Di Markas Rebel Heroes, Ali, Rudy, Alicia, Shin, Azir dan dua kembar MiLo baru sahaja tiba di markas Rebel Heroes itu. Semasa Boboiboy disedut masuk ke dalam portal dimensi, mereka sedang menjalan misi lain di Planet yang sedikit jauh dari sana. Sebab itulah mereka lambat sampai. Lagi lagi, 2 hari selepas Boboiboy termasuk, baru nak bagi berita. Ali lah yang paling terkejut semasa mendengar berita itu.
Ali : Kapten! Betul ke Boboiboy termasuk ke dimensi lain?!
Laura : Ya. Maafkan kami, sebab tak mampu berbuat apa apa.
Shin : M-macam mana keadaan Boboiboy.
Rev : Boboiboy selamat! Jangan risau! Boboiboy berjaya melepasi 2 dimensi sekarang ni.
Mio : Macam mana kau boleh tahu, Rev?
Rev : Rev kan sebahagian dari Boboiboy. Rev boleh berhubung dengan Boboiboy menggunakan telepati. Tapi, ianya tak boleh bertahan lama. Hanya boleh bertahan sehingga 10 minit sahaja. Tapi, ianya sudah cukup lama untuk Boboiboy memberitahu segalanya dan keadaannya kepada kita.
Rudy : Syukurlah.....Laura memberi mereka berehat sebentar kerana mereka baru sahaja balik dari misi. Mereka semua pun memang tak mampu berbuat apa apa. Selepas seseorang termasuk ke dalam lubang dimensi itu, mereka akan terputus hubungan dengan dunia sebenar mereka. Sekarang ni, Laura hanya mampu boleh berharap dengan Reverse. Tak sia sia dia pisahkan dirinya dengan Boboiboy. Hanya dia lah satu satunya yang boleh berhubung dengan Boboiboy.
Shin : Hei, Azir.....
Azir : Yes?
Shin : Kau tak rasa ke.... yang kita ni hanya menjadi beban kepada pasukan kita?
Azir : ...... betul jugak kata kau.....Ya, mereka tak boleh nafikan yang mereka hanya mampu menjadi beban kepada kawan kawannya ketika misi mereka sebelum ini. Mereka tak sekuat kawan kawannya. Mereka tak kuat macam para trio Ejen Muda yang sudah dilatih dengan situasi begini. Mereka tak sekuat seperti si kembar, Mio dan Leo, yang memang dah berdarah rekrinasi oleh badan alien mereka yang asal, yang juga seorang pembunuh bersiri seperti Rebel Heroes yang lain.
Ya, mereka tak ambil bahagian dalam membunuh, tapi, mereka juga tak mampu menjadi hero. Mereka terlalu lemah berbanding kawan kawan mereka. Itulah yang membuat mereka rasa seperti tidak layak untuk bersama sama dengan mereka.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Kembali ke Boboiboy, Boboiboy tercampak keluar dari portal itu. Selamat, dia mendarat di atas semak, membuatkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan fatal. Hanya lebam kecil sebab terjatuh.
Boboiboy : Aduh....
Getah ikat rambut Boboiboy putus. Membuatkan rambutnya terurai ke atas bahunya.
Boboiboy : Kat mana aku ni?
Boboiboy melihat sekeliling. Dia seperti berada di dalam sebuah dusun. Boboiboy bangun dan keluar dari semak itu. Boboiboy mengibas ngibas daun dari bajunya. Dia melihat ke atas, dan melihat pokok pokok durian yang tumbuh lebat.
Boboiboy : D-Durian.....
Terliur sudah. Jangan air liur tu jadi banjir sudah.
Mana tak nya Boboiboy terliur. Dah nak dekat 4 tahun tak merasa durian sebab terpaksa bekerja di luar angkasa dan dikawal oleh Reverse.
Tiba tiba, sesuatu bergerak di belakang pokok durian. Boboiboy terkejut. Boboiboy memegang jam kuasanya, bersedia sekira kiranya ianya adalah haiwan buas.
Tiba tiba, muncul kepala dua budak dalam kalangan usia 13 tahun. Nampaknya mereka adalah kembar.
???1 : Eh? Kakak ni siapa? Apa kakak buat dekat sini?
Boboiboy : Ahhhh... abang lelaki lah dik.
???2 : Lelaki? Awat cantik semacam abang ni? Rambut panjang macam tu.
Boboiboy : Rambut abang je yang panjang. Tapi abang lelaki ok?
???1 : Abang ni.... pondan ke?
Boboiboy : Ehhhhhh pondan orang pulak budak ni. Abang lelaki asli ok?!
??? : Sorry sorry ehehe... nama abang apa? Apa abang buat sampai boleh ke sini?
Boboiboy : Abang, Khairul. Tapi boleh panggil Abang Boboiboy. Abang tersesat sebenarnya.... ehehe.....
???2 : Lahhhh. Macam mana abang boleh tersesat ke sini? Sini, ikut kami keluar dari sini.Boboiboy pun mengikut sahaja dua budak kembar itu. Asal dapat keluar dari situ sudah.
Boboiboy : Kamu berdua ni, kembar ke? Apa nama kamu berdua?
???1 : Ya. Kami kembar. Nama saya, Aruffin. Tapi abang boleh panggil saya Upin. Ni pulak adik kembar saya, Ariffin. Tapi abang boleh panggil dia Ipin. Memang itu apa yang penduduk kampung panggil kami sejak kecil.
Ipin : Betul betul betul!
Upin : Kau guna lagi betul betul betul kau tu?
Ipin : Dah terbiasa dari kecil maaaaa.Mereka tiba di pondok dusun itu. Kelihatan Tok Dalang sedang cuba untuk membuka sebiji buah durian. Tok Dalang terperasan kehadiran mereka bertiga.
Tok Dalang : Upin Ipin! Sini!
690 patah perkataan
:v hello~
YOU ARE READING
Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)
FanficBermula dari misi untuk menylamatkan power spera, berubah menjadi misi untuk selamatkan diri sendiri. Apa yang akan jadi? Temukan di buku ini!