Aku Tak Alim 3

118 2 0
                                    


                    Semalaman dia tak tidur , soalan yang sama asyik menghantui dia. Betulkah pergi ke rumah Allah itu tidak memerlukan sebarang peraturan? Dia masih buntu dengan soalan itu, masih tiada jawapan bagi soalan itu.

Jauh di belakang rumah tinggalan ibu dan ayahnya itu ada sungai. Memang di situ lah, dia selalu pergi untuk menenangkan fikiran atau bersembunyi sewaktu kecil. Lebih- lebih lagi, apabila dimarah atau dirotan oleh cikgu atau ayah dan ibunya, dia pasti akan berlari ke sungai di belakang rumah.

 Dan sebelum maghrib juga, dia akan mendengar suara Aidilan memanggil namanya untuk balik rumah. Adiknya memang mahir bab-bab memujuk orang.Sampai dia terfikir, siapa yang adik, siapa yang abang sepatutnya.

    Walau matahari masih bersembunyi di sebalik awan pagi itu, dia masih tetap berteduh di bawah pokok yang mempunyai buaian lama itu.  ''Abang,'' suara Aidilan memanggil namanya, menghentikan dia daripada berfikir. Si adik berjalan perlahan dengan secawan kopi di tangan. Tahu yang si abang tidak akan meminta airnya.


Raidin memang kurang gemar minum kopi walaupun sudah menginjak dewasa. Tidak seperti adiknya, yang penggemar minum kopiwalau baru berumur 20 tahun. Kalau sehari adiknya tidak dapat secawan kopi, memang jawabnya adiknya akan terbaring di katil atau di sofa saja lah!


                                     ''Kau tidur malam tadi?'' Raidin memulakan perbualan. Kalau ikutkan dia memang tahu jawapan si adik sebab semalaman suara adiknya menjerit kepada telefon pintar semasan bermain game. ''Tak, sehari suntuk main game.'' Raidin mengangguk kepala, dia memang dah agak dengan perangai adiknya.

''Kau tidur tak?'' giliran si adik bertanya. Raidin hanya menggeleng kepala. 

''Kau fikir pasal semalam lagi ke?Aku rasa kau kena sampuk ni, bang! Hantu mana yang sampuk ni, biar aku cari bomoh untuk kau. Tiba-tiba, nak insaf. '' Aidilan merengus kasar sambil meneguk kopi panasnya itu.

Si abang masih berdiam, malas ingin bertekak pagi- pagi ni. Kalau ikutkan mahu saja dia hentak kepala adik dia, suka- suka hati meninggikan suara kepada si abang. 


''Kalau disebabkan perempuan tu kau nak insaf, abang. Tak payah lah, bang. Nampak sangat macam insaf kau tak ikhlas.''


Dahi Raidin berkerut sementara, dia tak pernah terfikir untuk berubah hanya kerana perasaan dia terhadap seorang perempuan.   ''Aku nak insaf sebab aku nak. Kau, jangan masukkan dia dalam hal ni.'' dia pantas mengangkat punggung setelah melepaskan luahan.

Tiba di rumah, dia sempat menjeling ke arah aidilan yang masih tidak bergerak di bawah teduhan pokok itu. Jam di dinding menunjukkan hampir 6.30 pagi. 

'Sempat ke aku solat subuh ni?' Dalam pertanyaan itu juga, sepasang kaki kurniaan yang Maha Esa itu bergerak ke tandas. Wuduk pertama yang diambil setelah sekian lama terasa janggal. Namun, jejaka itu masih meneruskan. Wajahnya yang dibasuh meninggalkan kesan segar yang lama. Tangan dan kaki yang dibasuh, rasa ringan secara tiba-tiba. 

'Nikmatkah ni atau ini sahaja perasaan aku?'

Pintu bilik milik arwah ibunya dibuka perlahan. Katil milik ibunya itu dibungkus dengan lapik putih nak mengelakkan katil daripada berhabuk. Sejadah yang tersadai di dalam almari baju diambil dan dibentangkan di atas lantai mengikut kiblat yang betul.

'Allahu.' Takbir pertamanya terasa berat bagaikan ada sesuatu di bahunya yang ingin menghentikan perlakuaanya. Air matanya mengalir perlahan, dadanya berombak naik ke atas dan ke bawah cuba mengawal perasaan. Sujudnya sengaja dilama-lamakan, dia memang tak ingat bacaan dalam solat itu. Al- fatiha yang dibaca tadi pun berterabur habis. Dia ingat- ingat, lupa surah itu. 

Masuk rakaat kedua, Raidin tetap membaca surah al- fatiha.

 ''Abang.'' Dia pantas menoleh ke belakang dan keluar bilik, mencari pemilik suara. Suara yang memanggil itu serupa seperti cara ibunya memanggilnya. Dia seakan- akan lupa apa yang sedang dibuatnya sebentar tadi.

'' kau pahal ni?''

Si adik yang sudah bersiap dengan baju t-shirt kelabu itu memandang aneh ke arah si abang. ''Kau buat apa dengan kopiah lama ayah tu?'' Bibirnya muncung ke arah kepala Raidin.

Raidin pantas mengambil kopiah itu dan menyembunyikan di belakang. ''Aku kemas bilik mak tadi. Saja cuba ayah punya kopiah, tengok muat ke tak.'' Dia cuba ketawa untuk menyembunyikan kebenaran.



''Apa- apa lah, bang. Jangan buat kerja gila lain sudah. kau solat tadi?'' 


Dia terkesima seketika. Dia sedang solat kah tadi? Bunyi ekzos motorsikal Aidilan perlahan- lahan meninggalkan perkarangan rumah.

''Aku solat ke tadi?'' Dia separa berbisik sambil memegang erat kopiah ayahnya itu. 

'Aku solat tadi?'

Sungguh pantas kau melupakan nikmat Tuhan itu.











''Maaf lama tak update, ini pun aku curi- curi masa nak taip.''

Terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi. =)











Cerita PendekWhere stories live. Discover now