SEEKOR monyet dengan sisa pisang yang diambil dari tong sampah melompat ke salah satu pokok. Dia mengigit pisang yang tersisa itu seraya matanya memerhati bahagian rumah di hadapannya.
Tingkap rumah itu dibuka. "Ah, kau mesti sepahkan sampah lagi kan? Ah, serabutlah aku kalau macam ini. Shuh! Shuh! Pergi!" Haih... menghalaunya pun macam hendak halau kucing.
Monyet itu lari daripada situ tatkala ditengking oleh lelaki itu. Abang ini, kedekut tempatlah. Saya hendak makan dekat atas pokok rumah abang, dihalau saya. Memang tak ada keadilan buat kami, kaum monyet.
Sudah itu, kau asyik curi makanan sahaja.
"Kenapa tadi?" Asap keluar daripada bibir lelaki bersut. Yalah, tiba-tiba orangnya keluar dan menjerit macam orang gila.
"Tak ada apa-apalah, tuan Cralet. Monyet tadi." Lelaki yang memarahi monyet tadi terus menutup tingkap dan menarik langsir. Dia beralih ke kawannya di sebelah iaitu Scotch.
"Baiklah, jadi kau ingat ke wajah yang nampak kau bunuh orang itu tadi, Galliano?" Cralet beralih ke arah Galliano yang berbalut kakinya. Inilah kesan apabila topeng muka kena air oren yang disimbah Sina Yaya
Galliano yang tersalah urat itu terhinjut-hinjut datang ke arah ketuanya lalu menghulurkan tiga keping kertas. "Itu wajah-wajah mereka yang aku lukis."
Kelihatan tiga keping lukisan yang serupa dengan muka Alia, Sina Yaya dan Gopal. Cralet seakan terkejut sebentar dengan potret lukisan Alia.
Cralet menunjukkan ke arah Alia yang berupa lukisan itu. "Ini bukan ke isteri pembantu ketua White Knight? Kumpulan mafia yang bekerjasama dengan polis?"
"Iya, benar." Scotch menjawab tekaan Cralet.
"Erm, pandai pula kau lukis." Cralet mengangkat kertas yang dilukis wajah Sina Yaya. "Tapi bila lukis muka aku, jadi jahanam jadinya. Kurang asam boi betul!"
"Hehehe..." Galliano tersengih tanpa rasa bersalah. Ingat comel ke sengih-sengih dengan hidung terkenang-kembang begitu.
Lelaki sebelah Scotch bersuara. "Jadi, bagaimana tuan Cralet? Kita hendak cari lokasi mereka bertiga ke atau teruskan rancangan kita dahulu?"
"Baik kita buat pilihan kedua dahulu. Lebih-lebih lagi salah seorang mereka merupakan aset penting dalam White Knight. Dan..." Cralet beralih pandangan ke arah bingkai gambar yang digantung di belakangnya.
"Kita perlukan bebaskan seseorang yang terperangkap oleh perbuatan WK."
"Selepas itu... kita bunuh mereka?" Scotch cuba mengagak tindakan Cralet seterusnya.
Cralet mengoyak senyuman sinis, membalas pertanyaan itu. Daripada senyuman itu, semua di dalam bilik itu dapat mengagak, mereka bukan sekadar membunuh ketiga-tiga individu itu.
...
Seorang perempuan ikal mayang termengah-mengah di hadapan tingkap rumah Sina Yaya. Bekas minyak berisi minyak gasoline dimasukkan ke dalam tingkap rumah yang terbuka.
Perempuan ikal mayang melompat masuk ke dalam rumah Sina Yaya, bahagian ruang tamu. Dia mengangkat kain yang menutup separuh mukanya yang hampir terjatuh.
Penutup bekas minyak itu dibuka. Disimbah minyak itu ke ruang tamu Sina Yaya, sehingga habis basah sofa dan karpet dengan tumpahan minyak tersebut.
"Siap pun." Perempuan itu mengeluarkan pemetik api daripada poketnya. Dia menghembuskan nafas yang sedikit bergetar sebelum menyalakan api.
Beberapa minit sebelum...
YOU ARE READING
Eternal Love
Romance𝐄𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐥 𝐋𝐨𝐯𝐞 ❤︎❤︎❤︎ 𝑩𝒐𝒐𝒌 1: 𝐴𝑛𝑥𝑖𝑒𝑡𝑦 𝐿𝑜𝑣𝑒 / 𝑃𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎 𝐸.𝑅 ... "Apa sebenarnya... makna cinta abadi bagi awak, Gopal?" - SINA YAYA Gopal Kadeen, dia bukanlah lelaki yang kaya raya. Dia seorang lelaki mualaf yang...