"Jadi kau dan Hendery sudah bertunang? Tahniah, Yangyang dan maafkan aku kerana tiada di saat kau melangsungkan pertunangan kau ketika itu," ujar Jungwoo merasa bersalah kerana tidak datang ke majlis tunang temannya sendiri. Bagaimana dia mahu datang kalau saat temannya bertunang dia masih bersembunyi di sini dan nombor teleponnya juga diganti.
"Eh, tidak apa yang penting kau ada ketika majlis perkahwinanku nanti. Betul tak, sayang? Aduh, dia comel seperti dirimu Jungwoo,"puji Yangyang sambil memangku si kecil di pangkuannya.
"Eh sekarang waktunya untuk Ten pulang dari kerja bukan?" soal Hendery yang duduk di sebelah Yangyang sesekali dia bermain dengan Chaebin.
"Oh, ya. Pasti dia sudah pulang sekarang, Dery kau tolong pegang Chaebin sebentar. Aku ingin menghubungi Ten," ujar Yangyang lalu menyerahkan Chaebin kepada Hendery namun Hendery menolaknya dan memberitahu bahawa dia sudah menghubungi Ten tadi.
"KIM JUNGWOO!" teriak seseorang dari pintu masuk kafe tersebut. Keempat mereka memandang ke arah pintu tersebut, terlihat kelibat Ten sedang berlari ke arah mereka lalu memeluk Jungwoo dengan erat.
"Huhu, aku merindukan kau Jungwoo. Ke mana saja kau pergi selama ini? Kenapa baru sekarang kau muncul?" soal Ten sambil menangis dalam pelukan Jungwoo. Lelaki manis yang dipeluk itu pun mengusap lembut belakang temannya untuk menenangkannya.
Setelah merasa lega, Ten pun melepaskan pelukannya lalu mengambil tempat di sebelah Yangyang yang masih setia memangku si kecil Chaebin. Ternyata anak kecil itu mudah menerima seseorang di sekelilingnya sama seperti ibunya, Jungwoo.
"Jadi ini anakmu, Jungwoo?" soal Ten lalu mencubit lembut pipi anak kecil itu. Yangyang pun menyerahkannya pada Ten dan sepertinya Chaebin juga menyukai diri Ten walaupun mereka baru saja bertemu.
"Aigoo, anakmu seperti dirimu Jungwoo. Mesra dan ramah dengan semua orang di sekelilingnya," puji Ten lalu menggosok hidung mancungnya pada hidung milik Chaebin.
"Syukurlah anak saudara ku tidak sama seperti ayahnya yang kaku" ujar Hendery seolah sedang menyindir abangnya. Lucas yang sedang makan itu pun hanya memberi tatapan yang tajam pada adiknya. Sedangkan dia sama dua kali lima sama dengan ku, desis hati Lucas.
"Jangan ganggu abangmu makan, Hendery hyung" ujar Jungwoo sambil menenangkan Lucas yang sedang makan di sebelahnya.
"Ho, ho sekarang kau sudah berlagak seperti abang iparku atau patut ku panggil kakak ipar?" usik Hendery lalu disokong oleh Yangyang.
"Kakak ipar lagi bagus, aku suka panggilan itu," sokong Yangyang sambil mengunyah roti yang dia pesan tadi.
"Hei, hei bagaimana aku boleh jadi kakak iparmu sedangkan aku lelaki?" protes Jungwoo lalu mempoutkan bibirnya.
"Mana ada lelaki secantik dan semanis dirimu, sayang?" soal Lucas turut bersepakat mengusik Jungwoo yang sudah menahan malu bersama Hendery dan juga Yangyang. Ten yang melihat mereka hanya mampu terdiam dan tersenyum bahagia. Dia senang akhirnya Jungwoo kembali semula pada kehidupan Lucas yang dahulunya kelam setelah pemergian Jungwoo.
Adakalanya dia cemburu pada kedua temannya itu. Pada usia muda begini mereka sudah menemui orang yang benar untuk menemani mereka sepanjang hidup mereka nanti sedangkan dia masih lagi menyendiri seolah tiada keinginan untuk menjalani hubungan dengan seseorang dan menyusul kedua temannya itu. Namun dia juga sentiasa mendoakan kedua temannya itu agar kebahagiaan mereka sentiasa berkekalan sampai waktunya tiba.
Dia juga sedang menanti kedatangan seseorang yang telah menghilang sejak tiga bulan lalu. Entah apa khabar dia sekarang, Ten sendiri pun tidak tahu kerana sudah lama sekali dia tidak mendengar khabar dari orang itu.
YOU ARE READING
Sugar Baby {LuWoo} END
FanfictionLucas yang secara tidak sengaja bertemu dengan Jungwoo di sebuah kelab malam lalu meminta tolongnya untuk melarikan dirinya daripada pertunangan yang telah dirancang oleh ayahnya