Kening tebal

450 3 1
                                    

Kening Tebal

"Perempuan, jarang lupa benda lama. Lelaki pun sama kan?" Suara Kak Ngahnya bergema di telinga.

"Tapi, lelaki tak seteruk perempuan. Sampai semua benda lama nak mengungkit. Susah lah hidup. Kalau setiap kali bersemuka mesti nak ungkit benda lama. Kenapa, murah sangat kemaafan lelaki ni? Susah ke nak buka hati?  Susah ke terima kemaafan? Jijik sangat ke, kenapa? Kenapa kena layan orang ikut taraf? Oh ya, sebab aku pernah ejek kau. Ya kan? "

Pandangan Nafisa dihalakan ke adik lelakinya, benar. Banyak kali dia cuba untuk dimaafkan gadis itu. Tapi, satu pun tak berjaya. Keras sangat hati si gadis itu, barangkali.

"Sorry, terlepas." Pandangan Amir dihalakan ke bawah, kemarahannya memuncak sampai tempias pada orang lain.

"Tak apa." Nafisa tersenyum kecil.

A new story of mine

4/11/2019
Fnbms

Kenapa seseorang itu perlu menghina kekurangan yang dimiliki oleh seseorang yang lain. Berulang kali soalan itu berputar di mindanya.

Kenapa juga seseorang yang dihina itu perlu mengambil hinaan itu sebagai sesuatu yang serius sampaikan apabila ada gurauan yang dibuat, tidak boleh diterimanya.

Bahkan apabila kemaafan dipinta, gadis itu masih berkeras untuk tak akan sesekali melupakan perkara yang lama.

"Over-dramatic." Panggilan yang sering diterimanya, apabila rakan-rakannya mengungkit kisah lama. Bukan salah dia, salah orang tu yang tak tahu nak jaga mulut.

*
"Sampai bila kau nak panggil aku dengan nama tu? "  Soalan daripada jejaka itu hanya didengarinya tanpa dijawab.

"Sampai aku, puas hati. " Soalan itu dijawab akhirnya. Puas hatinya. Bagi dia, kisah lama yang pahit tak akan boleh dilupakan. Apatah lagi, untuk dimaafkan sebegitu senang.

Sedangkan Korea mengambil sejarah lepas negara mereka dengan begitu serius. Mengapa tidak gadis itu.

*

"Nabilah," lamunannya terhenti di situ apabila satu suara memanggilnya. Orang-yang-panggilnya-kening-tebal.
Kening tebal miliknya diangkat sedikit.

"Kau balik naik apa petang ni?"

"Motor aku." Petir di luar berguruh mengejutkan gadis itu untuk seketika. Serentak itu juga, hujan turun dengan lebat.

"Kau nak tumpang aku? Aku naik kereta." Mata   hitam milik jejaka itu dipandang sekilas.

"Tak apa lah. Nanti aku call Uber, kalau hujan tak berhenti. By the way, thanks for offering." Beg sandang milik gadis itu dicapai sebelum berlalu meninggalkan Amir.

  'Kali kedua aku offer, kali kedua juga dia tolak.' Amir menghembus nafas kesal.

                          * * * * * * * * * * *
Dua jam dia menunggu hujan untuk berhenti, tapi tetap sama. Masih hujan lebat. Paling malang sekali, tiada sesiapa di rumahnya yang free untuk mengambilnya pulang. Kawannya yang lain pula, sudah pulang sejam tadi.

Bagus, ada orang offer dia pergi tolak. Dahinya ditepuk kuat. Untuk pertama kali dalam hidupnya, dia menyesal kerana menolak pelawaan orang.

Dari jauh Amir memerhati, bibirnya menguntumkan senyuman untuk pertama kali apabila berdepan dengan musuhnya. Dia memang tunggu peluang Ini. Dua jam dia menunggu gadis itu di parking motor. Dua jam itu juga, dia memohon agar hujan tidak berhenti. Alhamdulillah termakbul.

Memohon hujan turun memang bukan suatu dosa tetapi kalau niatnya salah, dikira dosa lah. Bibirnya tersenyum bersalah.

'Kalau memohon untuk merapatkan silaturahim , salah ke? '
Hatinya cuba menenangkan jiwa.

"Nabilah! " Jeritan jejaka itu didengari dengan jelas walau di bawah atap zink.

"Ya! " Gadis itu menghampiri untuk melihat empunya suara sebelum dia melangkah ke belakang semula.

" Tumpang aku? " Badan Amir menghampiri gadis itu. Takut suaranya tidak kedengaran walau badan mereka hanya dua langkah.

Soalannya tidak dijawab terus. " Kau naik kereta apa? "

"Myvi. "




Cerita PendekWhere stories live. Discover now