[S1] Sasaeng Is Not A Real Fan 🌙

359 80 61
                                    


semua_member_svt_adalah_hak_milik_aku : MEMANG AKU BUNUH PEREMPUAN TU NANTI ARRRGHHH BERANI DIA RAMPAS SALAH SEORANG SUAMI AKU ARRRRGHH

Ingat lagi tak komen ni? ( dari chapter 14 )
Untuk pengetahuan anda,
Gerangan manusia yang menulis komen sebegitu ialah Alina.

Yes bebeh.



++++++

" Mana Fatihah ni? Mak suruh dia beli garam je, kenapa lama sangat? " kata Makcik Suhaidah ( ya, akhirnya anda dapat tahu nama mak si Fatihah ni ) sambil berjalan mundar-mandir. Duduk tak kena, meniarap pun tak kena.

Anak hilang punya pasal.

" Dah lama sangat ni, apa kata saya pergi cari dia? " kata Seungkwan, risau.

" Oklah. Kunci kereta ada kat atas peti sejuk. "
Seungkwan pun mencapai kunci kereta yang diletakkan di atas peti sejuk. Belum sempat dia mahu keluar rumah, Nazmi menepuk bahunya.

" Bro, bagi aku ikut please. "

Seungkwan tersenyum kecil.

" Ikut je. Lagipun mesti kau risau dengan adik kau kan? "

" Mestilah risau! Walaupun aku dengan dia asyik bergaduh tanpa sebab, aku masih sayang dia okay? " ujar Nazmi dengan emonya.

Jelaslah Nazmi sayang dengan adiknya.

Padahal dia tengah syok dating tadi. Lepas Makcik Suhaidah call dia, beritahu Fatihah masih belum pulang ke rumah, dia terus tinggalkan girlfriendnya sorang-sorang.

Lantaklah, adik lagi penting sekarang ni.

++++++

" Errghhh...aku kat mana ni... " aku cuba untuk membuka mata, tapi rasa pedih sangat. Kenapa ni?

" Good evening, bitch! Bangun dah? Ingatkan dah mati. Baru ingat nak tanam kau kat belakang rumah ni. Haih nak buat macam mana, nyawa kau ni liat sungguh ya... "

Nanti...

Aku kenal suara ni.

ALINA! YES ALINA!

" K-Kau! Apa yang kau nak dari aku hah? Aku dengan kau dah tak ada apa-apa! Aku benci kau, Alina! " aku memarahinya. Nasib baiklah si bodoh ni tak tutup mulut aku.

" Kau benci aku? Aku lagilah benci dengan kau, sundal tak sedar diri! Kau ingat kau siapa nak kahwin dengan artis? Tak layak, bitch! Kau patutnya kahwin dengan cleaner, baru setaraf dengan kau! "

Wow, minah ni cakap dengan cermin ke.

But wait, jadi dia cemburu sebab aku kahwin dengan Seungkwan?

Aku mula ketawa berdekah-dekah.

" Kau gelak apa sial?! Aku buat lawak ke tadi hah?! " marah Alina.

" Lawaklah, kau cemburu dengan aku kan? Sebab aku dapat kahwin dengan Seungkwan? Kau pula? Seventeen dah sah-sah bencikan puak sasaeng macam kau ni! "

Alina mula naik darah. Dia mengambil sebatang kayu besar, cuba untuk memukul aku.

" TAK, MEREKA SEMUA ITU MILIK AKU! TIADA SIAPA YANG BOLEH RAMPAS MEREKA DARI AKU!!!! " dia menghayunkan kayu tadi ke arah aku. Tapi...

...ada seseorang yang menahannya.

" Ho Mei Yi! Apa kau buat ni hah?! Tepi boleh tak? Aku nak bunuh perempuan tak guna ni! "

" No, Alina. Apa hak kau nak bunuh dia? "

" Sebelum ni kau selalu back up aku, kenapa hari ini kau nak sebelahkan si bodoh ni hah?! "

Aku hanya mampu memandang adegan mereka berdua.

Aku rasa si Alina ni tak puasa, berapa banyak dia mencarut tadi. Dasar sasaeng.

" Enough is enough! " Mei Yi pun merampas kayu dari tangan Alina dan mencampaknya jauh. Dan selepas itu, Alina menampar mukanya dengan kuat.

" Kau dah pandai melawan ya sekarang? Kau nak aku bocorkan rahsia terbesar dalam hidup kau ke? "

Aku menjongket kening. Rahsia apa pulak? Drama sungguh. Kalaulah aku tak kena ikat satu badan, dah lama aku berambus dari sini. Dahlah panas.

Mei Yi memegang pipinya yang kemerahan akibat ditampar tadi.

" Kau nak bocorkan? Just do it, Alina! Aku dah taknak ambik peduli lagi! "

Drama apa lagi ni Ya Allah...


++++++

Anda rasa Seungkwan & Nazmi dapat jumpa Fatihah atau tidak?

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now