25 | EL

42 11 86
                                    

               BERGEGAR pintu bilik utama itu gara-gara rempuhan Gopal. Jeritan yang mula tidak kedengaran mula menambah rasa gelisah di dalam hatinya. Kalau terjadi apa-apa kepada Sina Yaya, dia akan mula menanam rasa benci pada diri sendiri.

   "Yaya!" Gopal mengundur beberapa kali ke belakang. Saat dia ingin merobohkan pintu seperti lembu, tombol pintu berbunyi dari dalam lantas dedaun pintu bergerak ke dinding. Kerana tidak sempat menarik brek, Gopal terdorong jatuh ke hadapan.
 
   "Aaaa!" Gopal laju bangun tatkala jeritan ayu menyergah telinganya. Segera dia memeriksa orang yang dia tertindih tadi. "Yaya? Awak okey?"

   "Lah, itu bukan sayalah." Suara Sina Yaya mengejutkan Gopal. Gopal berpaling ke arah Sina Yaya di tepi pintu sebelum memandang semula ke arah sosok di hadapannya. Rupa-rupanya seorang lelaki yang menjadi penyambut jatuhnya tadi!
 
   Ah, kalau macam itu. Tidak perlulah dia rasa bersalah.
 
  Gopal meluru ke arah Sina Yaya. Bahu isterinya dipegang lembut lalu diperiksa sebarang kecederaan pada tubuh isterinya. "Yaya okey? Jantan keparat ini buat apa dekat awak?"

   Sina Yaya menolak lembut dada Gopal sambil tergelak kecil. "Tak adalah. Saya okey sahaja." Rasa takut tadi cuba Sina Yaya redakan. "Masa saya tidur, saya rasa macam ada orang tindih saya. Saya ingatkan hantu, terus saya terkejut dan guling ke sebelah. Lepas itu saya terbalikkan dia dan dia jadi macam itu."
 
   Gopal takut-takut menoleh ke arah lelaki itu. Dahsyat betul. Sampai lelaki berbadan sasa seperti itu dapat ditewaskan oleh wanita di hadapannya ini. Nasib baik dia tidak pernah terfikir untuk menyentuh Sina Yaya senyap-senyap... uhuk! Uhuk!
 
  Gopal tersedar sesuatu. "Tindih?" Gopal dengan penuh amarah memusingkan tubuhnya ke arah lelaki yang terbaring itu. Dia menarik leher baju lelaki itu. "Berani kau cuba rogol bini aku pagi-pagi buta! Kau memang jahanam!" Satu tumbukan dihadiahkan ke arah lelaki itu sampai Sina Yaya pun terkedu melihatnya.

   Lelaki itu terbatuk-batuk mengeluarkan gigi taringnya yang tercabut. Takut-takut dia menafikan. "Bu... bukan saya yang nak. Sa... saya miskin, bang. Ada orang suruh saya." Menakutkan betul keluarga ini. Nenek ini nak tolong aku ke nak bunuh aku?

   "Habis itu kalau dia ajak kau berak tepi longkang, kau pun berak tepi longkanglah?" Lelaki itu terdiam saat dijerkah Gopal. Sebenarnya dia mahu tergelak mendengar soalan itu, tetapi risau dia dihantar ke alam lain pula.

   Gopal sengaja melepaskan baju lelaki itu. Harap bil hospital tidak terlalu tinggi untuk lelaki itu bayar. "Siapa nama kau?"

   Lelaki itu mengaduh kesakitan. Lambat-lambat dia memberitahu namanya. "Gon... Gonpachiro."

   Gopal pada mulanya tidak beriak pada akhirnya barulah dia menahan tawa. Memang jenis mudah terhibur orangnya. "Hahaha, kau adik beradik dengan Kamaboko Gonpachiro ke?"

   Sina Yaya memberanikan diri berdiri di sebelah Gopal. "Kamaboko Gonpachiro tu siapa pula?"

  "Kamaboko Gonpachiro itu nama samaran Tanjiro dalam anime Demon Slayer." Gopal menjelaskan. Dia pun pergi sambung gelak, bagai lelaki itu tidak wujud di hadapannya. Entah mana pergi kemarahannya.

   Gonpachiro sudah pasrah. Menyesal pula dia memperkenalkam dirinya. Campur pula rasa rugi menerima perlawaan nenek itu. Huhuhu, amma! Nak balik!

   "Siapa yang hantar kau?" Persoalan itu bukan datang dari Gopal, bahkan daripada Sina Yaya. Tawa Gopal terhenti mendengar soalan itu malah turut menambah. "Jawab! Kalau tak kau yang aku hantar ke penjara?"

   Wajah seseorang itu tergiang-giang di dalam ingatan Gonpachiro. Kalau dia menjawab, pasti dia tidak mendapat habuan. Ataupun dia jadi mangsa di hadapan pasangan suami isteri yang menyeramkan ini...

Eternal LoveWhere stories live. Discover now