"MAAFLAH tak dapat teman Yaya hari ini." Bersendu sahaja suara Alia di sebalik talian memohon maaf. Gara-gara dia menceritakan kejadian 'mafia' itu kepada suaminya, terus dia terpaksa menjadi penunggu rumah buat beberapa hari.
Huhuhu... hendak teman. Menyesal pula dia pergi cerita.
Yaya terangguk-angguk mendengar dengan telefon yang dikepitkan di celah tengkuk. "Ala, tak apa. Setakat hantar tudung-tudung ni, memang kacanglah bagi Yaya. Lagipun akak kan mengandung, duduk rumah!"
"Hrm, yalah." Alia seakan mengalah mendengar bebelan Sina Yaya.
"Hehehe..." Sina Yaya mengenyih sendiri. Matanya tidak semena-mena terarah ke arah bungkusan hadiah yang diletakkan di hadapan pintu pagar. Kotak apa itu?
Jangan kata... minda Sina Yaya menerawang kepada surat yang dijumpainya. Yakninya, dia yakin bahawa surat itu dari pujaan hatinya. Mengingatkan hal itu, pipi Sina Yaya yang putih gebu merona seperti disapu pemerah pipi.
"Yaya? Yaya dengar tak?" Alia bertanya memastikan Sina Yaya masih berada di talian.
"Ya, ya. Akak, boleh akak oncall sekejap? Nak ambil baranglah." Yaya meminta sambil matanya tidak lepas daripada kotak itu. Yalah, mana tahu ada orang nampak lepas itu bawa lari. Dunia ini tidak begitu mustahil.
Melainkan kalau dengar suara orang menangis masa jawab kertas Matematik Tambahan. Ha, itu tidak mustahil untuk terjadi.
"Nasib Yaya kata, baru nak kata benda sama tadi. Akak ambil makanan kat dapur kejaplah kalau macam itu." Kedengaran bunyi frekuensi mendatar menandakan Alia telah menggantung talian telefon itu.
Melihat peluang terhidang di hadapan mata, Sina Yaya menyimpan telefonnya ke dalam poket buat sementara waktu. Bungkusan tudung di dalam beg silang itu diletakkan di tempat duduk belakangnya.
Tujuan langkahnya hanya satu, ingun membuka penutup kotak 'hadiah' tersebut.
"Kenapa macam bau busuk sahaja? Takkan abang Gopal hantar makanan basi kot?" Sina Yaya menunduk sekali hidung yang dikepitkan dengan jari.
Jari-jemari Sina Yaya bermain-main pada permukaan kotak tersebut. Mahu loya jugalah tekak dengan bau menusuk ke hidung. Hendak muntah, teringat makanan sekarang makin mahal. Lebih lera telan baliklah.
Selang beberapa saat, kotak itu terbuka.
"Aaaa!"
Alia yang menyambungkan talian semula terperanjat dengan teriakan Sina Yaya. "Yaya! Yaya okey tak? Ke Yaya kena culik? Bagitahu lokasi Yaya, biar akak tarik telinga penculik itu dengan tangan Sait.."
"Bu... bukan." Menggigil tangan Sina Yaya mendekatkan telefon ke telinganya. Air mata ketakutan tidak berhenti mengalir di pipinya. "Aban... ada orang letak bangkai dalam kotak. Bangkai anak kucing."
Isi kandungan kotak tersebut ialah seekor anak kucing yang hancur perutnya, seakan digilis oleh sebuah lori. Mata kucing itu terkeluar membuatkan suasana makin mengerikan dan menyayat hati.
Satu kad terselit di tepi bangkai anak kucing itu. Ianya tertulis. 'Aku tak nak kahwin dengan kau' dan tandatangan palsu Gopal.
Masakan Sina Yaya mahu tergelak melihatnya. Mahu koma kalau bau bangkai masuk ke dalam mulut. Sudahlah encik Siao Afiq pergi bekerja manakala ibu Sina Yaya sedang tidur.
"Baiklah Yaya... tarik nafas, eh. Pergi tempat lain. Cerita apa yang terjadi. Kalau nak cerita sambil nangis pun boleh." Alia bersuara, cuba menenangkan gadis bernama Sina Yaya itu.
YOU ARE READING
Eternal Love
Romance𝐄𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐥 𝐋𝐨𝐯𝐞 ❤︎❤︎❤︎ 𝑩𝒐𝒐𝒌 1: 𝐴𝑛𝑥𝑖𝑒𝑡𝑦 𝐿𝑜𝑣𝑒 / 𝑃𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎 𝐸.𝑅 ... "Apa sebenarnya... makna cinta abadi bagi awak, Gopal?" - SINA YAYA Gopal Kadeen, dia bukanlah lelaki yang kaya raya. Dia seorang lelaki mualaf yang...