Chapter 5

145 15 11
                                    

"Apa kau buat di sini?" soal Sicheng baru selesai mandi. Jisoo meletakkan semula telepon suaminya ke atas meja.

"A-aku cuma ingin mengambil baju kotor kau saja,"ujar Jisoo gugup lalu bergegas keluar dari bilik tidur Sicheng. Sebaik saja Jisoo keluar, Sicheng mencapai teleponnya dan melihat ada panggilan dari Kun. Nampaknya Jisoo sempat melihat teleponnya tadi. Tanpa membuang masa, dia pun mendail nombor tersebut.

"Hello, sayang? Maaf aku sedang mandi tadi jadi aku tidak dapat jawab panggilan kau," ujar Sicheng sebaik saja panggilan tersambung.

"Tak apalah, yang penting aku sudah tahu bahwa kau sudah tiba di rumah dengan selamat,"

"Terima kasih sebab ambil peduli tentang ku. Kau sudah makan tadi?"

"Hmm, sudah. Jangan risau,kau pun jaga diri di sana. Berehatlah dengan baik, jangan pentingkan kerja saja. Kesihatan kau harus terjaga, ingat kau tidak lagi muda Wong Sicheng,"

"Ya aku tahu, sayang. Lepas ini aku akan masuk tidur. Badan aku amat letih sekarang," keluh Sicheng sambil memicit bahu kirinya yang lenguh.

"Itu kerana kau sudah tua, Tuan Wong. Sudah aku ingin berehat juga, good night darling," ucap Kun dari seberang panggilan membuatkan Sicheng terkekeh pelan.

"Good night too, babe. Have a sweet dream, I miss you,"

Tidak Sicheng sedari, Jisoo mengintip perbualan mereka di balik pintu bilik tidur Sicheng. Kau sudah mulai berani bermain di belakangku, Wong Sicheng. Lihat saja apa yang akan aku lakukan, bisik hati Jisoo.

❤️❤️❤️

Hendery sekarang berada di gelanggang bola keranjang. Hari ini dia disuruh oleh jurulatihnya untuk melatih pelajar junior latihan bola keranjang.

"Untuk hari ini, aku akan menjadi mentor latihan bola keranjang anda semua. Jika ada soalan, silakan bertanya sebelum kita mulakan latihan,"ujar Hendery dengan dingin. Memang sudah sifatnya seperti dahulu jika bercakap dengan orang asing.

"Saya ada soalan, apakah anda masih tidak berpunya? Tidak patut senior berwajah tampan seperti anda tidak mempunyai kekasih" soal salah seorang junior yang merupakan salah seorang uke di kalangan mereka, rakannya yang lain sudah bersorak melihat keberaniannya menanya soalan itu.

"Maaf, jika anda masuk ke gelanggang ini hanya untuk menanyakan soalan seperti itu, sebaiknya anda dipersilakan keluar kerana aku tidak ingin melatih pelajar junior yang suka menggatal," sindir Hendery membuatkan juniornya itu terdiam. Perhatian lelaki itu terganggu apabila dia melihat seorang lelaki bertubuh kecil berlari menyertai kumpulan pelajar itu.

"Maafkan saya, saya terlambat," ujar lelaki bertubuh kecil itu. Hendery memandang ke arahnya. Itu kan Yangyang? Jadi dia salah seorang ahli kelab ini? Hendery mendekatinya dan menatap wajahnya.

"Kau lambat, Liu Yangyang," bisiknya tepat di wajah Yangyang. Yangyang yang sedari tadi menundukkan pandangannya itu pun mengangkat wajahnya dan dia terkejut apabila melihat wajah lelaki itu begitu dekat dengan wajahnya. Kenapa lelaki itu muncul di mana-mana tempat yang dia pergi?

"Hendery? Kenapa kau selalu muncul di hadapanku?" soal Yangyang dengan pandangan yang kurang senang dengan kehadiran lelaki itu.

"Sepatutnya aku yang bertanya seperti, Liu Yangyang. Apa kau tidak tahu aku adalah senior yang mengambil latihan bola keranjang hari ini?Disebabkan kau lambat, kau akan menjalani hukuman lepas habis latihan," ujar Hendery lalu meninggalkan Yangyang yang sudah terpinga. Menyesal pula dia datang lambat.

Sugar Baby {LuWoo} ENDWhere stories live. Discover now