Kedudukan meja mereka di kafe yang jauh daripada bunyi yang mengganggu, memberi fokus yang lebih untuk menyiapkan tugasan kerja kursus.
Tiga orang pelajar yang berpakaian batik pada hari Khamis itu fokus pada laptop masing-masing. Jurusan Prinsip Perakaunan bukan lah apa yang diminat oleh semua pelajar. Hanya segelintir dan beberapa sahaja seperti jurusan Sains.
"Aku still tak dapat seimbang! "
Satu-satunya remaja perempuan yang bertudung bawal itu mengeluh keseorangan. Sudah banyak draf lejar dan akaun yang dia telah buat tapi masih sama. Masih tak seimbang!"Lajunya kau. Aku baru sampai lejar. " Tag namanya tertera Zaim di poket kiri baju batiknya.
"Jap, aku dah sampai Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. Nanti aku tengok apa yang kita lain." Arif mengangkat muka, memandang kawan perempuannya yang sudah hampir mengalah dengan tugasan yang diberi itu.
"Aku fed up. " Aisya menolak semua kertas draf di atas meja kafe sebelum menutup laptopnya.
Ramai yang bertanya kenapa dia memilih Akaun berbanding Sains. Dia memang minat nombor nak dibandingkan dengan fakta logik.
Cuma yang tak best tentang jurusannya ialah bila dia dah cuba sedaya upaya tapi jawapan masih tak seimbang. Semua pelajar akaun mengalami perasaan yang sama. Otak boleh meletup kalau baca semula semua bab subjek Prinsip Perakaunan sehari sebelum peperiksaan.
Jadi, semua pelajar akaun digalakkan membuat persediaan awal sebelum minggu peperiksaan. Itu apa yang cikgu akaunnya selalu ingatkan semasa di Sekolah Menengah.
' Dah buat persediaan pun gila juga cikgu.'
Alasan yang sering dia dan rakannya beri. Aisya mencebik seketika."Aku pun tak seimbang lah, Aisya. "
Remaja perempuan itu pantas menghantuk kepalanya ke meja. Dia memang dah agak benda ini akan berlaku. Kalau lah dia datang ke Kolej hari kumpulan dibahagikan, pasti benda ni tak akan berlaku.
"Kau ni, tak payah lah stress sangat. Aku ni pun stuck dekat lejar lagi. " Dahi Zaim berkerut tidak memahami mengapa remaja bertudung itu perlu stress.
"Chill lah. Aku cuba tengok balik mana yang salah." Tangan panjang Arif pantas mengambil kertas draf kawan perempuannya.
"Lejar aku ada 8, kau ada 9." Arif mula membandingkan draf yang mereka lakukan.
"Jap, kenapa aku ada dua je lejar." Zaim yang mula duduk bersila di atas kerusi itu mula terasa kehangatan membuat tugasan itu.
Beberapa pelajar lelaki yang tidak diketahui datang dari mana tiba-tiba duduk berhampiran meja bertiga.
"Buat akaun ke tu?" Ejekan nakal dari meja sebelah hanya dibiarkan tanpa dijawab.
"Bukan lah. Tengah buat karipap. Kau tak nampak ke doh yang aku buat bersepah atas meja ni. " Zaim membidas ejekan tersebut tanpa mengangkat kepala melihat pemilik suara yang mengejek.
"Garang juga, budak akaun ni. "
Masih tiada sesiapa di antara mereka bertiga yang mengangkat muka. Fokus 100 peratus pada tugasan yang akan dihantar dalam beberapa hari lagi."Tugasan minggu lepas ke? " Kerusi sebelah Aisya yang kosong itu ditarik ke belakang sebelum seseorang mula duduk tanpa meminta keizinan. Arif akhirnya mengangkat muka sambil mengeluh.
Seniornya yang sudah tahun ketiga di kolej ini. Dia fikir siapalah yang asyik mengganggu mereka tadi. " Haah. Kita orang stuck dekat A. P. P. "
Kepalanya menoleh ke kiri, kawan-kawan sama bangunan asrama dengannya, rupanya! Dia punyalah fikir pelajar yang baru masuk awal tahun ini mengganggu mereka.
"Sini, aku tengok draf. "
Aisya dan Zaim mula fokus pada senior mereka, Adrian. Dia memang popular dikalangan pelajar dengan kepandaian dalam jurusan akaun dan keaktifan dalam bidang kokorikulum. Lebih- lebih lagi, kalangan pelajar perempuan.
"Pergi dekat item yang sepatutnya ada dalam kelab dan persatuan. Ada satu item yang tertinggal. Akaun kawalan belum terima dengan bayaran, nanti check balik kiraan. Aku tak rasa kau orang kira yang jualan kredit tu. Lagi satu, lejar jangan lupa imbangkan. Arif, kau tertinggal lejar pembekal dengan perniagaan. Aisya, check balik draf sebelum ni. Kiraan dah betul, salah letak item je. "
Penerangan senior mereka itu didengari dengan jelas tanpa sebarang bantahan. "Pastikan, jangan cuai sangat lain kali. "
Tiada suara yang keluar, hanya anggukan faham dari mereka bertiga.
"Nasib baik aku tak ambil jurusan akaun masuk kolej ni. Belajar akaun dekat sekolah menengah pun, aku tak faham apa yang cikgu aku cakap apa. " Ilyas dari meja sebelah tu sempat lagi menyampuk.
"Itu sebab kau memang dah bodoh asas akaun. Kalau kau fokus, aku rasa kau boleh je bawa aliran akaun. " Adrian menggeleng kepala sebelum membuka beg sandangnya.
"Sakit dia lain macam pula dengar daripada abang. " Ilyas membuka sedikit butang pakaian batiknya. Hangat pula rasa tiba-tiba. Lebih-lebih lagi, apabila baru lepas dihina.
Kepalanya menoleh ke sisinya. Kawan kawan nya yang lain sudah mula fokus dengan tugasan projek engineering.Nasib badan lah. Dia seorang je yang tak ada tugasan sekarang. Tak ada kawan lah, dia nak sembang.
"Seimbang! " Jeritan gembira Aisya mengambil perhatian beberapa pelajar di situ termasuklah kawan semejanya.
"Dah kata, kalau tak cuai. Dah seimbang dari awal dah." Adrian hanya tersenyum sambil menggeleng. Dia faham sangat perasaan mendapat seimbang membuat akaun Ini.
"Cun, aku seimbang Sekali! " Arif turut bersorak gembira. Dia hampir ingin sujud syukur di tengah tengah kafe Itu.
"Alang Alang, kau orang dua dah seimbang. Sambung buat lakaran logo kelab kita. Aku nak sambung buat lejar lagi Ni. "
"Bukan kita dah siap ke lakaran logo tu. Tinggal nak hias je. " Dahi gadis itu berkerut seribu. Dia baru nak berehat selepas beberapa jam menyiapkan tugasan akaun ni.
"Kau lupa ke hari tu kan hujan lebat, lakaran tu terbang sekali dengan angin. " Zaim separa berbisik. "Alasan! " Aisya mengetuk meja marah, Zaim awal-awal lagi sudah berlari dengan kaki ayam ke meja sebelah.
"Tak apa lah, aku buat lakaran tu. Lagi pun, aku still ada gambar idea logo hari tu. " Arif pantas menyelamatkan keadaan. Dia kenal sangat sikap Zaim yang selalu cuai dengan tanggungjawab diberi. Tidak kurang juga sikap Aisya yang pantang dengan perangai seperti Zaim.
"Thank God. Okey, kerja aku dah habis di sini. Aku gerak pergi kelas lain pula. " Aisya tersenyum lega mendengar penjelasan Arif.
" Kelas apa? " Adrian bertanya setelah asyik menjadi penonton sejak dari tadi.
"Kelas berehat yang diadakan khas untuk Cik Aisya. " Jawapan gadis itu hanya menerima cebikan dari seniornya. Dia berjalan keluar dari kafe bersama beg laptopnya. Tangan gadis itu pula penuh dengan fail akaun.
Ilyas dari meja sebelah itu sudah awal-awal dihanyut mimpi. Zaim pula, berjalan semula ke tempat duduk dan menyambung tugasan.
-akaun
-fnbms
-12 mei 2020Vote
YOU ARE READING
Cerita Pendek
Short StoryHasil karya aku yang tak seberapa. Semoga tulisan aku mengisi masa kau dan bukan bazir masa kau.