[S1] Last Week Of Ramadhan 🌙

383 82 27
                                    


Lagi seminggu je nak raya, jadi mari aku senaraikan benda-benda yang Seungkwan buat sepanjang dia puasa ni.

( Alhamdulilah dia tak pernah ponteng puasa, cuma masa hari kedua dia mamai pastu pegi minum air paip )

→ Dia ikut abah pegi surau, terawih sama-sama.

( Masalahnya dia cuma terawih 8 rakaat je, habis tu dia terus join bebudak main baling selipar dan main mercun. Aku tak faham sungguh anak Boo sorang ni- )

Dia mengada-gada nak buat murtabak sendiri, last-last jadi martabat ( senang cite tak jadi ah )

→ Minggu lepas dia saja ikut Nazmi keluar jalan-jalan. Pastu si Nazmi tu boleh drift macam time aku kena culik haritu. Meroyan dia dibuatnnya. Sampaikan masa berbuka pun dia membebel tak sudah kat Nazmi.

→ Hari-hari dia main PS4 dengan Nazmi. Tak bosan ke siot.

Nak tahu tak? Mak & ayah Seungkwan nak datang Malaysia! Katanya nak tengok macam mana orang Malaysia ni beraya.

Seungkwan kata, lusa diaorang sampai.

Aku tak sabar! Nanti aku nak bawak diaorang tengok baju raya. Hehe dan mestilah aku akan belanja.

Kita sebagai menantu perlu pandai mengambil hati ibu bapa mentua supaya hubungan tidak renggang.

Gitewww.

Oh ya, masa diaorang nak balik Korea tu, aku ikut sekali yay!! Nak honeymoon kat sana.

Jangan risau, aku masih beraya kat Malaysia. Diaorang stay sini 3 minggu.

Hotel, makan minum semua Seungkwan yang uruskan! Anak yang baiklah katakan.

2 hari kemudian...

Ibu bapa Seungkwan telah selamat tiba di Malaysia. Alhamdulilah~

Diaorang tahu aku kena culik masa first day puasa haritu. Apa lagi?

Seungkwan kena bebel kaw-kaw dengan maknya. Ayahnya hanya mampu mengiyakan. ( aku kan faham Bahasa Korea )

Sebijik macam mak ayah aku.

Mak kanmain marah, ayah aku?

" Ha ye ye. "
" Lain kali dengar cakap mak tu! "

Ha macam tu jelah balasan dia.

Seungkwan membawa ayahnya berjalan-jalan di sekitar bandar, manakala aku pula membawa ibunya tengok-tengok baju raya.

Mak dia pun dah rambang mata tengok.

Baju yang ada, semua cantik-cantik belaka.

" Mak nak baju ni ke? Saya boleh belikan. " soalku dalam Bahasa Korea. Sebab aku tengok dia dari tadi asyik belek-belek sepasang baju kurung bercorak moden dan berwarna ungu.

" Eh tak apalah, menyusahkan kamu saja. "

" Saya tak pernah belikan apa-apa untuk mak, bagi jelah saya belikan? Bolehlah... " kataku sambil membuat muka comel.

" Aigooo...kamu ni comel betul, beli jelah sayang. " dia mencubit pipiku lembut. Aku memanggil pemilik gerai tersebut untuk menanyakan harga baju kurung tersebut.

" Bang, ini baju kurung berapa? " soal aku kepada seorang lelaki Bangladesh. Pemilik gerai barangkali.

" 60 ringgit saja adik manis~ "

" Aiyo bang, banyak mahal. Kasi murah sikitlah. Sikit je! " aku cuba untuk meminta pengurangan harga.

" 50 ringgit bolehkah? "

" Boleh boleh. Cantek bossku, nah ambik duit ni. " aku menghulurkan duit RM50 kepada lelaki Bangladesh tersebut.

" Terima kasih adik manis, sekarang jugak abang bungkus yini baju. " dia mengambil baju kurung tadi untuk dibungkus.

Gelinya aku dengar. Adik manis bagai.

2 minit kemudian, dia kembali dengan membawa bungkusan plastik yang mengandungi baju kurung tadi.

" Nah adik manis, selamat hari raya ya adik manis! Muah! " aku mengambil bungkusan plastik itu dan mengucapkan terima kasih sebelum berambus dari situ.

Geli siot. Mak Seungkwan pun pandang laki tadi kecik beso kecik beso je. Mungkin dia tak faham apa yang dikatakan tadi, tapi dia faham dari gaya percakapan kami.

" Kenapa dengan lelaki tadi? Mak memang tak faham apa-apa, tapi kenapa ada muah masa last-last tu? " soalnya.

" Alah biasalah, diaorang memang macam ni mak. Gatal sangat! " aku menghulurkan bungkusan plastik tadi kepada dia.

" Terima kasih ya sebab belikan mak baju ni. Mesti ibu kamu beruntung sebab dapat anak yang baik macam ni. " dia mengusap kepalaku lembut.

Ala nak nangislah gini.

++++++

" Hai sayang! Awak beli apa je masa jalan-jalan dengan mak saya tadi? " Seungkwan menegurku.

" Saya belikan baju raya untuk mak awak. Hehe. "

" Sukalah tu dapat baju baru. " kata Seungkwan kepada ibunya dalam Bahasa Korea.

" Mestilah suka! Kamu beli apa tu? Banyaknya? " soal ibu Seungkwan apabila melihat tangan anak dan suaminya penuh dengan beg plastik.

" Oh? Kami beli makananlah, apa lagi? Nanti boleh makan sama-sama dengan keluarga Fatihah masa berbuka nanti. " jawab Seungkwan.

" Kalau macam tu, marilah balik. Lagipun mak dah penat berjalan, haha. "

" Hehe ok mak~ "

Aku memerhatikan anak-beranak ni berbual. Nasib baik aku faham Bahasa Korea, kalau tak pishang kot sebab tak faham.

Aku menepuk bahu Seungkwan.

" Awak nak tahu tak, tadi ada sorang laki Bangladesh ni mengorat saya. " aduku kepadanya.

" APA?! LEPAS TU AWAK BUAT APA? "

" Saya berambuslah. Apa lagi? "

" Bagus, biasa dia tu, suka hati je mengorat bini orang. Sumpah jadi peti ais baru tahu. "

++++++

Hari punya berbuka rare sikit. Sebab ada mak ayah Seungkwan di meja makan.

Maka mak & abah cuba untuk berbahasa Korea tapi malangnya broken.

Seungkwan dan ibu bapanya tergelak kecil.

Kan best macam ni?

Barulah happy family gitewww.

Aku hanya mampu mendoakan ibu bapa Seungkwan dapat hidayah Allah pada suatu hari nanti.

Amin...

Sekian sahaja kisah seorang gadis biasa bernama Nurul Fatihah ini.

Terima kasih banyak kerana membaca!

- ※ THE END ※ -


Alhamdulilah. Akhirnya habis juga story ni walaupun endingnya agak ke laut sikit.

Jangan mintak season 2 please, hshshshs

Much love ❤🌸

𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.Where stories live. Discover now