Pendapat anda tentang story ini?
Komen sini 👉
++++++
" YA ALLAH BALIK PUN KAMU, FATIHAH. MAK LAGI SIKIT NAK KERAT JARI TADI TAHU TAK?! " sebaik sahaja kami tiba di rumah, ibu aku terus memelukku macam 10 tahun tak jumpa.
" Wop wop sabarlah mak oi, nah garam dengan ajinomoto. " kataku sambil menghulurkan plastik yang berisi bahan masakan itu.
Oh ya. Aku sempat singgah kedai beli tadi.
Itu pun aku kena hempuk kepala Nazmi dulu supaya dia berhentikan kereta kat kedai berdekatan.
" Terima kasihlah sebab beli. Tapi dah terlambat anak-anakku. Mak masak megi campur telur je sebab garam takde. "
Kami bertiga berpandangan sesama sendiri.
Alah megi pun megilah. Asalkan perut diisi.
++++++
Akhirnnya azan Maghrib berkumandang menandakan telah masuknya waktu berbuka puasa bagi kawasan perumahan aku dan kawasan perumahan sebelah kanan dan kiri. Eh-?
" Disebabkan hari ini hari pertama puasa, abah yang akan baca doa. Hari esok Nazmi dan lusa Seungkwan. Boleh? " soal ayahku kepada lelaki dua ketul tu.
" BOLEH JE!! " kata mereka berdua dengan excited sambil memegang sudu dan garfu. Lapar sangat agaknya.
++++++
Setelah selesai berbuka dan solat Maghrib berjemaah, kami lepak-lepak kat ruang tamu.
Ayah aku membuka bicara,
" Apa sebenarnya yang jadi tadi? Macam mana Fatihah boleh kena culik? " soalnya.
" Tihah kena culik dengan BEKAS kawan Tihah sendiri bah. " jawabku. Sengaja aku tekankan perkataan 'bekas' tu.
" Kenapa pulak dia nak culik kamu? Kita ni bukannya kaya mana pun. " soal ibuku pula.
" Sebab saya kahwin dengan dia tu ha. " jawabku sambil menunjukkan Seungkwan yang tengah syok layan drama Melayu dengan Nazmi.
Sejak aku kena culik ni, tetibe rapat pulak diorang berdua. Hurm.
" Bekas kawan kamu tu minat Seventeen jugak ke? " soal ibuku lagi.
" Yep dan dia terlampau obses! Sampaikan Seungkwan kahwin dengan saya pun dia boleh tahu. Padahal majlis haritu private kot. Lepas tu dia maki saya, cakap saya tak layak kahwin dengan Seungkwan. Eh lantaklah aku nak kahwin dengan siapa, kau sibuk pehal? Lagi satu, dia cuba nak bunuh saya! "
Ibu dan ayahku terkejut.
" Dia cuba nak bunuh kamu? Ya Allah, kamu ada luka kat mana-mana tak? " soal ayahku dengan cemas.
" Perempuan tak guna! Berani dia nak bunuh anak mak yang lawo ni? Tahulah dia tak lawo, sebab tu single. Eh jap bekas kawan kamu tu single ke? "
Aku tepuk dahi.
" Rilek, saya tak luka kat mana-mana pun. Cuma badan sakit sikit sebab kena ikat tadi. Ah, ya. Dia memang single pun, siapa je nak layan perangai bodoh dia tu? " jawabku.
" Dia sekarang macam mana? " ibuku menyoal sambil membelek handphonenya yang berbunyi tadi.
" Dia masuk hospital sebab kawan dia yang lagi satu pukul kepala dia dengan kayu. "
" Alhamdulilah, Innalilah. " ucap ibuku.
" Jadi kamu memang dah selamat kan? " soal ayahku yang masih nampak risau.
" Ye bah, dah selamat. Janganlah risau. "
++++++
Fatihah dah lama tertidur. Penat sebab kes petang tadilah tu.
Aku buka handphone. Tu dia, berderet chat.
Sekops Hyung 🐫 :
- Bini kau kena culik?
- WEH SERIUSLAH
- CAMNE KAU JAGA BINI SIAMingyu Hyung :
- Kenapa aku baru tahu?
- Siapa culik dia?
- Bangla ke?
- Bapak ah semua seen je.
- *nangis*Benon ❤ :
- Aku kecewa sama kamu, Seungkwan.
- *join Mingyu hyung nangis*Woozi hyung 🌸 :
- Ala tu mesti kena culik dengan sasaeng.
- Kan Seungkwan kan?
- iya kan iya kanSeungkwan Taken, Sekian :
- RILEK GAIS.
- Aku dah jumpa dia.
- Betullah apa Woozi hyung cakap.
- Dia kena culik dengan sasaeng fan.
- Dasar alien. Nanti aku nak saman dia MUAHAHAHAHAHAHoshi Hyung 🐯 :
- KENA CULIK DENGAN SASAENG?!
- Aku tak kira, nanti aku nak dia ada kat penjara walaupun aku tak kenal dia.Jeonghan Hyung 🌸 :
- Oh gitu.
- Tapi bini kau ok tak?Seungkwan Taken, Sekian :
- Ok je.
- Elok je dia tidur ni.
-Eheks.Jeonghan Hyung 🌸 :
- Salute untuk bini anda kerana dia sanggup hadap muka engko tu sampai ke hari tua
- HAHAHAHAHAHAHAHAHA
- 😂😂Seungkwan Taken, Sekian :
- EH DIA SUKA AKU OK?
- Mestilah dia sanggup hadap muka aku sampai dah tua kerepot.
- (;ω;)Joshua Hyung 🐰 :
- Borak ape lagi tu.
- Pergilah tidur manusia sekalian.
- Lagi-lagi Seungkwan, esok kau kena sahur kan?
- Kang tak bangun, kebulurlah kamu.Seungkwan Taken, Sekian :
- EH AKU BANGUN OKAY
- Lagi awal dari bini aku
- *kembang seinci*Selepas itu, semua offline.
Huhu lantaklah. Aku pun mengantuk sebenarnya.
Harapnya lepas ni tak jadi lagi benda macam tadi tu.
Aminnnn~
++++++
hai silent readers.
YOU ARE READING
𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.
FanfictionPreviously known as 'Go Go Puasa + Raya' [ Season 1 ] Seungkwan kahwin dengan orang Malaysia? Perempuan Melayu & Islam pulak tu! Yang bestnya, diaorang berkahwin sebulan sebelum Ramadhan. Jadi boleh ke abe Boo kita ni puasa? Ke nanti dia minum air p...