Bab 9

1.7K 32 3
                                    

BAB 9

Awan mendung mengiringi langkah Aniq segera pergi dari bangunan itu. Makin cuba dia berlari, makin pedih hatinya menjalar disakiti. Meskipun inilah jalan yang telah dia pilih, namun tiada dalam sangkaannya sebegitu besar penipuan yang telah diperdaya oleh Azmi. Mungkin hatinya berkata untuk berlari sekuat hati, namun tubuhnya tidak berdaya lagi mengerahkan langkahnya yang dipenuhi sepi.

"Sampai hati abang buat Aniq macam ni. Kenapa Aniq begitu bodoh cintakan abang? Kenapa abang sanggup dustakan perasaan Aniq? Kenapa Aniq yang perlu lalui semua ni?" bisik hati Aniq lantas tersandar di celah bangunan itu.

Hujan kini telah membasahi sekujur tubuh Aniq. Hatinya dipenuhi dengan rasa kecewa. Airmatanya mungkin tidak berdaya untuk melepaskan derita. Renungan dan sesalan pada dirinya tidak berhenti terus bermain dalam fikirannya.

"Kau dah buat aku tak percayakan sesiapa lagi. Kau dah matikan segala kenangan yang aku hargai selama ni. Aku tak akan maafkan kau Zarief," luah hati Aniq lantas bangkit berlalu pergi dari bangunan itu.

Bukan mudah untuk Aniq melupakan segalanya. Mungkin semua ini telah tertulis bagi dirinya, namun Aniq tetap menyalahkan dirinya atas sebab mempercayai seseorang yang belum benar dia mengenali.

Jiwanya kini meronta, bagaimana Aniq perlu jalani kehidupan seharian. Tanpa Azmi, tanpa Zarief, mungkin Aniq perlu bersedia menghadapi segala kebencian.

"Biar kita berpisah dari merana.."

Aniq pulang ke kolej kediaman dan tekad untuk terus fokus dalam pelajarannya. Seboleh mungkin Aniq cuba melupakan semua kejadian tadi, namun hatinya terlalu kecil untuk menerima. Jiwa yang resah telah menakluki hari-hari sepi Aniq. Kini dia berteman airmata dalam segala kekalutan.

Aniq bersendirian tanpa sahabat baiknya, Fahmi. Mungkin jika Fahmi berada disampingnya, kurang segala bebanan. Aniq terlalu degil dan tidak cuba mendengar kata-kata Fahmi. Padahnya terkena pada diri Aniq. Sesal tidak berguna, biarlah hari-hari mendatang menentukan masa depan Aniq.

......................................................................

Keesokan harinya, Aniq pergi ke kelas seperti biasa namun dengan wajah yang dipenuhi kesuraman. Hati siapa yang tidak terluka apabila sahabat sendiri ingin menjatuhkan maruah dirinya. Lebih menyakitkan hati seseorang yang disayangi adalah dalang terhadap semua kekalutan ini.

Dalam lekanya mengatur langkah ke kelas, tiba-tiba datang seseorang dari belakang menyedarkan lamunan Aniq.

"Aniq. Aniq" berkata Zainal merupakan kawan sekelas Aniq.

"Ya," berkata Aniq lemah.


"Erm.. tadi aku pergi Fakulti sekejap. Katanya Dekan nak jumpa kau lah. Staf situ kata dah cuba call kau tapi tak dapat. Itu yang aku cari kau ni," jelas Zainal bersungguh.

"Erm.. Phone aku habis bateri. Aku lupa nak charge pagi tadi. Ada apa Dekan nak jumpa aku?" soal Aniq hairan.

"Entahlah. Aku tak pasti. Tapi better kau pergi teruslah. Pasal kelas tak apa, aku bagitahu pensyarah kau jumpa Dekan, okay?" pinta Zainal prihatin.

"Okay. Terima kasih. Apa-apa bagitahu aku tau. Aku pergi fakulti dulu ni," kata Aniq kemudian perlahan-lahan melangkah pergi.

Terbit rasa hairan mengapa pihak Fakulti mencari dirinya seawal pagi itu. Adakah kerana prestasi akademiknya merudum? Atau biasiswa yang dipohon tidak berjaya? Atau pun ada sebab lain? Semua persoalan itu berlegar di minda Aniq.

...........................................................

"Papa baru balik? Tidur mana semalam?" sindir Azfar yang melihat ayahnya baru pulang seawal pagi itu.

I Love U My Sugardaddy (Completed)Where stories live. Discover now