“ Termenungku sendiri~ "
++++++
Walaupun Fatihah dah beri sepinggan rendang yang masih panas, Seungkwan masih lagi termenung.
Tak tahu kenapa.
Nazmi yang melihat adik iparnya termenung jauh, terus menegur.
“ Oit, jauh betul termenung? Fikir apa tu? " soalnya sambil mencuit lengan Seungkwan perlahan.
“ Pasal rendang... " jawapan yang diberi oleh Seungkwan membuatkan Nazmi keliru.
“ Kenapa? Kenapa dengan rendang? "
“ Kenapa Oreo rembat rendang aku, memang aku tak puas hati dengan kucing tu. " sejurus selepas itu, Nazmi ketawa besar.
“ Kau termenung sebab tu je? Rileklah weh! Kau dah dapat rendang yang panas-panas lagi. Apa lagi, makanlah! Pasal Oreo tu, ala mungkin dia dah bosan makan Friskies, tu yang dia nak cuba makan rendang pulak. "
“ Hmm... "
“ Kau termenung apa lagi ha, baik kau makan sebelum aku yang rembat— "
“ EH KAU JANGAN, AKU SEBAT KANG! "
“ Ha tahu takut. Makan jelah weh. Tak elok termenung lama-lama. Nanti tau-tau je dah ada kat bulan. "
“ Apa kau merepek hanat? " soal Seungkwan sambil tangannya memegang sudu, nak suap rendang ke dalam mulut.
“ Lah, kau macam baru kenal aku semalam je. Nazmi kan always merepek! " kata Nazmi dengan penuh bangga.
Siap kembang seinci lubang hidung dia.
“ Ahh, diam kau. Pergi makan kacang sana! "
“ Peh sampai hati menghalau abang ipar yang kacaks ini. " Nazmi dengan sendunya terus...
...duduk di sofa lain dan mencapai sebalang kacang.
++++++
“ Awak. " panggil Seungkwan.
“ Ya? " Fatihah menyahut, namun dia tidak melihat wajah Seungkwan. Matanya asyik menonton segmen ‘Aku Yang Bercerai Engko Yang Panas' di TV21.
“ Yah, pandanglah saya~ " sengaja Seungkwan meletakkan kepala di bahu isterinya.
“ Eh awak ni, nak apa? " Fatihah mencuit hidung suaminya itu.
Dan Nazmi pun,
“ Ehem. Nak beromantik sila ke bilik ya. Tak kesian ke aku bitter ni? "
“ Kau nak bitter kenapa bang, kau kan ada girlfriend? " soal Fatihah.
Yalah.
Setahu Fatihah, si Nazmi ni kan ada girlfriend.
YOU ARE READING
𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.
FanficPreviously known as 'Go Go Puasa + Raya' [ Season 1 ] Seungkwan kahwin dengan orang Malaysia? Perempuan Melayu & Islam pulak tu! Yang bestnya, diaorang berkahwin sebulan sebelum Ramadhan. Jadi boleh ke abe Boo kita ni puasa? Ke nanti dia minum air p...