39 | EL

6 2 0
                                    

Bilik stor cafe Almanda
Pagi sebelum kejadian...

                EL-AMIN berpeluk tubuh mengerling ke arah dua ahli White Knight menanggalkan kulit kepala palsu dari kepala si Gopal. Skarf getah yang menampung rambutnya juga dibuang ke tepi. Gopal menggaru kepalanya.

     Aduh, rasa panas pula pakai benda ini! Macam mana ya perempuan sarung tudung setiap hari?

   Siao Fang bertanya ke arah El-Amin yang jauh mengelamun. "Kalau kau nak cakap sesuatu, baik cakap sekarang." Soalan itu dibalas dengan nguapan El-Amin.
 
     El-Amin menjegil ke arah lelaki itu. "Kenapa aku nak datang cafe ni? Setakat nak tunjuk ajar macam mana nak buang make-up, baik aku tengok Youtube."

   "Dan kenapa Gopal kena berlakon hilang ingatan dan cedera parah?" Gopal yang membetulkan rambutnya teralih ke arah El-Amin. Dia menarik nafas dalam-dalam. "Sebenarnya, aku ada jumpa pengesan lokasi dalam telefon aku. Sebabnya bila  aku telefon orang je, selalu rasa berdesing dekat telinga aku ni ha."

   "Jadi?" El-Amin menjongketkan keningnya. "Itu tak menjawab soalan aku."

   Siao Fang mengalih kakinya pada lutut. "Aku rancang, untuk tamatkan semua ni sampai ke sini. Dan aku malas nak libatkan adik aku satu hal. Kalau hari tu lawan tembak dengan orang jahat, esoknya main bom gamaknya." Sempat lagi Siao Fang mengutuk adiknya dengan panjangnya.

   "Dan aku guna teknik psikologi, kalau ada pengintip yang tahu Gopal hilang ingatan, mesti dia akan serang Gopal keseorangan..." Penerangan Siao Fang disampuk oleh Marisa.

  "Jadi mesti dia tak akan guna orang sekeliling Gopal sebagai tebusan." Marisa tersenyum seperti orang tidak bersalah setelah memotong kata Siao Fang.

   Siao Fang terdiam merenung lantai. Baiklah, aku malas hendak cakap mulai sekarang.

   "Kan, Gopal?"

   Marisa tidak sedar dia hanya memanggil tuan jasad tersebut, rohnya sudah pergi entah ke mana. Fikiran Gopal berligat memikirkan tentang khabar gembira diterimanya semalam. Rasa bersalah pula dia berpura-pura hilang ingatan sedangkan dia patut bergembira tentang cahaya mata itu.

   Macam mana kalau ada yang terjadi pada Sina Yaya... ataupun dengan dia?

  "ADUH!" Berdesing kepala Gopal berlaga sama dinding. Dia memandang gerangan yang berwajib menghantukkannya. "Kau kenapa, Amin? Hantuk hantuk aku... nanti aku hilang ingatan betul-betul nanti, baru padan muka!"

   Siao Fang pun... hiks, kenapa tidak menolong adik ipar kamu?

   "Dah kau macam nak pergi kayangan je, aku kejutkanlah kau balik." Tidak tahulah El-Amin berjenaka atau tidak dengan riak muka begitu. Serius sangat! Mungkin marah dikacau selepas Subuh tadi.

   "Kenapa kau tak buang saja cip dalam telefon tu?" El-Amin mencari muka Siao Fang, menyoalkan jawapannya. Sayangnya, wajah Siao Fang sekarang cuma berpacak pada lantai sahaja. Ala, Siao Fang... janganlah macam ini.

   Belum sempat El-Amin menyentuh kepala Siao Fang, segera Gopal menyampuk bagi menyelamatkan lelaki itu. "Kalau buang cip tu, kantoilah aku sebenarnya tak hilang ingatan. Jadi memang tak cabutlah."

   Akhirnya, Siao Fang bersuara. "Kau memang dah hampir kantoi pun. Peramah sangat macam tak serupa amnesia! Sampai aku terpaksa nasihatkan kau."

   "Aku mana masuk course lakonan dulu. Mana aku tahu nak berlakon amnesia macam mana?" Gopal membantah. Dia tidak tahu betapa berdebarnya kekalkan watak Gomnesia ini.

Eternal LoveWhere stories live. Discover now