[S2] Don't Hate Me + Memikat 🌙

310 50 19
                                    

“ Ha Idah, aku balik dululah. Nak tengok anak aku yang tengah mengandung tu. " sengaja Makcik Zulaikha menekankan perkataan ‘mengandung'.

Sengaja nak buat Fatihah lebih sakit hati.

“ Balik jelah Idah, kau ada kat sini pun menyakitkan hati. Pergilah tengok anak kau yang bagus sangat tu. " kata Puan Suhaidah.

Maka makcik yang paling annoying di era ini pun keluar meninggalkan kawasan rumah.

Oh ya. Makcik Zulaikha ni janda, datang ke sini pun dengan kereta Proton Wira sahaja.

Berkenan? Bolehlah personal message.

++++++

“ Fuh balik pun makcik kau tu. Penat mak nak melayan perangainya. Ingatkan dah jadi janda tu eloklah sikit perangai. Rupanya sama je. " rungut Puan Suhaidah sambil menyandarkan badan di sofa.

“ Kalau santau tu tak haram kan mak, dah lama saya santau. Biar dia sedar diri sikit! " ujar Nazmi dengan penuh geram.

Mana taknya, sepanjang dua jam Makcik Zulaikha ada tadi, asyik-asyik nama dia dan adiknya disebut.

Kalau cakap benda baik tak apa.
Ini tak habis-habis mengumpat.

Nasib baik iman mereka masing-masing kuat, kalau tidak rasanya Makcik Zulaikha tu dah pengsan kena hempuk dengan jag air.

Jag air kaca tahu? Jangan main-main.

“ Ish Nazmi! Tak elok cakap macam tu. Mak tahu perangai dia memang tak boleh diterima akal tapi tabah sajalah anak oi. " Puan Suhaidah memukul perlahan bahu anak lelakinya.

“ Orang geram mak! Bukan takat saya, Tihah dengan si Seungkwan pun jadi mangsa mulut bangkai dia tu! " kata Nazmi, cuba untuk mempertahankan diri.

“ Tak apalah, Nazmi. Salah aku juga, aku yang belum mengandung macam anak dia tu... " balas Fatihah, perlahan saja suaranya.

“ Dik, jangan macam ni dik... "

“ Orang naik bilik dulu... " Fatihah bingkas bangun dari sofa dan terus naik ke bilik.

Puan Suhaidah hanya memandang anak perempuannya itu.

Tak tahulah, tiba-tiba rasa janggal.

Suasana menjadi sunyi seketika, sehinggalah Seungkwan membuka bicara.

“ Tak apa mak, biar saya cakap dengan dia okey? " Puan Suhaidah sekadar mengangguk.

“ Ha Seungkwan, pujuk dia betul-betul. Budak tu kalau terasa memang susah sikit nak eloknya. Good luck ya? " kata Nazmi.

“ Aku suami dia, tahulah aku nak buat apa. "

“ Eee berlagak, tepuk muka tu kang. "

++++++

“ Sayang... " panggil Seungkwan perlahan.

Fatihah yang duduk di meja solek hanya menyahut dengan perkataan ‘hm'. Wajah suaminya langsung tidak dipandang.

“ Awak, kenapa ni? " bahu Fatihah disentuh lembut.

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now