Chapter 19

134 12 1
                                    

Terlalu asyik berjalan, Jungwoo hampir saja terlanggar troli seseorang yang sedang melihat buah-buahan di bahagian buah.

"Oh Tuhan, maafkan saya. Saya menghalang jalan kamu tadi," ujar orang itu cuba mengalihkan trolinya yang penuh dengan susu dan makanan bayi?

Melihat orang itu kesusahan mengalihkan trolinya, Jungwoo pun cuba menolong orang tadi menolak trolinya.

"Terima kas.. Jungwoo? Ini benar kau, Jungwoo?" soal orang itu memanggil nama Jungwoo membuatkan yang dipanggil rasa hairan.

"Kau.."

"Sayang, kau ke mana saja? Aku dan Chaebin mencari kau dari tadi. Oh? Xiao Dejun?" sampuk Lucas melihat orang yang sedang berbual dengan Jungwoo tadi.

"Hai, Lucas," sapa Xiaojun dengan senyum manisnya.

"Oh hai, sudah lama kita tidak bertemu dan kau sepertinya nampak lain?" ujar Lucas kekok sambil melihat perubahan fizikal Xiaojun. Lelaki cantik itu sepertinya lebih berisi dan perutnya sedikit buncit? Apa lelaki manis itu sedang hamil?

"Maksud kau, aku sedikit berisi?Aduhai, Lucas. Aku sedang hamil dan ini kehamilan pertamaku" ujar Xiaojun sambil mengusap perutnya yang sedikit membuncit itu.

"Jadi, siapa ayahnya?" soal Jungwoo pula.

"Aku ayahnya," sampuk seseorang yang sedang menghampiri mereka dan orang itu adalah Park Jisung yang merupakan suami kepada Xiaojun dan ayah kepada anak yang ada di perut lelaki manis itu.

"Park Jisung? Jadi kalian sudah berkahwin? Oh Tuhan, tahniah atas perkahwinan kalian" ucap Jungwoo dengan gembira.

"Ya, terima kasih dan maaf kerana disaat aku berkahwin aku tidak mengundang kalian berdua kerana waktu aku berkahwin dahulu, kalian tidak dapat dihubungi," ujar Xiaojun serba salah.

"Tidak mengapa, oh ya ini anak aku dan juga Jungwoo. Namanya Chaebin Wong dan tidak lama lagi aku dan juga Jungwoo akan berkahwin," ujar Lucas membuatkan Xiaojun dan Jisung mengerutkan dahi mereka. Memangnya mereka berdua belum berkahwin sepanjang dua tahun ini?

"Memangnya kalian belum berkahwin?" soal Xiaojun bingung.

"Ah, ada sesuatu yang berlaku selama dua tahun tapi lupakan saja. Aku tidak mahu mengungkit cerita lama. Oh ya, mama ada buat makan malam, apa kalian ingin turut serta?" pelawa Lucas.

"Rasanya tidak perlu, kerana aku dan Xiaojun sudah merancang untuk makan malam bersama di rumah orang tuaku. Jadi lain kali saja, ya?" jawab Jisung bagi pihak Xiaojun. Setelah berbual sebentar dan Jungwoo selesai memilih barang dapur dan membayarnya akhirnya keluarga kecil itu pun berangkat pergi ke kediaman Wong.

❤️❤️❤️

"Kami sudah pulang," ujar Xiaojun dan Jisung serentak lalu disambut baik oleh kedua orang tua Jisung.

"Oh, kalian sudah pulang. Berehatlah terlebih dahulu, Xiaojun pasti lelah berjalan seharian ini. Nanti ibu kamu panggil untuk turun makan," ujar Jeno yang sedang masuk ke dalam ruang tamu kerana tadi dia berada di halaman rumah memberi makan anak anjing kesayangan menantunya. Bagaimana mereka boleh ada anak anjing? Ini semua kerana Xiaojun mengidam ingin memelihara seekor anak anjing hinggakan dia sanggup menyuruh Jisung yang baru pulang kerja malam keluar mencari anak anjing tersebut.

Untung saja Jisung faham bahawa isteri manisnya itu sedang mengidam. Kerana rasa sayang dan dia tidak mahu melihat Xiaojun menangis kerana permintaannya tidak ditunaikan, lelaki itu sanggup keluar semula untuk mencari seekor anak anjing dan dia bernasib kerana dia terjumpa seekor anak anjing yang baru lahir ditinggalkan tidak jauh dari rumah orang tuanya itu dan dengan senang hati dia membawanya pulang dan bertemu dengan Xiaojun.

Sugar Baby {LuWoo} ENDWhere stories live. Discover now