Andai Khayalan Itu Benar

73 0 0
                                    

Kalau diberi peluang untuk dilamun cinta gadis itu dengan pasti akan berpaling. Entah kenapa pun tidak tahu kerana jika dilihat ke masa silam dia, tiada langsung yang memberi kaitan kepada kenangan yang buruk berkenaan cinta. Kecuali ketika dia masih bersekolah menengah.


Bukan dia memiliki pun jejaka itu, hanya rapat.

Itu lah akibat berharap. Rapat tidak bererti apa-apa. 

Itulah remaja, bodoh tentang cinta. Bila disuruh belajar, dia pergi berharap.

Cuma kisah kali ini sedikit berlainan kerana apabila ditemui sekali lagi, gadis itu kini dimiliki seseorang. Sungguh senyuman di bibirnya itu seakan benar-benar dilamun cinta. Dia mencintai seiring dicintai. Mata-mata lain yang melihat pasangan itu asyik dengan kebahagian mereka. Tumpang bahagia sekali lah katanya.

Satu temuramah dengan gadis dan pasangannya itu berbunyi begini ;

"Keluarga dia siap tanya saya babak-babak dalam filem P. Ramlee." Si isteri memulakan apabila ditanya sesuatu yang pelik apabila mengenali pihak keluarga suami. Si suami di sisi sudah terperanjat namun tidak memberhentikan isterinya. "Saya dah kecut perut sebab yelah kalau ye pun layan filem P. Ramlee, saya tak ingat tajuk."

Si suami tersenyum, mula-mula apabila mengetahui fakta itu dia sendiri pelik. Mana mampu dengan pekerjaan isterinya sekarang, dia boleh menjadi seorang jenis lupa tajuk. Bayangkan isterinya lupa nama pihak yang dicuba untuk bela di depan Hakim. Habis tergendala kes di mahkamah itu!

"Tak cukup dengan soalan babak dalam filem P. Ramlee, ditanya pula lagu-lagu P.Ramlee. Itu dah tak kecut dah, memang dah terbang nyawa dah," wanita lingkungan 30-an itu ketawa menghilai lalu menyambung "part tu dah memang saya tak senyum dah, mampu geleng kepala je. Tak silap wan long yang tanya," si isteri menoleh ke suami yang masih setia merenung dan mendengar dari tadi.

"Wan long dah jerit ke dapur cakap 'hei bakal isteri kamu ni langsung tak tahu pasal P.Ramlee, kamu tu pula gila dengan P.Ramlee. Macam mana nak kahwin nanti'. Time tu saya dah menyesal, rasa nak patah balik Kajang waktu tu tapi awak balas 'nanti kahwin saya ajak lah maraton filem P.Ramlee, tak cukup tu kami karok semua lagu P.Ramlee sama-sama."

Si suami bersungguh-sungguh mengangguk kepala, setiap patah perkataan itu dia masih ingat di kepala. Satu rumah dengar dia menjerit sambil kisar kelapa tua, nak kan santan buat rendang raya tahun itu. Ajaib, suara dia lebih kuat daripada mesin pengisar itu. Wan long dia siap jenguk di dapur melihat dia yang asyik mengisar, sekali diheret si isterinya ke dapur waktu itu. 

"Saya yang tengah khusyuk kisar kelapa tu berhenti bila nampak awak sekali dengan wan long dekat dapur," si suami terus mencelah apabila pandangan isteri seakan membenarkan dia untuk sambung. "Wan long cakap 'maraton sebelum kahwin tak nak ke?' saya balas ' lepas kahwin lagi best, boleh duduk dekat-dekat'."


Indah bukan? Dalam beberapa tahun seseorang itu boleh berubah dengan sebegitu drastik. Gadis yang dahulu langsung tidak ingin dilamun cinta itu kini duduk bersebelahan pasangannya, bercerita bagaimana dia diuji oleh ahli keluarga pasangannya.

 

Diinspirasi oleh Kisah Bujang Lapok

16 Julai 2022 (ps, tulis tahun lepas. publish tahun ni hehe)


Cerita PendekWhere stories live. Discover now