40 | EL

14 2 0
                                    

                        TERCUNGAP-CUNGAP Izzkhair saat kakinya tiba di tempat Rizu berada. "Akhirnya! Huh... aku dapat pun kau, Rizu. Huh... huh... boleh pula lif tempat ni rosak." Kepalanya ditundukkan ke bawah, menarik nafas. Sempat lagi berehat setempat! Ini kalau tumbuk sekali mesti terlentang sudah ke belakang.

   Mata Izzkhair terbuka perlahan-lahan namun jasad orang yang dikehendakinya tiada di pandangan mata." Eh? Eh? Mana dia pergi?"

   "Tik. Tik. Tik."

   "Bunyi apa tu?" Jantung Izzkhair berdebar menangkap bunyi dari bawah meja. Segera dia jenggukkan kepalanya ke bawah, seperti dia sangka... ada bom di bawah meja tersebut!

   "Tik! Tik! Tik!"

   Setelah dibuka telinga sebesar gajah, Izzkhair baru perasan yang bunyi yang didengarnya bukan satu tetapi lebih dari disangkakan. Lambat-lambat dia mengundur sambil kepalanya didonggakan ke atas.

   Satu rangka kanan dinding, satu lagi di bawahnya, satu lagi di bawah meja yang ditemuinya tadi. Tetapi, bunyinya datang dari merata tempat! Nampaknya Rizu betul betul mahu musnahkan tempat ini!

   Izzkhair menekan butang alat penghubung pada telinganya. "Hello? Hello, Siao Fang? Alamak, bateri habis pula! Kenapa bateri pokai sangat!" Seraya mulutnya membebel, kakinya melangkah menurun ke bawah.

   Dia kena bagitahu Siao Fang tentang hal ini!

   Sementara itu, Siao Fang dan Gopal sibuk berseronok melawan dengan tuan Cralet. Hal ini kerana tuan Cralet mempunyai kosong pengetahuan cara melawan mahupun seni pertahankan diri. Yang beliau boleh buat setakat ini hanya dilipat, diaduh dan digolek oleh dua lelaki itu.

   Yang dua orang itu pula nampak ceria sangat berlawan. Hrm, mungkin melepaskan stress. Habis dilipat-lipat tubuh si Cralet itu. Hendak buat kuih lipat masa raya nantikah?

   "Bang!"

   Tukang membuat kuih Cralet berhenti dengan bunyi tembakan itu. Tambahan pula, peluru itu terkena tepat pada kaki kuih tersebut! Kurang asam betul, tak siap lagi kuih raya itu!

   "ARGH!" Cralet meraung kesakitan. Rizu cuma memandang kosong anak buahnya yang menderita tanpa sebarang reaksi. Rokok di mulutnya diludahkan ke tepi. Sampai suara Cralet sudah mati barulah dia mengalih pandangan ke arah Gopal dan Siao Fang.

   Segelintir orang E.R yang hampir kalah semakin berani dengan kehadiran ketua mereka. Semuanya acah acah berani. Cuba bawa polis atau pegawai JPJ, mesti terketar lutut teringat saman yang berapa bulan tak bayar! 

   Salah seorang ahli amatur White Knight menembak dada Rizu. Sayang seribu kali sayang, Rizu memakai baju kalis peluru. Baru sahaja Rizu ingin menembak ahli tersebut, Gopal sudah memberi tumbukan tepat pada Rizu.
  
   Serentak dengan itu, peperangan itu disambung semula. Yang bezanya, semangat E.R semakin menyala!

  "Hurgh!" Gopal melepaskan penumbuk sekali lagi pada Rizu. Rizu membuat serangan balas dengan memukul deras wajah Gopal.

   "Sebab lalat macam kau orang inilah yang ganggu ketenteraman hidup E.R!" Rizu meneranjang ke arah Siao Fang yang cuba menendangnya. Sesak perutnya rasa!

   Gopal berdecit kasar tatkala tumbukannya ditepis berulang kali oleh Rizu. Tidak semena-mena Rizu menendang Izzkhair yang mahu menumbuk curinya dari belakang.

   Peluang! Lantas Gopal pantas menelengkan pipi Rizu ke tepi. "Dan sebab binatang macam kau, ramai yang terkorban!"

   Tercampak jauh gigi hadapan Rizu. Bolehlah dia jadi geng dengan El-Amin. Baru sahaja lelaki itu ingin mengelap darah, perut dan dagunya telah ditendang kuat oleh Siao Fang sehingga Rizu terundur ke belakang.

Eternal LoveWhere stories live. Discover now