Aku Tak Alim 2

230 4 0
                                    

Tiba di simpang rumah jiran lamanya,  anak ketiga Encik Shu itu terus turun dari motornya.

"Thanks lah, bagi tumpang!" Bahunya ditepuk perlahan oleh Asyfar.

"Tak ada apa lah. Biasa je. " Raidin tersenyum hambar. Nak dikira kebaikan yang jirannya pernah tolong dulu, tak terbayar.

****

"Pak Ajie kata, dia jumpa kau dekat surau. " Suara adiknya mengembalikan dia ke realiti. Hampir sejam dia duduk di luar rumah setelah pulang menghantar jirannya.

"Aku jumpa dia dekat kedai makan Mak Limah, habis satu kedai dia cerita. Aku nak makan pun tak ada mood. " Aidilan terus menghamburkan isi hatinya.

"Kau buat apa pergi sana, bang?"
Soalan itu bergema di telinga Raidin.
Salah aku ke nak pergi ke rumah Allah. Sejak bila aku perlukan alasan untuk pergi ke sana? Masa itu berlalu tapi kenapa kenangan silam itu masih kekal diingati.

Jijik sangat ke dia untuk ke rumah ibadat sehingga dia ditanya soalan sebegitu.

"Aku nak jadi baik pun salah ke, dik?"
Raidin berlalu masuk ke rumah, meninggalkan adiknya di beranda rumah.

"Tak salah tapi biar bertempat dan kena masanya, abang!"

Balasan jawapan itu tepat hinggap di hatinya. Niat mahu menyentapkan si adik tapi diri sendiri yang kena.

   Malam tu, buat pertama kalinya dia rasa susah untuk tidur di atas katil empuk. Terlalu banyak soalan di mindanya. Malangnya, dia tiada jawapan bagi satu pun soalan itu.

Dia sesat ke sesebuah jalan ke atau dia  sendiri yang meletakkan dirinya di situasi begini.

Tiada cahaya langsung di bilik itu. Tiada ketenangan.
Tiada jawapan.

Di mana dia boleh cari semuanya itu?
Tiada suara yang sudi membalas.

"Rumah Allah tu, sentiasa percuma untuk hambanya. Kau tak payah dengar cakap Pak Ajie tu sangat. Macam tak kenal je pak cik kau tu." Suara Asyfar ketawa perlahan.

"Okey, aku masuk dulu. Bawa motor elok-elok, jiran! Selamat malam! Assalamualaikum!"

Dia tersenyum sebelum membalas salam. Itu salam pertama yang dia jawab setelah beberapa lama. Ada sinar cahaya di situ.

Tapi dia tak alim untuk ke rumah Agong itu. Layak ke orang seperti dia ke sana.

Tiada papan tanda pun di depan surau itu yang menyatakan syarat-syarat masuk ke surau atau masjid. Raidin tersenyum sendiri.

Sebelum terlena dalam mimpi. Dia sudah bertekad mahu ke sana, tak kira apa jua halangan.





*cuti kuarantin, rajin pula taip cerita*

Terima kasih, pembaca sekalian.

Vote & Comment

Cerita PendekWhere stories live. Discover now