Seperti yang telah dijanjikan, Jungwoo memberanikan diri untuk berjumpa dengan ahjusshi yang bernama Lucas itu. Dia berasa agak sedikit gementar kerana baru kali ini dia akan berjumpa dengan betul. Sebelum ini dia hanya ingat-ingat lalat saja wajah lelaki itu kerana dia pengsan di rangkulan lelaki itu.
Jungwoo itu jadi terfikir bagaimanakah rupa lelaki itu? Adakah rupanya sudah berkedut dan perutnya buncit? Rambutnya mungkin sudah beruban. Tapi menurut Ten, ahjussi itu seorang yang hot dan bertubuh sasa. Wajahnya juga tampan membuatkan Ten tergila-gila. Apakah ahjusshi itu masih muda seperti yang dikatakan oleh Ten? Ya, ada benarnya, mana ada orang tua yang sudah beruban dan perut buncit dengan mukanya yang berkedut itu datang ke night club bukan? Dan lagi satu yang lelaki manis itu hampir lupa, jika benar ahjusshi itu masih muda apakah dia sudah berkahwin?
Jungwoo memang mengenali Lucas sebagai pemilik kepada Horizon Development Company, sebuah syarikat terbesar di negara itu namun dia tidak pernah berjumpa dengan wajah sebenar pemilik tersebut kerana pemilik syarikat itu jarang sekali memunculkan diri di pandangan umum boleh dikatakan dia seorang yang misteri. Apakah dia dikira sebagai orang yang beruntung menemui pemilik syarikat besar itu di depan matanya?
"Ehem, jauh termenung?" sampuk satu suara yang membuatkan Jungwoo kembali ke realiti. Dia mendongak ke arah lelaki tampan yang sedang berdiri di sisinya. Siapa lelaki tampan itu?
"Kim Jungwoo bukan? Aku Lucas Wong, orang yang berbual dengan kau tempoh hari," sapa Lucas lalu mendudukkan dirinya di hadapan Jungwoo yang masih lagi memproses dengan apa yang berlaku sekarang. Lucas Wong? Adakah benar bahawa lelaki tampan di hadapannya sekarang adalah Lucas Wong, CEO Horizon Development Company? Jika benar tolong sedarkan lelaki manis itu sekarang juga.
"Ya, jadi tuan inilah yang bernama Lucas Wong?"
"Dah cakap, jangan panggil aku tuan. Aku taklah tua sangat,"
"Maafkan saya, h-hyung. Saya masih tidak biasa dengan orang asing yang baru saya jumpa," cicit Jungwoo membuatkan lelaki tampan itu tertawa kecil melihat tingkah laku lelaki manis yang sangat menggemaskan baginya.
"So, ada apa kau mahu bertemu denganku?"
"Sebenarnya, saya terhutang budi dengan hyung. Kawan saya, Ten mengatakan bahawa hyung telah membayar bil perubatan saya di hospital hari itu. Jadi, saya datang kerana ingin mengajak hyung berbincang tentang jumlah yang perlu saya bayar balik pada hyung," ujar Jungwoo sambil meremas hujung bajunya. Wajahnya menunduk kerana tidak berani menatap wajah yang lebih tua.
" Hei, kalau bercakap itu biarlah memandang lawannya empat mata. Apa kau sedang bercakap dengan meja atau diriku sebenarnya? "Lelaki manis itu perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan sesekali matanya tidak sengaja memandang wajah tampan Lucas yang sedang melihat atau lebih tepat lagi ke dalam matanya.
Diri Lucas seolah telah dipukau dengan wajah manis Jungwoo. Matanya seolah tidak mahu melepaskan pandangan dari wajah manis itu.
"Hyung?" sapa Jungwoo mengembalikannya ke realiti. Lelaki manis itu memiringkan kepalanya dan menatapnya dengan wajah polos membuatkan Lucas menjadi lebih geram dengannya.
"Ehem, pasal bayaran itu kau tak perlu risau. Aku takkan minta kau untuk membayar satu sen pun duit aku," ujar Lucas sambil menyandarkan belakang badannya. Jungwoo mengerdipkan matanya kebingungan. Adakah lelaki itu baru saja menolaknya?
"Tapi sebagai balasan untuk menggantikan duit aku, kau kena tolong aku," Jungwoo makin dengan tidak faham dengan lelaki di depannya. Lelaki itu menolak untuk dibayar semula duitnya namun dia mahu Jungwoo menolongnya. Apa sih niat lelaki itu?
"Tolong apa hyung? Saya akan cuba menolong sebanyak mana yang saya mampu,"
"Be my boyfriend," ucap Lucas dengan singkat. Jungwoo membeliakkan matanya. Apa telingaku bermasalah? Kenapa Lucas hyung mahu aku jadi boyfriend dia?
YOU ARE READING
Sugar Baby {LuWoo} END
FanfictionLucas yang secara tidak sengaja bertemu dengan Jungwoo di sebuah kelab malam lalu meminta tolongnya untuk melarikan dirinya daripada pertunangan yang telah dirancang oleh ayahnya