8 | EL

59 15 24
                                    

               "UH..." Sina Yaya merebahkan diri ke atas katil. Sesekali matanya memandang ke arah gaun pengantin di dalam almari dengan segaris senyuman. Esok merupakan hari besarnya... hari yang menukarkan status 'singlet' nya ke status isteri lelaki itu.

   Telefon di sebelahnya diambil dan dibuka aplikasi Instagram. Belek punya belek, harap-harap tidak jatuh ke muka. Mahu tersenget hidung esok di majlis kahwinnya. Lebih-lebih lagi guna telefon Nokia 3110.

   Melihat siaran dari @kementeriankesihatanMalaysia, Sina Yaya mengeluh. "Haih... macam makin naik nampaknya. Jadi 1,294 kes baharu pula."

   Membaca statistik kes harian itu, teringat pula akan hal perkahwinannya. Majlis perkahwinannya nantk akan diadakan secara kecil-kecilan. Tidaklah jemput ramai orang. Kau gila nak kena saman di hari pernikahan?

    Eh... jaga SOPlah!

    Bunyi pintu terbuka tiba-tiba. "Ha, main telefon! Baca mesej dari 'abang Gopal' Yaya, ya?" Jari telunjuk digoyang-goyangkan Alia. Haih... sudahlah main teranjang sahaja pintu bilik, siap buat nada mengusik lagi.

   Akibat suara Alia mengalahkan suara Tarzan itu, telefon Sina Yaya selamat jatuh ke mukanya. Segera dia alihkan lalu menjeling garang Alia. "Akaaak. Sakitlah! Mana ada mesej."

   "Hehehe... maaf, maaf." Alia menayang sengihan tanpa rasa bersalah. Hendak bagi penampar pada wanita ini pun ada. "Ha, sebelum Yaya jadi bini orang esok, jomlah makan maggi sama-sama. Alang-alang akak tidur sini sekejap."

   Sina Yaya menjongketkan kening seraya matanya terarah ke arah Alia yang mengusap perutnya yang membuncit. "Yakah? Eh, mana elok makan maggi masa mengandung! Tak elok! Yaya masakkan mihunlah kalau nak sangat." Sina Yaya bingkas bangun daripada katil.

   "Erm. Yaya ini sama sahaja macam abang Yaya. Huhuhu, mihun pun mihunlah." Alia hanya redha dengan keputusan Sina Yaya. Lagipun 'budak' di hadapannya ini yang berkungfu di dapur.

   Sina Yaya menutup suis lampunya. Sabar sahajalah hadap kakak iparnya ini. Harap anak saudaranya hanya mengikut sedikit gen gila si ibu mengandung ini.

   Sedang mereka berdua menuruni tangga, Alia bertanya sesuatu kepada adik iparnya. "Ha, yang Yaya cakap fasal orang yang kacau Yaya tu... Lasyin, kan? Apa jadi dengan dia?"

   "Eh, bukan Lasyinlah. Tapi, Layyin." Sina Yaya menjelaskan keadaan Layyin sejak peristiwa beberapa hari lepas. "Sekarang Layyin okey sahaja. Cuma kena tunggu masuk mahkamah dan dapat keadilanlah. Fuh, nasib tak kahwin dengan abang Jamsyir itu."

   Alia tersenyum sumbing mendengar ayat terakhir Sina Yaya itu. "Kan... nasib Yaya kahwin dengan abang Shaz Rukan Yaya itu. Kalau tidak, tidak merasala..."

   "Ha, akak jangan cakap benda lucah dekat sini, ya?" Sina Yaya memotong Alia daripada meneruskan kata-katanya. Sambil itu, dia memeriksa poketnya untuk mengambil telefonnya.

   Alia mengerutkan dahi. "Lah, bila masa akak nak cakap benda lucah. Kan Gopal belajar kulinari, masakanlah. Ke Yaya yang fikir benda itu sebenarnya? Haaa..."

   Kata-kata Alia tepat mengenai hidungnya. Alamak! Sina Yaya laju memberi alasan. "Eee, taklah. Ha, telefon tertinggal dekat atas. Nak pergi ambil, akak tunggu dekat bawah dululah, ya? Bye! Bye!"

   "Ceh, nak mengelatlah tu." Alia berpeluh tubuh. Kenal sahaja dengan perangai Sina Yaya ini! Tertoleh ke arah Puan Finna yang mengacau air di dapur, membuatkan Alia terdetik ingin membantu. "Ibu, nak Alia tolong ke?"

   "Fuh, nasib tertinggal telefon dekat atas katil. Kalau tak, malu aku dibuatnya sebab silap kata." Sina Yaya membebel sendirian saat lalu di hadapan bilik di mana abangnya dan Alia duduk buat sementara.

Eternal LoveWhere stories live. Discover now