BAB 15
Di sebuah kedai serbaneka terlihat begitu ramai pengunjung yang keluar masuk melalui pintu besar itu. Ada yang membeli barangan keperluan dan tak kurang juga ada yang hanya datang sekadar mencuci mata. Aniq yang kelihatan masih lagi kekok menggunakan sistem membuatkan Haris tidak lekang berada di tepi badannya untuk mengajar Aniq.
Begitulah suasana yang mereka sama-sama hadapi sehinggalah larut malam. Walaupun begitu, Aniq masih bertungkus lumus memahami kaedah pembayaran yang ditawarkan oleh kedai itu. Aniq masih belum diberi kepercayaan untuk menutup kiraan tunai pada hari itu. Maklum saja, baru hari pertama Aniq.
"So Aniq, how your first day? Okay tak? Haris ajar okay?" tanya Encik Sani yang ditugaskan untuk memantau kedai itu.
"Alhamdulillah. Semua okay Encik Sani. Haris banyak ajar saya. Walaupun tengah ramai tadi, memang mantaplah Haris boleh cover," puji Aniq membuatkan Haris segan silu.
"Tak adalah Aniq, kau je cepat belajar. Okaylah kan. Tak apa hari-hari belajar, lama-lama pandai. Silap-silap kau yang ajar aku," usik Haris pula.
"Okay good kalau dua-dua boleh kerja teamwork. Ini yang saya suka. Ha, esok Tuan Syahmi akan mula masuk dekat kedai kita ni. So kerja rajin-rajinlah ya. Okay Haris, pastikan semua berkunci. Jumpa esok. Bye Haris, Aniq. Hati-hati," ucap Encik Sani sambil melangkah keluar dari kedai serbaneka itu. Aniq mula terfikir-fikir siapakah Tuan Syahmi itu.
"Haris, siapa Tuan Syahmi tu?" tanya Aniq sambil membantu Haris mengemas bakul.
"Tuan Syahmi tu empunya kedai ni. Kalau kau nak tahu, dialah pengurus untuk semua cawangan dekat KL ni. Mudah kata dia punyalah," jelas Haris lagi.
"Oh yeke. Mestilah dia kaya. Anak Dato' ke Menteri ke," gurau Aniq.
"Mestilah kaya. Bapa dia Tan Sri lah Aniq oi. Kalau aku jadi anak Tan Sri pun, aku nak ubah kedai ni jadi pasaraya," terang Haris dalam angannya.
"Beranganlah kau ni. Tapi tak apa, aku doakan kau akan jadi pengurus pada sebuah pasaraya tak lama lagi. Lagi pun kau cekaplah tadi, nak uruskan pelanggan yang banyak songeh lagi, nak itulah inilah. Nasiblah aku penyabar juga," rungut Aniq. Kini mereka sama-sama menutup pintu kedai.
"Itulah hakikatnya kerja penjaga kedai Aniq. Orang ingat senang je. Layan orang nak beli itu ini, lepas tu dapat duit. Then kerja siap. Diorang tak tahu nak kena layan kerenah pelanggan ni macam-macam. Belum kira orang beli barang 20 sen, tapi bayar duit RM50. Kalau ikut hati nak je lekat duit tu dekat dahi dia," rungut Haris juga. Aniq tergelak mendengarkan rungutan rakan sekerjanya itu.
"It's okay Haris. Mulai sekarang kan ada aku. Kata Encik Sani, lepas seminggu, aku mungkin kena kerja ikut syif. Tak dapatlah jumpa kau banyak masa kan?" jelas Aniq.
"Tak apa, Encik Sani tu baik. Kadang-kadang aku minta je nak buat lebih masa, dia okay je. Lagi pun gaji setakat kita 3 orang je. Tak bankrap pun kedai ni. Kau pun tengok sehari je dah berapa masuk kan," terang Haris lagi. Tidak lama kemudian, kereta seseorang menghampiri mereka berdua. Wajah Lukman muncul dari tingkap yang dibuka itu.
"Aniq, jom," panggil Lukman mengajak Aniq pulang.
"Ha.. Haris, jumpa esok okay. Kawan aku dah sampai," terang Aniq tersenyum kekok.
"Hurm.. kawan ke? Lain macam senyuman dia kat kau. Dekat KL ni jangan risau, aku open je," usik Haris membuatkan Aniq berubah riak muka.
"Eh taklah. Kawan je Haris. Aku gerak dulu ya. Kau drive hati-hati. Bye, Assalamualaikum," sahut salam Aniq kepada Haris. Kedua-duanya tersenyum sendiri. Lalu Aniq masuk ke dalam kereta Lukman.
YOU ARE READING
I Love U My Sugardaddy (Completed)
Storie d'amoreSetia itu tidak bersyarat, melainkan hati telah berpaling, terbiarlah cinta terus mati. Ketika nafsu melebihi akal fikiran manusia, terbitnya perasaan cinta yang tidak mampu dilepaskan. Membiarkan cinta itu hadir dan diburu kata nista. Ataupun mele...