboiboy. Dia dah tolong mereka kalahkan si Takara tadi, jadi, mestilah mereka terhutang budi.
Amigo, yang masih terbang di udara, bangga dengan dirinya. Sudah lama dia tidak menggunakan kuasanya sebanyak ini dalam mana mana misi mencurinya. Kebanyakkan rakyat biasa di sana terlalu lemah sampaikan dia kadang kadang tak perlu keluarkan kuasanya sama sekali.
Amigo : AHAHAHAHAHAHAHA!!!! DAH LAMA AKU TAK RASA SERONOK MACAM NI!!! FINALLY!!!
Penjahat pun mahu berseronok juga. Itulah apa yang Jun rasa. Menggunakan kuasa untuk kebaikkan, menyelamatkan dunia? Membosankan. Jadi jahat seronok! Kenapa? Kau tak perlu tersenyum selalu, kau tak perlu buat baik selalu, kamu tak perlu jada hati orang lain sentiasa, kerana kenapa? BECAUSE NO ONE WILL DO THE SAME TO YOU!!!
Deku : Please be save Boboiboy.....
Sedang Amigo merayai kejayaannya, tiba tiba, muncul seperti cahaya dari tempat Boboiboy berada.
Amigo : Eh?
FWOOOOOOSHHHHHHH!!!!!!
Tiba tiba, sebuah gelombang angin bercampur ais yang sangat sejuk muncul dari tempat Boboiboy berada, bergerak ke seluruh arah, membekukan semua api yang dibuat oleh Amigo, dan banggunan di sekelilingnya. Angin itu sangat kuat, sehingga Amigo dan Jun terpelanting. Perisai Jun membeku, dan akhirnya pecah. Membuat Jun tercampak keluar dari perisainya dan jatuh ke tanah. Amigo pula, masih berdiri, tapi, lengannya yang dia gunakan untuk lindungi dirinya dari udara sejuk tadi, membeku total.
Todoroki : K-kuatnya.....
Sesuatu melompat ke atas, dengan tenaga angin yang sangat kuat.
??? : ELEMENTAL FUSION!!!
Sebuah puting beliung yang sangat sangat besar, sehingga mencecah langit, muncul entah dari mana di tengah tengah medan pentempuran itu. Semua yang berada di sekeliling puting beliung itu, cuba sedaya upaya untuk mengelak dari disedut masuk ke dalam puting beliung itu. Sebuah cahaya berwarna biru muncul dari dalam puting beliung itu, dan secara tiba tiba, sesuatu yang sangat cepat terbang keluar dari puting beliung itu, dan ianya pun berhenti.
Benda itu lalu dengan sangat sangat laju di sebelah Amigo. Amigo cuba mengelak, dan memecahkan ais di tangannya. Amigo memegang pipi kanannya. Darah. Amigo lihat ke arah belakang. Ada seseorang bertenggek di atas tiang lampu. Muka Amigo bertukar bengis.
Blizzard : Boboiboy Blizzard......
Tangan kanannya yang terbuat dari ais, yang sebelum ini cair, kembali membeku secara mendadak. Kedua dua tangannya memiliki cakar ais. Fusion tahap ketiga antara element angin dan ais. Blizzard.
Tanpa membuat masa, Blizzard jatuh menjunam ke bawah. Sebuah pusaran angin muncul di sekelilingnya, menerbangkan dia dengan sangat pantas ke arah Amigo. Pinggang Amigo di cakar olehnya.
Amigo : AKH!!!
Blizzard : *terbang di udara* Oppssssi. Sorry, sakit ya?
Amigo : Grrrr......Amigo membaling api ungu yang panjang tanpa henti dari tangannya, macam flametrower, ke arah Blizzard yang berada di udara. Tapi, Blizzard nampak tenang. Dia menyilangkan ke dua dua tangannya di atas satu sama lain. Tangannya bercahaya. Blizzard menetak tangannya ke sisi dengan cepat. Gelombang angin bersalji muncul dari Blizzard, dan tersebar ke semua tempat. Membekukan segalanya, termasuk api Amigo.
Blizzard : BOBOIBOY VOLTRA!!!
Blizzard berpecah, dan bertukar menjadi Voltra, tahap ketiga Halilintar. Voltra mencipta Sabit Halilintar yang besar, hampir sama seperti Laura punya. Dengan sepantas kilat, tapi kini, lebih pantas lagi, Voltra menyerang Amigo dan Jun sekaligus. Berpuluh puluh serangan dilepaskan. Kedua kedua mereka terenjat oleh kuasa Voltra.
Amigo, Jun : AHHHHHHHHHHHHH!!!!
Voltra berhenti di udara di atas mereka berdua. Voltra bertukar menjadi Boboiboy Kristal. Tahap ketiga Gempa. Kristal terjun ke bawah, membuat pangkah dengan lengannya, dan menyentak tangannya ke sisi. Kuasa Kristal membekukan Amigo dan Jun di dalam kristal yang sangat sangat besar. Kristal terjatuh, terduduk di atas tanah, dan bertukar menjadi Boboiboy semula.
Boboiboy : Erm....
Boboiboy menggosok matanya yang tengah kabur. Setelah penglihatannya pulih, dia terpaku, melihat apa yang sudah dia buat. Dia telah membekukan Amigo dan Jun di dalam kristal, kristal yang sama Tok Kasa pernah guna untuk mengurung Retak'ka. Boboiboy trauma melihat Kristal itu. Boboiboy terus bangun, dan lari dari situ.
Boboiboy menyorok di sebuah lorong kosong yang sempit. Tiba tiba, muncul sebuah portal di hujung jalan kosong itu. Boboiboy terkejut. Dia langsung tidak tengok petunjuk yang diberi untuk mencari portal itu. Boboiboy dengan cepat mengambil buku diarynya, dan membuka muka surat baru. Memang ada tulisan baru yang muncul. Tapi, kini, iana bukan petunjuk.
Tahniah, anda telah berjaya
membuktikan yang anda kuat, dan layak menjadi superhero.
Disebabkan anda telah membuktikan diri sendiri,
portal ini, dibuka untuk mu.Portal itu terbuka kerana keberanian Boboiboy menggunakan kuasanya hingga ke batasnya untuk mengalahkan penjahat, dan menyelamatkan bandar itu. Boboiboy hanya mampu menghembus nafss lega. Tanpa buang masa lagi, Boboiboy melangkah masuk ke dalam portal itu. Portal itu pun tertutup.
773 perkataan
Author jadi bendahari kelas siot 😭🤚
YOU ARE READING
Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)
FanfictionBermula dari misi untuk menylamatkan power spera, berubah menjadi misi untuk selamatkan diri sendiri. Apa yang akan jadi? Temukan di buku ini!