BAB 17
Lari. Hanya itu yang Aniq ingin lakukan. Namun pegangan yang kuat oleh Azfar tidak membuatkan dirinya terdaya melawan lelaki itu. Walau dirinya cuba berkali-kali namun dia tidak berjaya meloloskan dirinya.
"Hoi!" jerit seseorang dari belakang mengejutkan mereka bertiga. Bayangan manusia itu semakin lama semakin hampir dengan mereka. Maka keluarlah wajah Azmi di sebalik kegelapan itu.
"Azfar. Kamu nak buat apa dengan Aniq tu?" soal Azmi berang melihat anaknya bersikap kasar dengan Aniq. Lantas Azmi menarik tangan Aniq mendekati dirinya kemudian memeluk Aniq.
"Oh rupa-rupanya papa masih sayangkan Aniq ni. Puas hati papa buat mama macam ni sekarang. Buat mama macam macam mayat hidup dekat rumah tu. Mama sengsara kerana papa dengan Aniq," berang Azfar diperhatikan Daniel. Lidah Aniq kelu tidak mampu berkata apa. Salah dirinya kerana berkenalan dengan Azmi.
"Azfar tak boleh salahkan Aniq. Papa sendiri yang mulakan dulu. Kenapa nak seksa Aniq sampai macam ni?" tanya Azmi lagi menghampiri anaknya itu. Lantas anaknya mendekati Aniq semula.
"Ni lelaki macam ni yang papa puja-puja. Lelaki yang dah rosak ni. Eh Aniq! Kau ingat kau boleh hidup bahagia ke. Selagi aku hidup, tak ada siapa boleh halang aku untuk seksa kau. Kau ni dasar lelaki murah. Pelacur. Jijik aku tengok kau. Sedar diri kau sikit mana datang asalnya kau tu. Tu dekat kampung hulu kau tu, tak setaraf kau dengan aku. Dasar manusia binatang, sial kau Aniq!" hina Azfar membuatkan hati Aniq semakin luntur.
"Kurang ajar!" Azmi menampar muka Azfar. Terduduk Azfar di atas jalan. Azfar mengeluh kesakitan.
"Anak tak sedar untung. Aku tak pernah ajar anak aku kurang ajar dengan orang lain. Kau dengar sini, kalau aku tak kahwin dengan mama kau, kau pun tak lahir dalam dunia ni. Kau pun patut sedar diri dari mana kau datang. Jangan nak tunjuk lagak kau dekat sini," amarah Azmi kepada anaknya sendiri.
Daniel yang melihat tindakan lelaki itu segera mendapatkan Azfar. Aniq yang melihat keadaan itu terus menyalahkan dirinya sebagai punca keretakan kekeluargaan antara Azmi dan Azfar.
"Papa tak guna. Sampai hati papa tampar Far depan manusia jijik ni. Papa memang kejam. Papa bukan ayah Azfar lagi!!" berang Azfar semakin menjadi.
"Kalau aku ni bukan ayah kau. Kau nak mengaku siapa ayah kau?" soal Azmi semakin geram.
"Sudah!! Berhenti!!!" jerit Aniq mendiamkan semua seketika. Lantas Aniq memandang wajah Azmi.
"Tengok apa yang jadi. Kita tak kan pernah bersama abang. Abang pergilah balik pada isteri dan anak-anak abang. Jangan ganggu saya lagi. Saya dah penat abang. Saya dah penat dihina, dicaci, dimaki dengan semua orang. Sampai mak saya sendiri bencikan saya. Sudahlah seksa hati Aniq," pinta Aniq mengalirkan airmatanya. Dirinya mungkin tidak kuat lagi berhadapan dengan semua ini.
"Aniq dah tak kuat abang. Aniq minta sangat. Aniq merayu dengan abang. Tolong lepaskan Aniq. Jangan ganggu Aniq. Jangan cari Aniq lagi. Abang jagalah isteri dan anak-anak abang. Kalau betul abang sayangkan Aniq, tinggalkan Aniq," rayu Aniq lagi lantas membawa dirinya pergi dari kawasan itu. Aniq menangis dan mengeluh sakit di hati.
"Aniq, jangan tinggalkan abang," pinta Azmi membuatkan Aniq terhenti.
"Jangan cari Aniq lagi. Aniq dah buang cinta abang. Aniq dah ada Lukman," luah Aniq terus pergi meninggalkan tempat itu. Azmi sayu memandang kekasih hatinya itu pergi.
"Puas hati kau sekarang kan?" berkata Azmi kepada Azfar. Bibir Azfar sedikit berdarah. Lalu Azmi turut pergi dari kawasan itu meninggalkan Azfar dan Daniel.
YOU ARE READING
I Love U My Sugardaddy (Completed)
RomanceSetia itu tidak bersyarat, melainkan hati telah berpaling, terbiarlah cinta terus mati. Ketika nafsu melebihi akal fikiran manusia, terbitnya perasaan cinta yang tidak mampu dilepaskan. Membiarkan cinta itu hadir dan diburu kata nista. Ataupun mele...