" NURUL FATIHAH!!!! "
Aku yang baru je balik kerja terkejut bila ada orang panggil aku.
Ini mesti si Nazmi.
Apa lagi si bodo ni nak?
" Kau nak apa bang, aku baru balik kerja ni. Jangan sampai aku baling pasu bunga mak tu straight ke kepala kau. "
" Rilek la dik, aku nak minta tolong boleh? "
" Apanya? "
" Masakkan megi untuk aku. Lapar. "
1 saat..
2 saat..
3 saat.." MASAK SENDIRILAH BODO, ALLAH DAH KASI TANGAN TU GUNA! JANGAN TAU NAK BELAI-BELAI GIRLFRIEND KAU JE HALAMAK-- "
" Kau ni dik, megi tu takat rendam dalam air panas je. Then siap! Easy! "
" Kalau senang kenapa kau tak buat sendiri je hanat, kenapa nak kena tunggu aku buat jugak- "
" Tak boleh, nanti kalau aku buat megi tu jadi mi rebus tetibe. "
Memang dah ke bulan abang aku punya mengarut ni.
Takyah layanlah.
" AH TAKDE TAKDE, ENGKO SURUH JE GIRLFRIEND KAU BUATKAN, DIA KAN RAJIN "
" Tapi dik- "
" AKU TAK DENGAR AKU TAK DENGAR "
Akhirnya aku dapat melepaskan diri.
Aku terus ke bilik. Niat nak mandi pastu melelapkan mata hehe.
++++++
Wahh~
Akhirnya aku dapat baring, rasa macam berada di syurga dunia ewahhhh.
Oh ya.
Aku ni kerja sebagai tour guide je.
Memang kerja ni nampak senang. Tapi, bayangkan engko dapat sekumpulan pelancong yang langsung tak tahu bercakap dalam Bahasa Inggeris?
Aku rasa macam tengah bercakap dengan angsa sia.
Dan aku asyik guide pelancong dari negara-negara Eropah je.
Bila nak dapat pelancong dari Korea pulak?
Huhu.
Teringin juga nak guide pelancong dari Korea.
Manalah tahu, tetibe dapat guide Seventeen ke? Hehe.
Ok stop Fatihah. Sedarlah yang kau tak akan jumpa mereka in real life.
Aku mampu tengok dalam handphone je.
Oh..cakap pasal handphone ni. Sekarang ni pukul berapa ya? Aku pun geledah beg untuk cari handphone.
AHA nasib baik jumpa, kang hilang sebulan aku nangis. Dahlah beli pakai duit gaji.
Baik, sekarang ni dah pukul 10.25 malam.
You know what time is it?
Time to sleep!!! MUAHAHAHA
Sebelum tidur tu, aku ambil wuduk dan basuh kaki dulu, kang mimpi ngeri aku juga yang sengsara.
Doa tidur pun sudah dibaca.
Aku melihat wallpaper handphone aku. Dah memang jadi tabiat mungkin.
AAAAAAAAA COMELNYA AKU GERAM BETUL DENGAN ANAK BOO NI.
Boleh dikatakan setiap malam aku meroyan macam ni.
Normallah tu kan? Dah nama pun peminat.
" Bayangkan kalau aku jadi bini dia, haih memang bahagia hidup aku~ Tapi aku hanya mampu berangan je huhu.. "
Hanya mampu berangan.
Dia tak tahu bahawa angan-angan dia akan menjadi sebuah realiti.
Hehe. 👀
YOU ARE READING
𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.
FanfictionPreviously known as 'Go Go Puasa + Raya' [ Season 1 ] Seungkwan kahwin dengan orang Malaysia? Perempuan Melayu & Islam pulak tu! Yang bestnya, diaorang berkahwin sebulan sebelum Ramadhan. Jadi boleh ke abe Boo kita ni puasa? Ke nanti dia minum air p...