Bab 20

2.8K 51 35
                                    

BAB 20

Ambulans tiba di tempat kejadian dan mengusung Aniq ke dalam van tersebut. Orang awam mula ramai berkumpul di tempat kejadian. Tidak kurang yang berkongsi cerita menjadi saksi kepada pihak polis. Lukman masih setia disisi Aniq di dalam van tersebut.

Lukman memegang tangan Aniq tanpa lepas. Terlihat darah yang mengalir di kepala, luka-luka di badan akibat kemalangan itu. Entah hilang ke mana pemandu dan kereta itu.

"Aniq, kau bertahan ya Aniq. Aku sayangkan kau. Kau jangan tinggalkan aku," luah Lukman di telinga Aniq lalu mengalirkan airmatanya. Lukman menyalahkan dirinya kerana tidak menjaga Aniq pada waktu itu.

Tidak lama kemudian, van itu telah sampai ke hospital. Tubuh Aniq diusung masuk ke ruangan kecemasan. Terlihat doktor dan jururawat begitu cemas membawa Aniq masuk ke dalam. Lukman turut mengikuti pergerakan mereka.

Sampai di satu sudut kecemasan, Doktor menahan tubuh Lukman untuk terus menunggu di luar wad. Hati Lukman berdebar-debar, cemas dan tidak tenteram. Mengapa perkara sebegitu menimpa Aniq.

......................................................................

"Mak, bila abang Aniq nak balik mak? Adik rindu dengan abang Aniq. Lama dah tak jumpa," berkata adik Anaqi kepada ibu Halimah membuatkan dia menyelindung rasa rindunya.

"InsyaAllah nanti abang Aniq balik nak. Sekarang abang Aniq sibuk dengan belajarnya," pujuk ibu Halimah menenangkan hati anaknya itu.

"Mak telefonlah abang Aniq. Adik nak dengar suara abang Aniq. Semalam adik mimpi abang Aniq lambai adik dari jauh. Adik datang dekat, abang Aniq pergi jauh naik ke atas," terang anaknya itu meruntunkan hati ibunya.

"Tu mimpi adik je. Abang Aniq mesti rindu sangat dengan adik. Mari sini peluk mak," pinta ibu Halimah masih cuba bertenang.

Tidak lama selepas itu, telefon ibu Halimah berdering. Panggilan masuk dari no yang tidak dikenali ditatap lama.

"Ha. Mesti abang Aniq call ni sayang," pujuk hati ibu kepada anaknya itu.

Ibu Halimah : Hello, assalamualaikum

Hospital : Hello, waalaikumsalam. Ni Puan Halimah Binti Kasim ke?

Ibu Halimah : Ya saya betul.

Hospital : Puan ibu kepada Fareez Aniq bin Firdaus ya?

Ibu Halimah : Ya saya mak kepada Aniq.

Hospital : Okay, kami mohon puan datang ke hospital sekarang ya. Encik Aniq sekarang berada di wad kecemasan, dia kemalangan langgar lari sebuah kereta.

Ibu Halimah : Apa?? Aniq?? Ya Allah.. Aniq anak mak...

Telefon itu terjatuh ke lantai. Berubah riak wajah ibunya. Terduduk ibu Halimah mendengarkan khabar berita yang hadir ketika waktu mendung pada hari itu.

"Aniq. Ya Allah, apa jadi pada kamu Aniq," ibu Halimah menangis sambil memeluk anaknya.

.........................................................

Pandangan Azmi terus menembus ke skrin layar telefonnya itu. Wajah Aniq masih menjadi hiasan di skrin layar telefon itu. Entah mengapa hatinya seakan sedih tanpa kehadiran Aniq lagi di sisi.

Apatah lagi hati Azmi hanyalah untuk lelaki itu. Azmi masih belum menerima kenyataan yang Aniq memilih untuk tidak bersama dirinya, namun bersama Lukman.

"Aniq, Aniq tahu tak, abang sayang sangat dengan Aniq. Kenapa Aniq tipu diri Aniq sendiri. Abang tahu Aniq sayangkan abang. Abang tahu Aniq perlukan abang. Tapi Aniq lebih rela berkorban perasaan untuk abang. Tapi abang sendiri tak mampu nak terima semua ni Aniq," luah perasaan Azmi dibibirnya. Sudah beberapa hari Azmi bertemankan airmata tidak dapat menerima keputusan Aniq.

I Love U My Sugardaddy (Completed)Where stories live. Discover now