22 | EL

35 9 7
                                    

              BUNYI mesin pengesan jantung menyapa telinga. Dalam keadaan yang masih pening-pening lalat, keadaan putih sekeliling dilihat. Sina Yaya tertanya, apa yang sudah terjadi? Mungkin kesan ubat bius yang membuatkan memori sebelum pengsan hilang serta-merta.
  
    Matanya terarah ke arah jururawat berbangsa cina yang baru masuk ke wad biasa itu. Nampak macam bergayut dengan teman lelaki sahaja.
 
   "Ya, mama, Sebab sibuk lagi dekat hospital, tambah pula dengan tidak boleh rentas negeli lagi. Jadi, mungkin tidak sempat baliklah." Rupa-rupanya jururawat itu bersembang dengan emaknya di sebalik talian bersama dialek Cina yang pekat. Ish, siapalah yang buruk sangka jururawat ini telefon pak wa dia?
 
  Merenung ke arah alat bantuan penafasan yang dipakainya, baru Sina Yaya teringat dia terkena tikaman pisau daripada peragut. Dan, yang selamatkan dia... Gopalkah?

   "Dok... tor..." Lemah sahaja Sina Yaya memanggil jururawat itu.
 
  Tergamam jururawat itu melihat Sina Yaya tersedar dari komannya. "Mama, saya ada kerja ini. Nanti panggil lagi." Dia memberi kata-kata terakhir sebelum meletakkan panggilan. Dia beralih ke arah Sina Yaya. "Sekejap, saya panggilkan doktor!"

   Sina Yaya hanya membiarkan jururawat itu pergi memanggil doktor. Belakang tubuhnya terasa dicucuk-cucuk dengan jarum peniti. Di mana suaminya? Oh, lupa. Mana boleh ramai-ramai masuk ke dalam wad masa virus Covid-19 ini.
 
   Eh? Ke Covid-19 sudah menghilang? Hendak kata begitu... jururawat tadi berpakaian PPE yang lengkap.
 
   Doktor Elmarsya kemudian datang memeriksa keadaan Sina Yaya. Adalah tanya  berapa jari di hadapan mata serta ingatan wanita itu. Syukurlah, tiada apa buruk yang berlaku. 
  
   Doktor itu bersuara pada akhir pemeriksaan. "Kita pindahkan puan dekat wad biasa, ya? Barulah jumpa suami puan. Rasanya dia tengah solat Mahgrib itu."
 
   Sina Yaya hanya mengangguk. Perlahan-lahan kelopak matanya diturunkan. Walaupun dia tidak tahu berapa jam dia tidur, harap-harap bukan beberapa bulanlah. Eh, tetapi ada ke orang kena tikam di belakang, koma sepuluh tahun?

   Dalam drama memang ada berlambak.

   "Luka dekat belakang isteri encik itu masih baru, ya? Jadi kalau hendak gosok belakang isteri ke, gosok perlahan-lahan. Nanti tercabut jahitan, tidak fasal-fasal kena usung ke hospital semula." Sempat lagi doktor Elmarsya berseloroh dalam peneranganya.

   Malangnya, Gopal langsung tidak membuka telinga sebesar telinga gajah. Matanya sibuk menjeling ke arah El-Amin di sebelahnya. 'Sibuk sahaja Amin ini ikut aku. Ini bini aku, bukan bini dia."

   Kening doktor Elmarsya berkerut. "Encik? Encik dengar ke?" Hendak kata dia berbual dengan dinding, El-Amin masih mendengar.

   Pertanyaan itu berjaya membawa Gopal keluar dari lamunan cemburunya. "Oh, ya. Nak makan maggi sama-sama nanti ke?" Lain yang ditanya. Lain yang dijawab. Mahu sahaja doktor itu tepuk dahi bersama El-Amin.

   El-Amin memutarkan bola matanya. "Bukanlah. Doktor kata nanti kalau nak mandi dengan isteri kau, jangan raba belakang itu kuat sangat. Nanti terkoyak, tunggang langgang rumah." Sungguh tidak bertapis dengan penapis kopi mulut lelaki ini.

   Doktor Elmarsya segera menukar topik. Nyaris tiada kanak-kanak di sekitar koridor ini. "Baiklah, encik berdua sudah boleh melawat puan Sina Yaya. Puan Sina Yaya boleh keluar lepas Isyak nanti."

   "Terima kasih, doktor." Gopal menunduk terharu ke arah doktor Elmarsya ala ala budaya Jepun. Macam-macamlah engkau ini, Gopal. Jangan buat gila bergusti dengan El-Amin sudahlah.

   Doktor Elmarsya hanya memaparkan giginya di sebalik topeng muka. "Tidak mengapa, memang tugas saya."

   Sina Yaya bangun dari posisi baringnya tadi. Dia memasukkan tangannya ke dalam tudung lalu memegang tekak yang terasa kering. Aduh, dahaga pula. Tetapi rasa segan pula hendak meminta doktor minuman.

Eternal LoveWhere stories live. Discover now