Neo University, musim panas, 2012
"Lucas!" jerit seorang lelaki manis yang sedang berlari ke arah Lucas yang sedang duduk di sebuah pondok bacaan. Lelaki tampan itu sedang membuat assignmentnya.
Xiao Dejun atau nama panggilannya Xiaojun, satu-satunya lelaki manis yang berani mendekati Lucas selain daripada Johnny. Lucas memang tidak mempunyai ramai kawan sejak dia semester satu. Johnnylah satu-satunya kawannya dari sekolah hingga ke universiti.
"Dejun? Apa yang kau lakukan di sini?" soal Lucas memandang wajah Xiaojun yang mengambil tempat di sebelahnya.
"Hanya saja aku ingin menemani kekasihku yang keseorangan di sini," ujar Xiaojun tersenyum manis begitu juga Lucas.
"Sejak bila kau menjadi kekasihku? Aku tidak pernah berkata apapun padamu," ujar Lucas mengerjakan lelaki manis itu. Mendengar ayat itu, Xiaojun pun mencebikkan bibirnya merajuk dengan Lucas.
"Cih, dasar tidak peka. Ya sudah, kalau kau tidak pernah menganggap ku sebagai kekasihmu tidak apa. Lebih baik aku bertemu dengan Jaehyun yang sedang main basketball dengan Johnny di gelanggang," ujar Xiaojun sudah bersedia untuk pergi. Namunnya sempat ditarik oleh lelaki tampan itu.
"Eh, mahu ke mana? Aku hanya bergurau, kenapa ambil serius sekali?" pujuk Lucas membuatkan Xiaojun terduduk semula di tempatnya.
Lucas dan Xiaojun adalah sepasang kekasih. Oleh kerana mereka tidak berada di fakulti yang sama, jadi tiada siapa yang tahu bahawa mereka adalah pasangan kekasih termasuklah Johnny, sahabat baik Lucas sendiri. Ini semua atas permintaan Lucas sendiri kerana dia tidak suka menjadi tumpuan orang ramai. Maklumlah ketika itu dia seorang primadona yang terkenal dengan kebijaksanaan otaknya bekerja.
"Ya, aku minta maaf kerana berkelakuan seperti kanak-kanak," ujar Xiaojun tersenyum lalu memerhatikan lelaki itu melakukan kerjanya.
Jika ada yang bertanya siapa di antara mereka yang memulaikan perhubungan itu, sudah tentu saja Lucas. Entah kenapa, sejak kali pertama dia melihat Xiaojun hatinya terasa tidak nyaman. Jantungnya berdegup dengan setiap kali berbicara dengan lelaki manis itu.
Suatu hari ketika mereka mempunyai perkhemahan yang bergabung dengan fakulti Xiaojun, Lucas telah menyatakan perasaannya pada Xiaojun dan ketika itu lelaki tampan itu beruntung kerana Xiaojun juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya.
Ini sudah masuk lapan bulan tempoh mereka menjalinkan hubungan secara rahsia. Dan sejak kebelakangan ini Xiaojun sudah risau dan gelisah tak tentu arah. Lucas pula mula menghilangkan diri tanpa jejak. Lelaki itu juga jarang sekali memberi khabar kepadanya kebelakangan ini. Kali terakhir dia mengetahui berita tentang Lucas adalah ketika Lucas memberitahu bahawa dia akan mula sibuk dengan projek akhir semester nya dan jarang sekali berhubung atau menemuinya seperti biasa.
Ianya berlanjutan sehinggalah mereka berada di majlis graduasi mereka. Lucas langsung tidak pernah mencarinya sehingga ke tempoh itu. Xiaojun merasakan dirinya seolah sedang menunggu sesuatu yang tidak berguna. Dia memutuskan untuk mencari Lucas sendiri.
Kebetulan ketika itu majlis graduasi mereka baru saja tamat. Dia melihat Lucas sedang berbual dengan rakan sekelasnya setelah selesai mengambil gambar dengan keluarganya. Dengan beraninya Xiaojun membawa diri menemui Lucas.
YOU ARE READING
Sugar Baby {LuWoo} END
FanfictionLucas yang secara tidak sengaja bertemu dengan Jungwoo di sebuah kelab malam lalu meminta tolongnya untuk melarikan dirinya daripada pertunangan yang telah dirancang oleh ayahnya