BAB 2
"La.. Dekat sini kau nak bawa aku. Ingatkan tempat mahal mana kau nak bawak," keluh Aniq kepada Zarief. Kini mereka berdua sedang menikmati keindahan dan kemegahan berdirinya Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang menjadi kebanggaan Malaysia.
"Dekat sini kan best. Boleh tenang-tenang sambil cuci-cuci mata kau tu," jeling Zarief.
"Cukuplah aku dah cuci mata dengan student dekat U kita tu. Kalau dekat luar ni aku risau kau yang tak nak balik nanti," Aniq membalas gurauan Zarief.
"Tak apa. Slow-slow aku bawa kau hanyut dengan dunia KL ni. Kejap lagi aku mulakan permainan ni Aniq," bisik hati Zarief dengan pandangan matanya yang sangat berniat jahat.
"Kau ni kenapa pandang-pandang macam tu? Kau tengok siapa?" tanya Aniq sambil melihat ke belakang. Lantas Aniq melambai tangannya pada mata Zarief.
"Eh tak. Aku cuma rasa cukuplah kita cuci mata dekat sini. Apa kata kita pergi tempat lain. Aku ada tempat lagi best dari ni," ajak Zarief sambil merangkul tangannya ke bahu Aniq.
"Ke mana pulak?" tanya Aniq pelik. Zarief mengangkat keningnya yang lebat itu.
"Jom ikut je," pinta Zarief. Lantas Zarief menahan teksi dan meminta pemandu tersebut membawa mereka ke suatu tempat. Dalam fikiran Aniq sedikit terganggu kalau-kalau dia dibawa ke tempat yang tidak disukainya. Memandangkan Zarief yang lebih sosial berbanding dirinya, perkara itu lebih membimbangkan dirinya.
Perjalanan mereka berdua mengambil masa setengah jam membawa mereka ke satu destinasi yang berbeza. Kerlipan lampu yang menarik pada papantanda itu menambah kegirangan hati Zarief. Namun dari pandangan Aniq, ianya seakan pelik dan mencurigakan.
Di luar pintu bangunan itu terdapat beberapa orang yang sedang berdiri bersama pasangan masing-masing. Tidak kurang ada yang berjalan terhuyung hayang keasyikan dibawa ke alam fantasi.
Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari perut teksi itu, tangan Aniq terus ditarik oleh Zarief menuju ke kawasan itu. Tempat yang bakal bermulanya permainan Zarief kepada Aniq.
"Wei, kau nak bawa aku pergi mana ni? Lain macam je tempat ni?" tanya Aniq berkerut dahinya.
"Ala rilekslah. Aku saja je nak try masuk dalam ni. Mesti kau tak pernah masuk kan. Aku pun tak pernah sebenarnya," tipu Zarief. Padahal sudah seringkali Zarief memasuki dunia kelab lelaki songsang itu.
"Hurm.. Tak naklah wei. Jom kita balik. Takutlah aku dengan tempat ni," pinta Aniq. Zarief seakan mula memujuk Aniq.
"Ala bukan selalu pun. Please. Kau teman aku masuk dalam ni. Aku janji kita tengok sekejap je, please Aniq. Kata kau sahabat aku," rayu Zarief. Kini Aniq dalam dilema. Haruskah dia memasuki perkarangan dunia seakan neraka bagi dirinya itu? Aniq tidak pernah mengimpikan yang dia bakal memasuki kelab itu. Akankah dia sendiri akan terselamat apabila memasuki lembah nafsu itu.
Tanpa jawapan Aniq, tangannya mula ditarik oleh Zarief memasuki kelab itu. Maka terbuntang bulat mata Aniq melihat ramai pasangan songsang yang asyik meminum arak, berdansa dengan penuh nafsu dan tidak kurang ada yang sedang mesra bersama.
Pentas hadapan disajikan dengan tarian tiang yang dipersembahkan oleh seorang lelaki berbadan tegap dan kemas yang sedang asyik melayani pelanggannya. Hanya mengenakan seluar dalam yang ketat menampakkan bonjolan itu diselit dengan wang tunai sebagai upah kepada dirinya.
Sesekali ada beberapa lelaki yang turut menari bersama penari itu. Mereka seakan tidak malu untuk memegang badan dan meraba setiap inci penari dihadapan itu. Ada yang mencium dan menjilat badan penari itu seperti sedang melayani nafsu serakah mereka.
YOU ARE READING
I Love U My Sugardaddy (Completed)
RomanceSetia itu tidak bersyarat, melainkan hati telah berpaling, terbiarlah cinta terus mati. Ketika nafsu melebihi akal fikiran manusia, terbitnya perasaan cinta yang tidak mampu dilepaskan. Membiarkan cinta itu hadir dan diburu kata nista. Ataupun mele...