Seungkwan : saya comel kan?
++++++
Nak dipendekkan cerita, akhirnya aku kahwin dengan Seungkwan jugak. Tapi, bukan kat Korea. Kalau kat Korea mesti kena intai dengan sasaeng fans.
Jadi majlis tu berjalan di Malaysia~
Aku gembira sebab dengan sekali lafaz je kami berdua dah bergelar suami isteri CIEEEEEEE
Yang tak boleh blahnya Vernon ada bagitahu aku yang si Seungkwan tu nervous giler. Sampai 5-6 kali keluar masuk tandas.
Tapi dia okay je.
Aku tak tahulah dia masuk tandas tu buat apa.
++++++
" YAY MEMBER AKU DAH JADI LAKI ORANG WUHUU!!! "
" TAK SANGKA SEUNGKWAN YANG KAHWIN DULU HIKS "
" LAHANAT PENGANTIN BARU-- SEMOGA KEKAL BAHAGIA, LAHANAT! "
Aku tersedak bila Dokyeom & Soonyoung menyanyi macam tu.
Belum sempat aku nak maki mereka berdua sebab nyanyi entah pape, mak aku dah tegur aku terlebih dahulu.
" Seungkwan, sini jap. "
" Yes eomma? "
" Kamu tu, dah jadi suami orang. Jadi jangan tunjuk perangai hanat kamu tu kat isteri ok? "
" Sebenarnya dah pernah tertunjuk dulu... " kata aku perlahan.
" Kamu cakap apa tadi? "
" Eh mana ada cakap apa-apa! Hehe. "
" Okay, pergilah bergembira dengan kawan-kawan kamu tu. "
" Huehue, baik. DEY ASAL KORANG NYANYI CAMTU?! SIAPA AJAR WOI "
++++++
Dari tadi Maya asyik bercakap tanpa henti. Dia ni kalau aku sumpah jadi mesin popcorn, apa pun tak dapat.
" Aku tak sangka weh kau dah kahwin, dahlah ada boyfriend tak roger aku hiks! "
" Untunglah dapat suami artis huhu. "
" Lawa weh gaun pengantin kau, kau tempah kat mana? "
" Makeup kau perfect harini! "
" Apa nama Islam laki kau? Ahmad Seungkwan? "
" Weh lawa siot kakak dia! "
Ya, semua dialog di atas ni kepunyaan Maya, kau bayangkan dia membebel sebanyak ni. Ikutkan hati nak je aku tampar.
" Astagfirullah Maya, kau diam kejap boleh? Dah macam mesin popcorn, meletup tanpa henti. "
" Sorry, aku excited. Hehe. "
" Aku yang kahwin, dia yang over. Dasar Maya! "
" Oh ya, aku lupa nak bagitahu ni. "
" Apa dia? "
" Selamat berseronok malam ni! " selepas berkata demikian, Maya terus berlari ke arah meja yang menempatkan makanan.
" MAYA!!!! "
Kuning betul otak minah ni.
YOU ARE READING
𝘀𝗼 𝗶 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗲𝗱 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗺𝘆 𝗳𝗮𝗻.
FanfictionPreviously known as 'Go Go Puasa + Raya' [ Season 1 ] Seungkwan kahwin dengan orang Malaysia? Perempuan Melayu & Islam pulak tu! Yang bestnya, diaorang berkahwin sebulan sebelum Ramadhan. Jadi boleh ke abe Boo kita ni puasa? Ke nanti dia minum air p...