Chapter 20 (END)

93 10 1
                                    

Tiga Bulan Kemudian~

Kelihatan ramai orang datang mengunjungi dewan hotel yang dihiasi dengan hiasan berwarna putih dan kedengaran lagu romantik berkumandang di dalam dewan. Kelihatan Hendery sedang sibuk melayan tetamu bersama dengan isteri manisnya, Yangyang di pintu masuk dewan. Hendery dan Yangyang telah sah menjadi suami isteri tiga bulan yang lalu.

"Yang, aku rasa waktunya hampir tiba. Boleh kau menjenguk Jungwoo terlebih dahulu? Aku akan menemui Lucas ge" ujar Hendery. Yangyang pun mengangguk lalu menuju ke bilik persalinan di mana Jungwoo berada sekarang.

Sementara itu, di bilik persalinan yang lain terlihat Lucas sedang meninjau dirinya sambil membetulkan sut putih yang dia kenakan. Hari ini merupakan hari yang dia tunggu kerana hari ini adalah hari di mana dia akan melafazkan janji suci sehidup sematinya bersama dengan pilihan hatinya, Kim Jungwoo dan juga menjadi ayah yang sah kepada Chaebin Wong.

Lucas berasa sedikit gementar kerana sebentar lagi dia akan menjadi suami sah kepada seorang Kim Jungwoo. Telapak tangannya berpeluh tandanya gementar. Siapa sangka masa berlalu dengan begitu cepat hinggalah hari ini tiba.

"Yukhei?" sapa seseorang dari pintu bilik persalinan. Lucas memandang ke arah suara itu, ternyata itu adalah ayahnya, Sicheng yang ingin menjenguk dirinya.

"Papa, saya fikir siapa tadi. Mama mana?" soal Lucas sedikit gementar.

"Mama mu sedang menunggu di dewan bersama dengan Cathlyn dan Chaebin. Apa kamu sudah bersedia atau kamu masih rasa gementar?" soal Sicheng memastikan putera sulungnya baik sahaja.

"Agak sedikit gementar,"

"Jangan terlalu gementar, ini kan hari bahagiamu. Kamu sudah berjaya berjuang sejauh ini, kamu layak meraikannya," ujar Sicheng sambil memegang bahu anaknya itu. Lucas memeluk ayahnya, tanpa sedar hari ini dia akan bergelar suami kepada orang yang dia cintai.

"Jaga isteri manismu itu dengan baik. Jalani tanggungjawabmu sebagai seorang suami dan ayah yang terbaik untuk keluargamu. Jika ada masalah, berbincanglah dengan baik bukannya saling mendiamkan diri antara satu sama lain,"pesan Sicheng lagi. Lucas mengangguk tanda faham, semua nasihat yang ayah dia katakan akan dia ingat sampai bila-bila.

"Gege? Apa kau sudah bersedia? Majlis akan bermula tidak lama lagi," sampuk Hendery yang sejak bila masuk mereka pun tidak tahu. Sekali lagi Lucas mengangguk tanda ya. Kini rasa gementar dia sudah berkurangan, terima kasih kepada Sicheng yang datang untuk menenangkan dirinya.

"Papa keluar dulu, Hendery akan mengiringi kamu masuk ke dewan," ujar Sicheng lalu keluar dari bilik tersebut meninggalkan dua beradik tersebut.

"Gege? Apa kau masih rasa gementar? Tenang saja, semuanya akan berjalan lancar," pujuk Hendery cuba untuk menenangkan abangnya.

"Jadi, begini rasanya saat kau kahwin dengan Yangyang dahulu? Tanganku sampai berpeluh seperti ini,"

"Sudahlah, tenang saja ge. Inikan hari besar untuk kau dan juga Jungwoo, wajar saja jika kau berasa gementar seperti ini. Ayuh kita masuk ke dewan, tetamu sudah menunggu ketibaan kedua pengantin," ujar Hendery lalu mengiring abangnya masuk ke dalam dewan.

Sebaik saja tiba di dewan, dapat Lucas lihat ramai para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinannya hari ini. Para pekerja wanita di syarikatnya yang datang ke majlis itu hampir saja menjerit melihat ketampanan Lucas saat itu. Bukan hanya Lucas, mereka juga hampir jatuh pengsan melihat ketampanan Hendery saat itu. Malah ayah mereka, Sicheng juga tampak segak di majlis itu hinggakan Kun dan Yangyang risau akan ada wanita ular tidak sedar diri atau uke yang berani menganggu suami mereka. Bak kata lain semua keturunan Wong Sicheng mempunyai genetik wajah yang sangat menarik perhatian. Kerana itulah Kun dan Yangyang berasa risau. Begini sekali nasib yang perlu mereka hadapi kerana mempunyai suami tampan?

Sugar Baby {LuWoo} ENDWhere stories live. Discover now