Misi : Tinggal

408 49 23
                                    

Abang Salleh : Nak tinggal dengan abang? Buat apa?!

Yep. Upin Ipin suruh Boboiboy tinggal dengan Abang Salleh sebab Abang Salleh memang tinggal sorang pun. Abang Salleh sekarang dah jadi salah satu penjahit paling berjaya dekat Kampung Durian Runtuh. Sebelum ni, sikit je yang datang dekat dia, macam Opah, Kak Ros, Upin Ipin, dan macam macam lagi. Tapi, sekarang, hasil tangan Abang Salleh dah meluas ke seluruh kampung! Bukan setakat kat kampung tu je. Abang Salleh sekarang pun dah mula menjual bajunya di internet jugak! Bukan setakat mainan kanak kanak dan barangan kawin je. Baju kawin pun ada hah! Dah berjaya Abang Salleh sekarang.

Upin : Alahhhhh, boleh lah bang. Abang Boboiboy tak ada tempat tinggal nak tinggal dekat sini sementara!
Abang Salleh : Kenapa tak suruh dia tinggal dekat rumah korang je. Ke kat Homestay Tok Dalang tu ke hah?
Ipin : Atok dah cakap kat kitorang, Homestay tu penuh untuk sepanjang minggu ni. Minggu cuti semesta kan. Ramai lah tempah bilik kat sana tu. Rumah kitorang pulak, dah tak ada bilik kosong.
Upin : Haah. Kan Abang Salleh tinggal sorang sorang. Boleh lah Abang Boboiboy teman kan abang untuk sementara!
Abang Salleh : Hmmmm.......

Abang Salleh melihat Boboiboy dari atas ke bawah beberapa kali. Ingat, waktu ni, rambut Boboiboy terurai sebab ikat rambut dia putus. Memang macam minah akhir zaman lah walaupun dia lelaki. Abang Salleh kemudian membuat jari segi empat tepat yang selalu fotografer buat sebelum ambil gambar tu ke Boboiboy.

Boboiboy : Er.......

Abang Salleh kemudian berjalan di sekelilin Boboiboy sambil jari di mengusap dagunya.

Abang Salleh : *dalam hati* Ni boleh jadi model aku ni......

Abang Salleh pun berdiri di tempatnya semula.

Abang Salleh : Hah, yelah. Berapa lama kau nak duduk sini?
Upin, Ipin : Yes!
Boboiboy : Tak lama pun bang. Kalau saya dah boleh balik ke tempat saya, saya bagitahu abang.
Abang Salleh : Hah, yealh kalau macam tu. Meh masuk.

Boboiboy pun masuk ke dalam rumah Abang Salleh. Upin Ipin pulak kena halau pulang dengan Abang Salleh.

Abang Salleh : Hah, tapi, kalau nak tinggal dekat rumah abang ni, kena ada syarat.
Boboiboy : Er.... Syarat apa bang?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Di angkasa lepas sana pula, Shin dan Azir duduk di luar markas mereka sambil lihat ke langit malam. Ya, dekat sana dah malam. Muka mereka muram sahaja melihat ke atas sana.

Tidak lama kemudian, Mio dan Leo keluar dari markas mereka.

Harien : Hah, jaga diri tu. Jangan lama sangat pulak. Dah malam ni.
MiLo : Ok, Abang Harien!

(Harien : Finally, dapat dialog jugak aku!)

Mereka sedang berborak sesama sendiri, sebelum mereka terperasan dua kawan mereka yang dok termenung ke langit malam itu.

Leo : Shin? Azir?
Azir : A-ah! Korang rupanya.

Mereka perasan yang muka kawan mereka berdua tu macam muram semacam. Macam ada benda tak kena. Mereka dan kawan dah lama, sejak Boboiboy first satukan diorang. Of course lah diorang dapat baca muka mereka berdua tu.

(Author : Hah, sudoh. Jangan ada pulak yang shipkan Azir dan Shin nanti. Tapi nak shipkan pun boleh XD)

Mio : Korang, kenapa ni? Ada apa apa yang tak kena ke?
Shin : Eh, mana ada. Kitorang ok jelah.
Mio : Jangan nak tipu.

Kembar dua itu lihat ke arah Shin dan Azir dengan pandangan serius. Mereka kenal dua tu dah lama, mestilah mereka peduli. Kalau tak, kenapa mereka masih bersama sampai sekarang. Kalau lah mereka tak setuju untuk ke angkasa dulu, mesti mereka tak akan dapat kuasa mereka dan dapat tahu identiti sebenar mereka.

Mio : Shin, Azir. Kita dah lama berkawan. Jadi, jangan ingat korang boleh bodohkan kitorang macam tu je. Aku ni dah kira macam kakak korang tau, walaupun kita ni sama umur. Aku dapat tahu kalau korang ada masalah atau tak. Sekarang, jujur dengan aku.
Azir, Shin : Er.....

Tiba tiba, Lui pulang semula ke markas dengan terbang di langit. Dia buat sayap burung helang dekat belakang dia supaya dapat balik ke markas dengan cepat.

Author ingatkan balik. Kuasa Lui adalah dia boleh menjadi separuh apa sahaja haiwan yang dia mahu, dan juga mencipta barangan dengan tangannya. Macam waktu mereka cari Olahragabot dulu.

Percakapan mereka terhenti bila Lui mendarat di depan mereka.

Lui : Yayyyyy! Aku dapat tangkap dua udang besar!

Di kedua dua tangan Lui, dia memegang dua Lobster gergasi, yang hampir separuh tingginya.

Lui : Eh, korang! Jom lah masuk! Aku dapat tangkap makan malam kita ni!

Apa lagi, Lui pun menolak mereka berdua ke dalam markas kembali.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boboiboy : Er.........

Sekarang ni, Boboiboy sedang memekai Gaun Pengantin perempuan. GAUN. PENGANTIN. PEREMPUAN. Siap ada mahkota bunga dan kain yang panjang tu dekat kepala dia lagi! Rambut dia diikat oleh Abang Salleh menjadi Bun.

Kenapa Abang Salleh suruh Boboiboy pakai gaun pengantin tu? SEBAB DIA TU CANTIK WOI!!! KALAH AKU!!! Jap, Author bagi rupa dia macam mana.

Dia lagi cantik dari Author, tolong 😭 Author lukis sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia lagi cantik dari Author, tolong 😭 Author lukis sendiri. Pink woh, fancy. Macam Diva Ku Puteh tu, cewah 🤣

Di belakang Boboiboy pula, disiapkan semacam green screen, supaya boleh edit backgroundnya nanti. Kipas dan kelopak bunga mawar yang diletak diatas meja didepan kipas tadi pun ada untuk kesan dramatik nantinya.

Boboiboy : Abang, Boboiboy ni lelaki, bukan perempuan. Kenapa saya kena pakai macam ni?
Abang Salleh : Alah, muka kau tu yang flawless dan cantik macam perempuan. Kak Ros, si kakak dua kembar tadi tu, sibuk hari ni, tak boleh nak buat model untuk baju ni. Kau jelah ye yang tolong jadi modelnya.

Boboiboy hanya mampu pasrah. Dia jugak yang nak menumpang dekat rumah Abang Salleh nanti. Ikut jelah kehendak dia.

(Boboiboy : KENAPA AKU DIPONDAN KAN DI DUNIA NI HAH?!
Author : Siapa suruh cantik sangat.
Boboiboy : Aku lelaki lah siot TAT)

Abang Salleh : Hah, cuba berpusing perlahan lahan.

Boboiboy pun ikut arahan Abang Salleh. Dia berpusing, untuk buat efek gaun tu ditiup angin dan terapung. Abang Salleh pun buka kipas, dan mula tangkap gambar. Setelah selelsai, Boboiboy pun pakai balik baju dia semula.

Abang : Hah, dah selesai. Terima kasih lah ya. Abang nak jual baju ni, tapi tak ada model nak pakaikan. Nanti abang belanja satu baju baru ya?
Boboiboy : Sama sama, Abang Salleh.
Abang Salleh : Hah, meh sini, abang tunjukkan bilik kamu.

Boboiboy ikut di belakang Abang Salleh ke biliknya. Abang Salleh buka pintu bilik tu.

Abang Salleh : Hah, ni bilkk kau. Buatlah macam bilik sendiri. Tapi jangan sepahkan.

Boboiboy pun masuk ke dalam bilik tu, dan letak begnya di sebelahnya. Dia pun baring atas katil tu. Tiba tiba, begnya bercahaya.

Boboiboy : Eh?



















1044 patah perkataan

Boboiboy cantik siot. Versi Original dari Monsta pun cantik, comel lote lagi. Geram nak tampar ಥ‿ಥ

Ejen Ali Crossover Season 4 : Alternate Universe (Complete)Where stories live. Discover now