Author pemalas kembali lagi hureyyyySeungkwan : *baling pinggan*
++++++
" Ya Allah...manalah budak bertuah ni pergi? Sekarang ni dah pukul 5 tahu tak? Lagi berapa jam nak berbuka haish. " rungut Nazmi yang duduk di tempat duduk penumpang.
Duduk pun dah macam cacing kepanasan.
" Kita nak cari dia kat mana lagi? Aku manalah tahu sangat tempat-tempat kat sini. " soal Seungkwan yang sedang khusyuk memandu.
Sebenarnya Nazmi yang perlu bawa kereta sebab dia ada lesen. Anak Boo ni memang ada lesen, tapi lesen dari negara Korea.
Tapi dalam situasi sekarang, kalau Nazmi yang bawa kereta, mahu terbabas kereta Pakcik Iman ni. ( ya inilah nama bapak Fatihah )
" Aku tak tahulah nak cari dia kat mana lagi Seungkwan oi! Dia ni bukannya jenis suka keluar rumah. Keluar pun sebab kerja je. "
Seungkwan hanya mengangguk.
Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.
" Ermm Nazmi, aku nak tanya sikit boleh? "
" Tanya jelah weh. Aku pun bosan ni ha, duduk salah, turunkan kerusi salah, hantuk kepala kat dashboard lagilah salah. " kata Nazmi sambil mengetuk perlahan cermin sisi kereta.
Tak tahulah mamat ni bosan atau mental sebab adik hilang.
" Fatihah ada bermusuh dengan sesiapa tak? " soal Seungkwan dengan muka seriusnya.
Soalan itu mampu membuatkan Nazmi jadi normal semula.
" Bermusuh? Setahu aku, budak tu hanat dengan aku je. Dengan orang lain dia baik je. Takdenya dia nak benci orang. Orang benci dia tu adalah. " jawab Nazmi.
" ...Orang benci dia? " desis Seungkwan.
" OH YA!!!! " jerit Nazmi secara tiba-tiba dan membuatkan Seungkwan membrek kereta secara mengejut.
" YA ALLAH DIA NI, ENGKO MENJERIT PAHAL? KALAU AKU TERLANGGAR POKOK KE HAPE, JAHANAM KERETA NI WOI. " marah Seungkwan.
" Sorry, sorry. Aku baru teringat sesuatu. Kau stop dulu kereta ni kat depan sana. " kata Nazmi sambil menunjukkan ke arah gerai makan yang ditutup.
" Okay. "
++++++
" Jadi kau tak kisahlah kalau aku canang kat semua orang kalau kau ni sebenarnya ada anak LUAR NIKAH? " soal Alina sambil menunjal-nunjal dahi Mei Yi.
Aku ternganga sekejap.
Ok aku dah faham, jadi si Mei Yi ni ikut je cakap Alina macam lembu tercucuk hidung sebab rahsia ni?
Bukan kaleng-kaleng minah cina ni.
" Just tell it! Family I dah tahu the actual story. I was raped okay?! "
" Hek eleh betina ni, kena rogol konon. Padahal masa kau kena serang tu, kau boleh je lari kan? Cakap jelah kau tengah sedap kan? Sebab tu anak LUAR NIKAH kau tu boleh wujud kan? " soal Alina bertubi-tubi. Sengaja dia tekankan perkataan luar nikah tu.
Masalahnya aku pulak yang geram dengan si Alien ni.
Cuba kalau dia yang kena, dia boleh lari tak?
Eh lupa, dia kan tak guna. Orang gila pun fikir 10 kali nak rogol ke tak.
Aku pun membuka mulut,
" Dey Alien durjana, kau cakap senanglah. Cuba kalau kau yang ada kat tempat Mei Yi tu? " dan ayat aku tadi mampu membuatkan Alina naik darah lagi.
" Ini lagi sorang betina tak guna! Aku tahulah dah sedap buat benda tu dengan Seungkwan kan? Kau nak mengajar aku pulak? Dasar sundal! " marahnya.
Kalau aku tak kena ikat, mati minah ni aku kerjakan rasanya.
Sundal apanya? Aku dah kahwin dengan Seungkwan kot, lantaklah aku nak buat apa pun dengan dia.
" Oh ya Fatihah...hari ni kau puasa kan? Haha kesian. Tapi aku tak puasa sebab aku taknak! " katanya dengan bangga sambil meneguk sebotol air mineral.
Peh bangga betul buat dosa.
" Dan 'lauk' berbuka kau hari ni lain sikit tahu~ " katanya lagi sambil memegang sebilah pisau.
Alamak.
Jangan kata si bodoh ni nak bunuh aku?
Ya Allah selamatkanlah aku...
++++++
Jangan risau, Seungkwan dengan Nazmi on the way.
YOU ARE READING
𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.
FanfictionPreviously known as 'Go Go Puasa + Raya' [ Season 1 ] Seungkwan kahwin dengan orang Malaysia? Perempuan Melayu & Islam pulak tu! Yang bestnya, diaorang berkahwin sebulan sebelum Ramadhan. Jadi boleh ke abe Boo kita ni puasa? Ke nanti dia minum air p...