Panggilan daripada Farhan dimatikan serta- merta, lagi sekali dia ditinggalkan oleh meraka. Mood dia sudah elok untuk pergi ke majlis perkahwinan kakak sulung Zaim. Namun orang yang menjemput ke majlis itu sendiri merosakkan mood nya.
Baju Kurung Kedah yang dipakai ditenung lama.
"Kawan aku dalam perjalanan ambil kau, budak sekolah kv aku dulu." Suara lembut Farhan seakan akan memujuk. Namun, aisya masih berdiam. Dia sudah tawar hati untuk pergi, kalau tidak kerana adik perempuan Arif memujuk pasti dia sudah batalkan niat untuk pergi.
"Aisya-"
"Wei, Aisya! Ala, merajuk lah tu kena tinggal! "
Kedengaran suara gelak sakan daripada firdaus dalam panggilan itu."Pidot, dia tengah merajuk tak guna."
Suara Farhan membela gadis itu hanya didengari. Kemudian, dia terus mematikan panggilan.'Kereta Myvi hijau tau, sya. XYZ 0010. Jangan naik kereta lain. ' - Farhan Tak Guna
'Jangan tak jadi na, kami tunggu hang ;-)'
- Ilyas Tukang masakMesej itu hanya dibaca tanpa dibalas. Dia tahu sangat yang mereka semua sengaja ingin menyakitkan hatinya.
Gadis itu terus keluar dari rumah sebelum menuju ke lif apartmentnya. Tiba di perhentian bas apartment, sebuah Myvi tiba pada masa yang sama. Dari cermin tingkap yang lut sinar Itu, kelihatan seorang jejaka yang kemas berpakaian Baju melayu berwarna ungu cair.
Aisya berjalan pantas ke kereta tersebut. Niat dia memang ingin duduk belakang, malas nak bersosial dengan orang baru. Namun, pemuda itu awal-awal lagi sudah mengalihkan beg kulitnya ke tempat duduk belakang. Gadis itu hampir mahu menjerit. Tangannya pantas bergerak seolah- olah memberi petunjuk yang dia ingin duduk dibelakang.
Seakan - akan doa dia didengarinya, jejaka itu memusingkan kepala menyedari kehadiran gadis itu. Beg kulit tangan itu dialihkan ke depan semula dan kunci pintu kereta dibuka. Aisya masuk dengan hati yang lapang.
Sampai di simpang jalan kawasan perumahannya, lelaki 20-an itu masih berdiam seperti si gadis. Tiada sesiapa yang mahu memulakan perbualan. Dua- dua anak muda itu seakan seperti sedang membina sebuah dinding yang besar di antara mereka berdua.
Tiba di lampu isyarat, Syazzwan akhirnya teringat pada sesuatu. Badannya membongkok sedikit untuk mencapai sesuatu di tempat dashboard. Lalu, dipasang pada telinga kiri.
'Earphone?' Aisya berkerut seribu apabila rekaan earphone itu tidak seperti yang biasa. Namun belum sempat dia ingin bersoal jawab, satu panggilan diterima daripada Zaim. Telefon pintarnya dibuka pada mod speaker supaya si pemandu boleh mendengar juga.
"Aisya, kau dekat area kajang lagi ke? Tadi, aku cuba call Syazz. Langsung dia tak angkat. "
"Ha, Zaim. Aku lupa tukar mod silent telefon aku tadi. Itu tak perasan, kau ada call." Aisya hanya memegang telefonnya memudahkan kedua-dua jejaka itu berbual.
"Okey, cun! Tolong ambil buah tangan untuk tetamu dekat Bangi Gateway. Aku ada hantar lokasi dekat Sya."
Panggilan telefon dimatikan serta merta, apabila suara milik Farhan dapat didengari."Semua benda last minute ni." Si pemandu itu membuat satu pusingan U-turn untuk ke Bangi Gateway. Tiba, di depan Butik Pengantin dan Goodies. Mereka berdua turun.
"Puan Syavriena. " Gadis itu menoleh pada jejaka awal 20-an itu. Namun, yang dia terima hanyalah sebuah cebikan. "Saya masuk dalam, nak cuba cari pemilik itu. Awak nak ikut tak? " Aisya pantas menggeleng, biar dia jaga kereta di luar sahaja.
Kurang dari 5 minit, dua pekerja lelaki keluar dengan kotak - kotak yang besar. Aisya pantas berlari membuka pintu kereta belakang. "Terima kasih", kepalanya dianggukkan sedikit sebagai tanda hormat. Kedua-dua pekerja itu turut membuat perkara yang sama.
Masuknya pekerja tersebut, pemandu kereta Myvi itu keluar. "Kena pergi rumah saya balik, Paan tertinggal barang yang yang dia tempah. "
"Apa pula yang tertinggal? "
"Goodies budak - budak. " Syazzwan sempat menjeling ke atas. Dia tak pernah sangka yang sikap alpa kawannya boleh seteruk ini.
"What? Benda penting tu! " Aisya separa menjerit. Masuk saja dalam kereta, Syazzwan terkesima untuk seketika apabila mendapati gadis itu kini duduk di sisinya. Namun, gadis itu hanya berlagak selamba.
"Kenapa?"
"Tak, rumah saya tak jauh pun. Area apartment awak. " Syazzwan menggeleng kepala sebelum kembali fokus kepada jalan raya.
Bersambung
YOU ARE READING
Cerita Pendek
ContoHasil karya aku yang tak seberapa. Semoga tulisan aku mengisi masa kau dan bukan bazir masa kau.