Sengaja

76 1 0
                                    

''Reunion sekolah menengah,'' aku menoleh belakang memandang jejaka yang ku gelar suami. ''Bukan satu sekolah lah. Just budak kelas aku.''

Ya, mereka masih menggunakan 'aku' dan 'kau' walaupun telah bersama sebagai pasangan suami isteri beberapa bulan. Tetapi apabila berada di kalangan ahli keluarga atau di khalayak ramai, lidah mereka ringan untuk memanggil satu sama lain dengan panggilan yang manja.   Aku memanggilnya hubby, dia pula memanggilku sayang. 

Pelik, lidah mereka terasa berat untuk menggunakan gelaran manja itu semasa berdua-duaan. Kedua-duanya lebih selesa menggunakan 'kau' dan 'aku'.

''Aku bukan budak sekelas kau, boleh ke pergi?''

Aku tersenyum dengan caranya bertanya. Ada bunyi seakan-akan suaminya itu budak skema. ''Boleh. Kot.'' Gadis yang berumur pertengahan 20an itu sendiri ragu-ragu dengan diri sendiri.

Tiada seorang pun kawan-kawannya sewaktu sekolah menengah mahu pun sekolah rendah hadir semasa dia berkahwin. Selang beberapa hari setelah berkahwin baru dia memberitahu kepada beberapa kawannya. Itu pun, tak semua tahu.                                                                                Mahu budak sekelasnya terkejut nanti apabila bertemu.

''Kau nak aku pergi ke?'' Soalan daripada suami aku menghentikan aku daripada lamunan ku. ''Jom,'' seolah-olah aku sendiri yang berkata putus. Si suami pula hanya mengangkat ibu jari tanda bersetuju. 

*************

Tiba di depan pintu pagar sekolah, aku menutup pintu kereta dengan perlahan, rasa pelik untuk datang ke sekolah menengah. Mana tidaknya, kali ini aku hadir bukan untuk belajar atau pun mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (S.P.M) tetapi hadir untuk bertemu rakan sekelas yang aku kenali sejak tingkatan 4 setelah beberapa tahun tidak mendengar khabar.  

''Jom,'' si suami sudah awal-awal menghulur tangan untuk dipegang. Aku dengan pantas memegang lengan tangannya dan bukan tangannya. tapak tanganku berpeluh kerana terlalu gemuruh untuk berjumpa rakan sekelas. Nasib si suami memakai baju lengan panjang, jadi tak ada lah dia tahu aku berpeluh.

''Panasnya tangan,'' si suami berkerut dahi. Aku senyum dengan perasaan bersalah, peluh aku memang panas selama aku hidup. ''Nervous bak hang.''

''Waktu kahwin tak pula peluh seteruk ni.''                                                                                                        ''Kahwin tak seseram jumpa budak kelas, cik abang,'' aku memberi pandangan tajam sambil menggigit bibirku yang menggeletar seakan-akan aku sejuk membeku.

''Balik rumah lah macam ni. Teruk betul nervous,'' si suami memegang lenganku untuk dibawa semula ke kereta. Namun jeritan panggilan namaku menghentikan langkah kami berdua. Kami menoleh ke belakang, kelihatan rakan-rakan sekelasku dahulu. 

"Tak boleh patah balik dah, dia orang dah nampak." Aku tersenyum hambar, mengeratkan lagi pegangan di lengan suami.

"Afifah!" Salah seorang rakan kelasnya menjerit lagi namanya, Farah. Aku dan Farah sering dianggap kembar ketika kami bersekolah. Barangkali kerana keduanya mempunyai kening tebal dan berkulit tan. "Ya!" 

Hampir separuh pekak suamiku, Zikri apabila aku menjerit. Almaklum, makin excited bertemu long-lost twin sister. Aku berlari perlahan ke mereka, meninggalkan suami.

'Pandai-pandai dia hidup,' aku gelak jahat seorang sebelum bersalam dengan cikgu-cikgu yang pernah mengajar ketika di sekolah menengah. Kemudian, sesi memeluk rakan-rakan perempuan. Aneh, rindu yang bertahun-tahun itu hilang dengan pelukan.

Sepanjang majlis reunion itu, aku seakan lupa bahawa diri itu seorang isteri sehingga lah mata dia bertaut kepada seseorang. 'Oh, ya, suami!' Aku tersenyum melihat Zikri, reaksi wajah pemuda itu memang sah menunjukkan dia marah bercampur merajuk. 

Cerita PendekWhere stories live. Discover now