Bab 8

2K 34 1
                                    

BAB 8

"Kau nak tahu siapa papa kau tu sebenarnya?" berkata seorang lelaki memandang tepat ke mata Azfar. Pertemuan di antara Faiz dan Azfar diatur rapi bagi mendedahkan perkara yang terselindung sebalik sikap ayahnya.

"Apa hubungan kau dengan papa aku?" bertanya semula Azfar kepada Faiz. Agenda utama untuk mengeruhkan hubungan keluarga Azmi telah bermula.

"Aku? Aku salah seorang mangsa nafsu dia. Papa kau tu memang suka cari jantan sebab nak puaskan nafsu dia. Kau nampak dia gagah perkasa kan, tu semua sebab nak tarik perhatian anak-anak muda dekat luar tu termasuk aku," jelas Faiz menjawab persoalan Azfar. Semakin lama hati Azfar semakin pedih dengan kata-kata Faiz.

"Bukan setakat aku, ramai dah jadi mangsa dia. Kau nak tahu apa kiteorang dapat? Duit dia. Kemewahan dia. Dan tubuh badan dia," terang Faiz lagi. Genggaman kuat terlihat pada jemari Azfar.

"Then kenapa kau bagitahu aku semua ni? Apa kau nak sebenarnya?" bertanya kembali Azfar.

"Aku tak nak kau semakin tertipu dengan perangai sebenar papa kau tu. Setahu aku sekarang dia tengah seronok dengan sorang student. Bukan calang-calang pilihan papa kau tu. Budak tu comel dan putih," Faiz menambah kemarahan pada Azfar.

"Tapi aku tak pernah nampak papa aku bawa jantan ke sana sini. Dekat rumah pun tak ada. Kau jangan buat cerita suka-suka," Azfar memberi amaran kepada Faiz yang tersenyum sinis.

"Kau fikir betul-betul. Takkanlah nak buat dekat rumah kau tu. Apa bodoh sangat ke papa kau tu? Kau tahu dia ada apartment dekat Damansara tu?" soal Faiz. Kini Azfar semakin keliru dengan pertanyaan itu lantas dia menggelengkan kepalanya tidak tahu.

"Ha.. tulah kau kena tipu hidup-hidup dengan dia. Wife dia pun kena tipu. Kalau kau nak tahu aku dah banyak kali pergi apartment dia. Semua jantan yang dia nak puaskan semua dekat situ. Cuba kau pergi sekarang, mesti dia tengah kesedapan dengan lelaki tu," sindir Faiz lagi. Muka Azfar berubah merah dan semakin berang.

"Kau jangan nak memandai buat cerita. Nanti kau yang aku belasah dekat sini," kemarahan Azfar semakin membuak-buak.

"Kalau kau tak percaya, pergilah sendiri cari papa kau tu. Aku tak tipu benda yang betul. Aku boleh share location pada kau," lantas jarinya menghantar Whatsapp lokasi apartment Azmi.

"Terpulang pada kau nak percaya atau tak. Jangan sampai satu masa nanti dia halau mama kau dan kecewakan dia macam mana aku pernah kena. Dah puas dengan nafsu dia, sibuk mencari lelaki lain," Faiz menambah kesakitan pada Azfar. Segera Faiz bangun dan berlalu pergi dari Azfar. Terlihat Azfar masih bersendirian di kedai makan itu dengan perasaannya yang penuh dengan dendam amarah. Azfar perlu mencari jalan supaya segala penipuan ayahnya itu terbongkar dengan mudah.

"Aku tak akan berdiam diri," jerit hati Azfar.

.....................................................................

"Terima kasih abang untuk segalanya. Aniq gembira sangat sebab dapat miliki abang," ucap Aniq yang kini berada di hadapan blok kediamannya.

"Sama-sama Aniq. Abang pun nak ucap terima kasih pada Aniq sebab sanggup terima abang. Walaupun abang dah kahwin, tapi Aniq sangat memahami abang. Abang sayang Aniq," sambil Azmi membelai pipi lembut Aniq. Segera Aniq menunduk malu dengan layanan Azmi.

"Esok abang jangan lupa jemput Aniq tau. Kalau boleh Aniq nak tidur rumah abang. Lagi pun Aniq tak ada kelas," pinta Aniq sambil menatap wajah romantik Azmi.

"Ya sayang, boleh. Esok abang amik dekat sini ya. Ingat bawa baju lebih sikit. Mana tahu basah sebab air abang," gelak ketawa Azmi kepada Aniq.

"Ish abang ni nakallah. Abang janji jangan tinggalkan Aniq ya. Aniq sayangkan abang," mata Aniq tidak berhenti memandang Azmi. Aniq seperti tidak percaya kerana telah memiliki lelaki yang menjadi idamannya.

I Love U My Sugardaddy (Completed)Where stories live. Discover now