12 | EL

58 11 63
                                    

           "ASSAMUALAIKUMWARAHMATULLAH." Kedua jemaah solat itu memberi salam secara perlahan-lahan. Selang beberapa saat kemudian, mereka memberi salam kedua. "Assalamualaikumwarahmatullah."

   Seluruh muka diraup Gopal. Zikir-zikir memuji kepada yang Maha Esa meniti di bibir Gopal setelah menunaikan solat fardhu Isyak. Gopal berpaling ke arah makmumnya di kirinya dan tersengih-sengih. "Saya baca doa dalam bahasa Melayu macam biasa, ya?"

   "Tak apa, bacalah." Sina Yaya hanya membenarkan. Lagipun, suaminya masih lagi mualaf. Tidak mungkin mahu memaksanya doa dalam dalam bahasa arab.

   Sesudah doa dipanjatkan, pasangan suami isteri itu bersalaman. Sempat lagi Gopal bergurau dengan mengelak tangannya dari terkena bibir Sina Yaya. Aura mereka seperti pasangan yang sudah bercinta untuk bertahun lamanya walaupun mereka menyangka mereka kahwin dengan bertepuk sebelah tangan.

    Namun, mereka berdua langsung tidak hormat kepada orang yang memakai singlet. Mentang-mentang sudah berbini.

   "Mesti seronok gila awak masak dengan banyak bahan macam ini, kan? Boleh tahan besar juga, ya?" Sina Yaya masih teruja dengan keluasan dapur Gopal sebesar tandas sekolah. Apa kerut dahi sambil membaca begitu? Tandas sekolah besar apa.

   "Memang mula beli itu, memang besar. Dah design dia kot." Gopal masuk ke dalam kawasan dapur. "Nak kata seronok, bolehlah."

   Terbayang di memori Gopal yang dia menggoreng mi goreng di sebelah dapur gas. Hahaha, lenguh hendak berdiri punya fasal. Ini kalau puan Jivanta melihatnya, habis benjol kepalanya terkena balingan periuk.

   "Boleh saya hendak masak dekat rumah awak? Yalah, hari itu awak masak dekat rumah saya, jadi biar giliran saya masak untuk awak sebelum tidur." Tangan Sina Yaya sudah aktif ingin memcuba dapur suaminya.

   "Masaklah. Lagipun, ini bukan rumah saya, ini rumah kita berdua, eh... sekejap." Gopal terhenti berkata. Sepertinya dia telah membuat kesalahan yang terbesar dalam hidupnya. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. "Eh, awak nak masak apa?"

   "Adalah, yang pasti bukan nasi. Nasi ambil masa pula nak masak." Sina Yaya yang telah meletakkan periuk di atas dapur gas Gopal. Mentang-mentanglah sudah dapat keizinan berlesen daripada Gopal.

   "Kalau kau nak buat satu keluarga sengsara, kau janganlah buang..."

  Gopal berusaha menghalang Sina Yaya daripada memasak, dalam masa yang sama, cuba menjaga hati isterinya. "Err, malam ini tak payah masaklah. Tengok tv ke... main Saidina ke. Kalau makan waktu malam, nanti saya dari gemuk jadi obesiti pula."

   "Tak apa, saya janji awak makan ini, tak akan obesiti punya. Lagipun saya banyak belajar daripada kak Alia. Jadi, jangan risaulah." Sina Yaya masih berkeras untuk memasak hidangan pada waktu malam itu.

   "Oh, kalau macam itu, ha, masaklah." Gopal hanya mampu pasrah. Harap-harap isteri abang iparnya itu mengajarkan benda yang benar. Kalau tidak, meranalah perutnya malam ini.

   Tuhan, selamatkanlah hambamu daripada merana malam ini. Aaminn.

    Gopal hanya memerhati Sina Yaya mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak. Melihat tin cendawan yang dibeli secara diskaun dikeluarkan, membuatkan Gopal tertanya apa yang hendak dimasak Sina Yaya. "Kejap, kenapa keluarkan cendawan? Nak masak apa ini? Bahan ini macam..."

   Sina Yaya ceria menoleh ke arah Gopal. "Ya, saya nak buat spaghetti carbonara. Selalu tengok orang buat, saya ada buat sekali dan abang saya pun puji sedap. Jadi saya cubalah buat lagi sekali."

   Entah mengapa makin berdebar pula jantung milik Gopal ini. Tetapi dia cuba menenangkan diri. Apa ini, Gopal. Isteri kau cuba hendak memasak, kau mahu patahkan semangat dia pula. Kalau dia salah masak, kita senyap-senyap betulkan!

Eternal LoveWhere stories live. Discover now