Bab 4

2.4K 37 2
                                    

BAB 4

"Lepaskan aku," lantas Aniq menendang salah seorang lelaki yang memegang badannya. Tercampak badan lelaki itu ke tanah. Lantas Aniq bergegas lari ingin melepaskan diri. Dari belakang kelihatan ketiga-tiga lelaki itu masih mengejar Aniq.

Aniq yang begitu panik dan cemas dengan keadaan itu sangat bimbang dengan keselamatannya. Fikirannya tidak bimbang tentang duit atau barang miliknya, tetapi maruah yang terjaga selama ini. Entah bagaimana kakinya tergelincir kerana permukaan jalan licin. Maka jatuh terbaring Aniq di kawasan yang semakin gelap itu. Kelibat ketiga-tiga lelaki itu muncul mengepung Aniq.

"Kau nak lari kemana si comel, sabarlah. Aku tak buat apa-apa dengan kau," pujuk rayu lelaki itu. Wajah Aniq semakin takut dan airmatanya mula mengalir mengenangkan nasib buruk yang bakal menimpanya malam itu.

"Kalau kau duduk diam-diam, aku janji buat perlahan-lahan je sayang," tangan Aniq dipegang kuat lelaki itu. Tidak kuat Aniq menahan perbuatan lelaki itu yang mencium lehernya, mencium telinganya.

"Lepaskan akulah bodoh," herdik Aniq memecah kesunyian.

"Kurang ajar," pang... satu tamparan sangat kuat hinggap di pipi Aniq.

"Dasar lelaki sundal," hina lelaki itu terhadap Aniq. Perut Aniq ditendang sekali lagi oleh lelaki itu membuatkan Aniq tidak berdaya lagi. Kelelahan maksima yang dirasai malam itu membuatkan dia tidak mampu untuk melawan. Matanya mulai menutup dan kini Aniq hilang dari dunia realitinya.

....................................................................................

"Assalamualaikum," sapa seseorang dari luar pintu. Ibu Aniq yang baru sahaja selesai kemas di waktu pagi segera membuka pintu.

"Waalaikumsalam, eh Pak Samad, ada apa ya?" tanya Ibu Aniq kepada lelaki sekampungnya itu.

"Ni Limah, aku datang ni sebab nak tanya sewa rumah kau. Dah 2 bulan kau tertunggak ni. Bilanya nak bayar?" tanya Pak Samad mengejutkan air muka ibu Aniq.

"Erm.. saya minta maaf Pak Samad, saya baru je hantar Aniq masuk universiti. Duit simpanan semua dah pakai untuk uruskan dia. Boleh tak bagi masa pada saya?" rayu ibu Aniq.

"Macam ni lah Limah, aku ni bukan nak paksa-paksa kau, tapi kau pun kena faham aku. Aku pun ada anak bini nak tanggung. Aku bagi masa seminggu ya, nanti aku datang lagi," pinta Pak Samad.

"Baiklah Pak Samad. InsyaAllah saya usahakan. Minta maaf ye Pak Samad," keluh ibu Aniq. Lantas Pak Samad berlalu pergi dari kawasan rumah itu.

Ibu Aniq semestinya merisaukan keadaannya kini yang tidak mampu membayar sewa rumah. Bahkan untuk makan sahaja pun terpaksa dicatu. Ibu Aniq mengakui yang berjimat-cermat adalah cara terbaik untuk dirinya sekeluarga kini. Bimbang hatinya ingin mencari wang sewa rumah yang akan dituntut seminggu lagi. Barangan dapur juga mula susut meluluhkan hati ibu Aniq.

"Maafkan mak anak-anak, mak tak dapat berikan keselesaan dalam hidup kamu semua," sambil menatap wajah anak lelakinya yang masih sekolah itu.

"Kalaulah ayah kamu..." menitis airmata mengenang peristiwa suaminya yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ibu dan bapa mertuanya sendiri tidak mengendahkan cucu-cucu mereka dek kerana perkahwinan antara mereka berdua tidak direstui dari awal. Kini Halimah menyalahkan dirinya atas kesukaran kehidupannya.

...............................................................................

Cahaya mentari yang masuk dari ruang jendela itu telah memberi kehangatan pada badan Aniq. Kelihatan Aniq masih terbaring cuba untuk menyedarkan dirinya. Kini matanya terbuka luas. Dia sendiri tidak pasti di mana dirinya berada sekarang. Susunan perabot mewah dan hiasan dalaman yang menarik membuatkan hati Aniq tenang. Tidak lama selepas itu, muncul wajah seseorang masuk ke ruangan itu.

I Love U My Sugardaddy (Completed)Where stories live. Discover now