Setelah tiga hari berada di China akhirnya Lucas kembali semula ke Korea. Dan sekarang ini dia sedang dalam perjalanan menemui Johnny untuk menjalankan misinya yang seterusnya. Sudah tentu misi memikat hati lelaki manis pujaannya, Kim Jungwoo."Mark, kau boleh pulang dahulu. Haechan pasti sudah menunggumu dirumah. Nanti aku akan pulang bersama Johnny," arah Lucas sebelum dia keluar dari kereta. Mark pun menggangguk kecil tanda faham akan arahan dari bosnya. Setelah bosnya keluar dari kereta, Mark pun memandu pergi.
Lucas memasuki kafe dan melihat sahabatnya itu sedang duduk di tepi tingkap menikmati secawan kopinya. Dia pun melangkah pergi ke kaunter untuk memesan minumannya. Kemudian berjalan ke arah meja tempat Johnny.
"Hey, bro,"sapa Johnny santai dengan belakang badannya disandarkan. Lucas pun duduk di hadapan lelaki itu.
"Agar pelik sekali Mark yang hantar kau ke sini. Selalunya kau memandu sendiri,"
"Aku baru pulang dari China. Ada sesuatu yang perlu ku uruskan di sana," jawab Lucas menyandarkan badannya.
"Oh okay. Jadi, ada apa kau ingin menemui ku? Tapi sebelum itu, kau ada belikan sesuatu untukku?" soal Johnny memainkan bulu keningnya membuatkan Lucas memutarkan bola matanya malas.
"Sudah ku duga kau akan seperti ini,"ujar Lucas lalu mengeluarkan satu beg berjenama Louis Vuitton dan menyerahkannya pada Johnny.
Johnny? Sudah tentu dia senang dengan pemberian sahabatnya itu. Dia pun membuka beg tersebut dan muncullah sebuah jam tangan berwarna perak. Lelaki itu pun terus mengenakannya pada pergelangan tangannya.
"That's why I love you, Luke,"
"Dude, stop it. Kau buat aku rasa mual,"ujar Lucas membuatkan wajah mualnya membuatkan Johnny ketawa lepas. Sudah kebiasaannya mengenakan lelaki itu.
"Jadi, ada apa kau ingin menemui ku sekarang?" soal Johnny bertongkat dagu.
"Aku memerlukan bantuan kau. A.. aku ingin kau bantu aku memikat hati Jungwoo,"
Johnny menepuk meja dengan kuat membuatkan sahabatnya itu terkejut. Bukan itu saja, mereka turut menjadi tumpuan orang ramai membuatkan Lucas malu. Johnny dengan canggungnya meminta maaf pada pelanggan yang ada di situ.
"Maaf, tapi aku terlampau gembira sebab kau meminta bantuan ku. Kalau kau benar-benar ingin memikat hati Jungwoo, kau kena buat sesuatu yang dapat menarik perhatiannya,"saran Johnny membuatkan Lucas bingung.
"Seperti apa?"
"Jungwoo seorang yang lemah-lembut. Jadi, dia mungkin menyukai sesuatu seperti plushie, bunga atau sesuatu yang lembut. Jadi, kau harus berikan sesuatu seperti itu padanya," ujar Johnny menjelaskannya.
"Em, John. Sebenarnya aku pernah memberikannya satu lion plushie sebelum aku pergi ke China tiga hari lalu," ujar Lucas kekok sambil menggaru tengkuknya.
"Bagus, sepertinya kehadiran Jungwoo sedikit sebanyak telah merubah diri kau yang kaku. Buktinya, kau melakukan hal yang romantik seperti itu. Oh, ya. Setakat ini, hubungan kau dengan Jungwoo sudah berada di tahap yang mana?" soal Johnny menghirup kopinya.
"Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu hubungan jenis apa yang sedang kami jalani. Yang aku tahu, dia hanya membantu ku membebaskan dari Bella," ujar Lucas tersenyum canggung.
"Bro, kau jangan seperti itu. Itu hanya akan membuatkan dia keliru dengan tingkah laku kau. Kau harus menjaga perasaannya, lebih lagi jika dia seorang yang lemah lembut. Jika kau benar-benar jatuh hati, kau kena luahkan padanya,"ujar Johnny memberi nasihat. Dia tahu Lucas tidak mampu mengatakannya kerana Lucas Wong Yukhei adalah seorang yang kaku.
YOU ARE READING
Sugar Baby {LuWoo} END
FanfictionLucas yang secara tidak sengaja bertemu dengan Jungwoo di sebuah kelab malam lalu meminta tolongnya untuk melarikan dirinya daripada pertunangan yang telah dirancang oleh ayahnya