Jisung kini sedang sibuk menolong Xiaojun mengemas barangnya. Sudah genap seminggu dan kini lelaki cantik itu dibenarkan pulang ke rumah memandangkan dia sudah semakin membaik.
Dan tentang keputusan Jisung yang ingin membawa Xiaojun ke China, dia terpaksa menunggu tempoh dua minggu untuk borang pemindahan universitinya ke China diproses.
"Apa semua barang kau sudah selesai disimpan, hyung?" soal Jisung untuk memastikan tiada satu pun barangnya tertinggal. Xiaojun pun menggeleng tanda tidak.
"Jisung, sebelum kau hantar ku pulang ke rumah, bolehkah kita singgah ke suatu tempat? Aku ingin bertemu dengan seseorang," ujar Xiaojun. Jisung pun membalasnya dengan senyuman dan juga anggukan kecil tanda setuju untuk menghantar lelaki itu ke suatu tempat yang dia ingin pergi.
❤️❤️❤️
Setelah mengambil masa yang tidak begitu lama, akhirnya kereta yang dipandu oleh lelaki yang telah merawat Xiaojun selama ini pun tiba di sebuah tempat iaitu di kediaman keluarga Wong. Mereka berdua disambut baik oleh Sicheng dan juga Kun.
"Aku gembira kamu sudah pulih dari sakitmu ya walaupun tidak pulih sepenuhnya," ujar Kun ketika mereka sedang berbual di ruang tamu kediaman mewah itu.
"Ya, begitulah. Sebenarnya, saya ada sebab datang ke sini," ucap Xiaojun gementar. Jisung yang sedar tentang itu pun langsung mengenggam tangan lelaki cantik itu agar rasa gementarnya berkurang.
"Santai saja, Xiaojun. Aku tidak akan memakanmu," ujar Kun turut mengurangkan rasa gementar setiausahanya itu.
"Saya ingin meletakkan jawatan saya dari syarikat Tuan Qian dan ingin memulakan bisnes saya sendiri di China,"
"Jadi kamu akan pulang ke China bersama Jisung?"
"Ya, seperti itulah. Saya yang membawanya ke sana supaya dia boleh mendapat rawatan khusus dari pakcik saya yang bekerja di sana dan kami akan berangkat ke sana setelah permohonan permindahan universiti saya ke sana diluluskan," ujar Jisung setelah berdiam diri sebentar.
"Jika itu permintaan kamu, aku akan hormatinya. Aku akan melepaskan kamu dari jawatan setiausaha di syarikatku. Aku harap kau akan sentiasa bahagia di sana, Xiao Dejun," ujar Kun lalu memeluk tubuh kecil Xiaojun. Dia akan sentiasa mendoakan kebahagiaan orang yang telah menyelamatkan dirinya itu.
"Tuan, aku tahu ini bukan masa yang sesuai tapi apakah aku boleh bertemu dengan Lucas buat kali terakhir sebelum aku berangkat ke China?"
Kun terdiam. Dia memandang ke arah suaminya begitu juga dengan Sicheng. Mereka berdua sama-sama tahu keadaan Lucas semakin teruk semenjak Jungwoo pergi menghilangkan diri. Jadi, mereka takut Xiaojun akan dijadikan sebagai bahan amukannya nanti.
"Sebaiknya kamu berbicara dengan dia dari luar biliknya saja. Kami takut Lucas akan apa-apakan kamu jika kamu berbicara dengannya secara bersemuka. Emosi Lucas sekarang masih tidak stabil," ujar Sicheng mengingatkan Xiaojun.
Xiaojun diam. Dia dapat tahu tentang Jungwoo yang menghilangkan diri itu dari Chenle dan juga Renjun. Dia juga tahu bahawa Jungwoo mempunyai kelebihan seperti wanita iaitu mempunyai rahim yang membolehkan hamil. Bukan itu saja, tentang keadaan Lucas juga pun dia tahu dari Renjun. Ternyata pemergian Jungwoo memberi kesan kepada dirinya.
"Baiklah, izinkan saya berbicara dengan Lucas sebentar," ujar Xiaojun lalu membawa diri ke bilik Lucas di tingkat atas kediaman itu diikuti oleh Jisung bersama dengannya.
Sebaik saja dia tiba di depan pintu bilik Lucas, dia mula mengetuk pintu tersebut lalu menarik nafasnya sebelum dia mengeluarkan ayat bicaranya.
"Lucas, ini aku Xiaojun. Aku tahu kau pasti mendengar suaraku dari dalam sana. Aku sudah dengar semuanya termasuklah kisah kau dengan Jungwoo. Aku datang ke sini untuk meminta maaf dari kau. Seharusnya aku tidak munculkan diri di depan kau dahulu dan merosakkan hubungan kau. Aku tahu kau pasti marah dan juga kecewa padaku. Untuk kali ini saja, aku mohon maafkan aku. Setelah ini, kita tidak akan bertemu lagi kerana aku akan pergi dan mulakan hidup baru. Kau benar, akan ada orang lain yang akan dapat membahagiakan diriku seperti yang kau katakan itu. Dan aku telah menemuinya, justeru kerana itu aku akan hidup bahagia bersamanya. Dan aku juga berharap semoga kau dapat menemui Jungwoo dan juga anakmu. Sepertinya tiada apa lagi yang ingin ku katakan, terima kasih kerana pernah hadir dan membawa kebahagiaan dalam hidupku dahulu. Kini, giliran aku pula yang berdoa semoga kau menemui kebahagiaan kau. Aku pergi dahulu, semoga kau cepat dipertemukan dengan Jungwoo semula,"ujar Xiaojun sebelum dia benar-benar pergi. Jisung mengusap lembut bahu Xiaojun, dia bangga kerana akhirnya Xiaojun perlahan-lahan melupakan masa lalunya dengan Lucas walaupun itu semua agak terlambat.
YOU ARE READING
Sugar Baby {LuWoo} END
FanfictionLucas yang secara tidak sengaja bertemu dengan Jungwoo di sebuah kelab malam lalu meminta tolongnya untuk melarikan dirinya daripada pertunangan yang telah dirancang oleh ayahnya