Tiba di kawasan perumahan teres milik pemuda itu, 6 pakej dari pos laju tersusun rapi depan rumah."Kerusi belakang dah tak muat, letak kotak-kotak tadi."
Syazzwan meramas rapi rambutnya ke belakang. "Bonet saya pun penuh dengan barang kerja.""Letak dekat kaki saya je lah."
Pemuda itu pantas membantah. "Tak apa, saya pindah cepat- cepat dalam rumah. Takut awak tak selesa nanti.""Tak apa lah. Lagi pun, kita tengah rushing kan? Kesian Paan dengan Zaim tunggu." Aisya mengangkat dua bungkusan pos laju untuk diletakkan di tempat kaki kerusi belakang.
"Dua bungkus lagi, saya letak dekat kaki saya. " Syazzwan mengangkat sekali sebelum diberhentikan oleh aisya.
"Tak payah lah, Encik Syazzwan. Awak tak sampai tekan brek, clash dengan minyak nanti. Saya tak tahu lah jadi apa dekat saya dengan awak nanti." Aisya gelak tidak ikhlas.
"Kalau saya pegang satu bungkus atas peha, tak menganggu kan? " Pemuda itu masih berkeras ingin menolong. Kalau tidak kerana dia punya bonet kereta penuh, perkara sebegini tidak mungkin berlaku.
"Ya lah. Satu bungkus dekat awak. 2 bungkus dekat kaki saya. Satu lagi bungkus saya peluk. Jom, takut yang lain tunggu pula. "
Setengah jam bersesak di jalan raya, akhirnya mereka tiba di dewan majlis perkahwinan.
"Nasib baik kau orang on time!" Zaim pantas membuka pintu kereta bagi mengeluarkan kotak. Farhan pula sudah siap- siap menunggu di sisi Zaim dengan kerja di tangan bagi dua lagi kawannya yang baru tiba.
"Earphone? "
Masa di atas jalan raya itu tidak dibazirkan dengan sebegitu sahaja."Ah, " Syazzwan memegang telinga kirinya sebelum menjawab.
Setelah dipisahkan kepada kerja masing- masing, Aisya membawa diri ke kawasan masakan mencari kawan-kawannya yang lain.
"Tuan Puteri kita dah sampai!" Firdaus atau lebih dikenali sebagai Pidot itu sudah bersiap untuk menyerang gadis itu.
"Ya lah, Tuan puteri tu sempat lagi dating dengan orang hensem! " Hafiz atau lebih mesra Apiz menyampuk.
"Bukan orang hensem, piz! Tuan putera! Anak Raja! Hero Malaya lah katakan! Semua lah! "
Ammar menambahkan lagi kehangatan di tempat masakan itu. Lebih tepat lagi, belakang dewan majlis!"Dah mula dah, " Ilyas menolak perlahan bahu gadis yang separas telinganya itu.
Aisya hanya menjeling, malas mahu memanaskan lagi keadaan di situ.Tepat pukul 10.00 pagi, tetamu yang diundang tiba dengan membawa penuh keceriaan. Tidak kurang juga dengan kejelitaan dan ketampanan pengantin perempuan dan lelaki.
Majlis yang berlangsung selama hampir 6 jam itu tamat dengan sebuah pengambaran besar -besaran bersama keluarga dan kenalan keluarga pengantin.
"Awak bila lagi?" Aisya menoleh ke sisinya. Dia hampir hampir terlupa kewujudan jejaka yang memandu Myvi itu!
"Saya lambat lagi. Tak minat lah kahwin ni. "
Aisya ketawa di akhir kata."Kalau saya yang datang lamar awak, awak minat tak? " Senyuman di bibir jejaka itu dipandang lama.
'Manis sangat lah senyuman ni.' Suara gadis itu berbisik separuh hati.
"Sya! Ambil gambar, jom! " Panggilan Farhan itu mencuri perhatian sebelun dia menoleh ke belakang, mengajak pemandu Myvi itu.
"Jom ambil gambar." Kepalanya menoleh ke sisinya untuk melihat jejaka itu.
"Saya ambil songkok dalam kereta jap. Tadi tertinggal waktu pergi solat asar. "
Aisya berlalu dengan kain diangkat sedikit supaya mudah berjalan pantas.
- Dia cuma tidak mahu digelar pengganggu. Tiada sesiapa yang mahu digelar sebegitu.
YOU ARE READING
Cerita Pendek
Cerita PendekHasil karya aku yang tak seberapa. Semoga tulisan aku mengisi masa kau dan bukan bazir masa kau.