"HAMPIR satu warganegara negeri Selangor hampir kehilangan duit daripada akaun bank mereka. Yang pastinya, perbuatan ini dilakukan oleh seseorang yang profesional." Pembaca berita di dalam televisyen sempat berbisik sendiri. "Hey, macam-macam hallah waktu Covid-19 ini. Dahlah nanti mesti tak boleh balik raya."
'Eh, duit hilang? Fuh, nasib aku cek tadi ada... ke tiada?" Gopal yang mendengar berita itu pantas membuka telefonnya, hendak memeriksa duit dari akaun banknya secara online. Alhamdulilah, nasib mukanya tidak nampak macam tak berduit, kalau tidak mesti duitnya dicuri.
"Mana Sina Yaya?" Encik Siao Afiq yang baru keluar menyapa menantunya yang duduk di hadapan televisyen. Sunyi sekejap rumahnya setelah Siao Fang bersama isterinya pulang ke rumah mereka berdua.
"Oh." Gopal lantas berpaling ke arah empunya suara. "Tadi, dia masuk tandas dapur, ayah. Nak buang air katanya. Erm..." Teragak-agak Gopal mahu melunaskan permintaannya.
"Boleh tak kalau saya bawa Sina Yaya balik rumah saya? Tanya sahaja... kalau tak boleh pun tidak mengapa." Gopal memberitahu niatnya kepada encik Siao Afiq.
Encik Siao Afiq kelihatan berfikir sejenak sebelum memberi pendapatnya. "Ayah tengok kamu jaga Sina Yaya dengan baik. Jadi imam solat Isyak tadi pun tidak tersekat-sekat walaupun kamu mualaf. Masak pun pandai. Jadi, tanyalah tuan punya badan terlebih dahulu."
Mata Gopal bersinar-sinar mendengarnya. Teruja punya fasal, sampai menghadap satu badan ke arah bapa mertuanya. "Eh, ayah bagi greenlight ke?"
Bunyi pintu bilik air daripada dapur terbuka sekaligus dengan bunyi suis ditekan. Mendengarkan bunyi itu, encik Siao Afiq mengundur diri. "Ha, itu Yaya dah keluar. Tanyalah dia sendiri. Ayah nak tengok ibu dekat dalam bilik sekejap. Tengah mengaji rasanya."
Sina Yaya yang baru masuk ke ruangan ruang tamu hanya memerhati ayahnya berlalu pergi. Tadi seperti dia dengar orang berborak sahaja. "Eh, awak cakap apa dengan, ayah?"
"Fasal pi..." Gopal terhenti niatnya untuk menyatakannya. Tangguh dahululah. "Cakap biasa sahaja. Tak ada apa-apa yang serius pun."
"Oh, tak apalah kalau macam itu." Sina Yaya mengambil tempat di sebelah Gopal. Tidak ragu-ragu wanita itu mengeluarkan telefonnya. Aplikasi untuk menonton drama Korea ditekan. "Saya nak tengok drama Korea, ya? Hehehe...."
Gopal yang merasa bosan menonton berita mengintai drama yang dilayan oleh Sina Yaya. "Drama apa itu?"
"Oh, ini drama True Beauty. Selalu tengok kawan saya tengok, tapi selalu tak sempat sebab kena jahit tudung," beritahu Sina Yaya. Tetapi, mata masih memandang skrin telefonnya. "Baru dalam beberapa episod."
"Jahit tudung? Jual tudunglah?" Gopal tergamam mendengar kata-kata Sina Yaya. Tidak sangka isterinya serba-boleh. Tidak rasa menyesallah berkahwin dengannya.
"Ha'ah. Saya mulakan bisnes tudung lepas habis belajar dekat universiti. Hendak kata untung itu, alhamdulilah. Banyak juga rezeki dapat." Sina Yaya menjawab tanpa memandang Gopal. Matanya larit menonton cerita itu. Ah, hensem betul Suho!
"Oh, boleh kalahkan tudung Siti Khadijahlah ini." Dengan penuh yakin, Gopal memuji isterinya sehingga tidak perasan ada kesalahan di sebalik bicaranya.
Sina Yaya membetulkan kesilapan Gopal seraya menahan tawa. "Lah... Siti Khadijah itu buat kain telekung. Bukan buat tudung. Yang buat tudung macam Ariani, Adijuma..."
Terpaku Gopal mendengarnya. Salahkah? Bukan dia pakai tudung pun selama ini. Tidak mengapa, Gopal. Sentiasa yakin! Gopal terus menukar topik. "Ah... cerita ini cerita fasal apa, ya? Macam pernah tengok saja."
YOU ARE READING
Eternal Love
Romance𝐄𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐥 𝐋𝐨𝐯𝐞 ❤︎❤︎❤︎ 𝑩𝒐𝒐𝒌 1: 𝐴𝑛𝑥𝑖𝑒𝑡𝑦 𝐿𝑜𝑣𝑒 / 𝑃𝑒𝑚𝑢𝑑𝑎 𝐸.𝑅 ... "Apa sebenarnya... makna cinta abadi bagi awak, Gopal?" - SINA YAYA Gopal Kadeen, dia bukanlah lelaki yang kaya raya. Dia seorang lelaki mualaf yang...