2 bulan berlalu. Hubungan Daneen dan Aydan juga semakin membaik. Back to the old times. Daneen happy gila. Dia kadang bosan. Dia taknak mengganggu Aydan. Masalah syarikat Aydan baru juga selesai. Aydan ada cerita yang pengkhianat tu dah kena tangkap. Dah masuk jail agaknya.
Daneen terkejut mendengar loceng. Daneen berkerut. Siapa pulak yang datang ni desis hatinya. Dia berjalan melihat skrin kecil menampakkan seluruh kawasan di luar pagar rumah agam Aydan. Terpacak seketul Maryam di depan pagar. Daneen menekan interkom.
" oiii pahal ? "
Tanya Daneen. Pelik tetibe minah ni datang. Takde call pun.
" bukaklah gate dulu hawauuuu. panas ni. "
Maryam bengkek ja. Tanpa menunggu balasan, dia terus masuk ke dalam kereta. Menunggu Daneen buka gate. Rumah bapak besar dah. Security guard takde. Letaklah sorang guard. Kaya ja tapi lembab si Aydan ni. Kutuk Maryam dalam hati hahaha.
Daneen keluar menunggu Maryam sambil bercekak pinggang. Ada apa la si Maryam ni datang. Daneen menyalam tangan Maryam. Mereka berlaga pipi. Typical perempuan kan hahahaa.
" Sorang ja ke ? "
Tanya Maryam. Dia mengikut Daneen masuk ke dalam rumah.
" Haah. Aydan dah keluar pergi office balik. Dia balik kejap tadi lunch. Kak Mar dah lunch belum ? Jom la makan. Neen ada masak lauk. Ada lebih tu. "
Pelawa Daneen. Dia melihat Maryam. Segak nawww. Balik dari dating ke apa.
" Boleh gak. Aku lapar ni. Tak makan lagi. "
Daneen mengaja Maryam ke dapur. Maryam duduk di meja makan.
" Jap. Neen ambil nasi. "
Daneen mencedok nasi. Air sejuk coway juga diambil satu jug serta gelas.
" Ada apa ni Kak Mar ? Takde call pun nak datang. Ada apa apa ke ? "
Pelik juga dia. Selalu memang Maryam akan call dulu kalau nak datang. Ini main terjah ja. Maryam asyik mencedok lauk. Lapar betul perut dia ya hahaha.
" Mama suruh pesan. Isnin minggu depan kan nak balik kampung jenguk opah. Aydan boleh join sekali ke tak ? "
Tanya Maryam.
" Ohh. Aku dah cakap dengan Aydan. Rasanya Aydan okaylaa kot. Kalau tak boleh mesti dia dah bagitahu awal awal. "
Daneen memang dah bagitahu Aydan untuk cuti selama seminggu. Mama dia ajak balik kampung sama sama. Lagipun dah lama tak balik kampung. Aydan tak pernah jejak lagi kesana.
" Okaylaa kalau macam tu. Pastu kau nak tahu tak. Aku saja laa tanya mama siapa lagi ada dekat sana. Dia bagitahu family si usu tu pun ada. Haih. Aku dengar pun dah nyirap. Belum jumpa lagi. "
Penuh kegeraman ya muka si Maryam ahahaha. Sukati dia ja panggil usu. Ingat sebaya dia ke hahaha.
" Lah mak usu ada ke ? Aku ingat family kita ja balik rumah opah. Yang dia ada situ buat apa ? Bukan hari cuti pun kan. Yang tibee nak balik jugak kenapa. Alahai. "
Dia dua beradik memang tak berkenan betul dengan mak usu tu. Mak usu tu adik pada mama dorang. Tapi mak usu tu tak berkenan dengan dia dan Maryam.
" Aku dahlah menyampah dengan dorang satu family tu. Kau percayalah. Nanti dekat sana, mesti akan kecoh ada kes. Aku malas betullah. "
Rungut Maryam. Daneen pun pening kepala dah.
Dari dulu lagi Mak usu tak berkenan dengan Daneen dan Maryam. Last bertembung balik kampung pun 3 tahun lepas. Selepas kes Maryam, Daneen dan Alia bergaduh teruk. Pn. Zaza terus angkut semua balik. Setiap kali nak balik rumah opah mesti Pn. Zaza akan pastikan cuma keluarga dia sahaja yang ada. Dia taknak ada berlaku lagi pergaduhan. Dia juga sudah lama tak bertegur semenjak kes itu. Baru ini saja dia berbaik. Berbaik pun macam tak berbaik sangat.
" Tapi kan kenapa kau nampak berisi sikit ? "
Tegur Maryam. Daneen yang tengah mencedok lauk terus terhenti. Berkerut muka dia. Sudu dilepas dan dia bangun dari situ berlari keluar dari ruang makan.
Maryam dah eh eh eh apehal. Takkan merajuk kot. Maryam pantas bangun mengekori Daneen. Dia berkerut tengok Daneen menelek badannya di depan cermin besar di ruang tamu.
" Kak Mar. Semalam Neen ada cakap dengan Aydan tapi Aydan cakap tak gemuk pun. Dia tipu Neen la kan. Kak Mar pun tegur Neen dan berisi. "
Slow ja suara si Daneen. Maryam dah senyap. Tak tahu nak cakap apa. Sensitif sangat si Daneen ni kenapa. Padahal dia bukan jenis yang kisah pasal berat badan pun.
" Kak Mar jom teman Neen pergi klinik. "
Ajak Daneen tiba tiba.
" Lahhh kenapa ? Kau sakit ke ? "
Tiba tiba pulak ajak pergi klinik. Maryam dah berdebar hahaha. Cuak terus.
" Sebenarnya dah sebulan Neen lewat period. Neen ingat biasa ja sebab yela maybe sebab hormon ja. Tapi sejak sejak ni Neen kuat makan. Portion untuk 2 orang makan, Neen makan sorang. Malam malam Neen craving aiskrim. Tiap malam tau. Kalau tak dapat tu ya Allah, sumpah nangis. Itu yang Aydan borong aiskrim simpan dalam freezer tu. Pastu sensitif dengan bau. Tengok tu air purifier. Semua Neen bukak buang bau habuk semua. Neen tak tahan. Banyaah perubahan. Neen rasa Neen pregnant. "
Maryam melompong dengar. Daneen dah garu kepala. Dia pun sedar perubahan tapi dia tak fikir berlebihan. Dia taknak mengharap apa apa.
" Kalau macam tu jom laaa. Kita makan dulu. Pastu kau siap siap kita terus gerak. Kau bagitahu Aydan dulu kita nak keluar. Kang meracau pulak laki kau tu cari kau. "
Daneen selak ketawa. Sebab haritu dia keluar ke rumah keluarga dia. Lupa nak bagithau si Aydan. Phone pulak tertinggal dekat rumah. Habis semua orang Aydan call tanya mana dia hahaha.
____________________
" Takde apela Neen. Dengar cakap Kak Mar. Kita takkan pernah bersedia dengan sesuatu tu selagi kita tak lalui. Kau kena yakin dengan diri kau yang kau mampu. Kau tak lemah. "
Maryam cuba memujuk Daneen di dalam dakapannya. Daneen masih menangis. Dia memang tak sangka semuanya terjadi dalam masa yang singkat.
" Itu semua rezeki kau Daneen. Kau kena percaya. Tapi kalini tuhan tak teragak agak nak bagi kau terus. Sebab Dia tahu kau mampu. Dah jangan nangis lagi. Nanti baby dalam tu pun nangis. Kang dia ingat mama dia tak suka. Sedih dia nanti. "
Maryam menolak badan Daneen perlahan. Dia perlahan mata dan pipi Daneen.
Tiba tiba dia rasa sebak pulak. Tak sangka adik dia ni nak jadi mak dah. Daneen mungkin muda tapi dia matang orangnya. Dia sendiri pun tak tahu kenapa mak ayah dia decide nak nikahkan Daneen diusia muda. Dia taknak pulak dorang nikahkan hahahaha.
" Aku lupa pulak nak tanya mama. Kenapa dia taknak kahwinkan aku jugak ya. Kalau tak mesti dah berlaki dah aku. Anak dah dua tiga ekor berlari hahahahahahahha "
Daneen selak ketawa. Menyirap pulak dengan si Maryam ni. Tapi yela kan memang sampai sekarang dia tak tahu punca kenapa dia kena nikah. Bukan Kak Maryam.
" Dahlah aku cau dulu. Kau elok elok dekat rumah. Aydan lama lagi ke balik ? Ke Nak aku teman sampai dia balik ? "
Daneen mengerling jam. Baru pukul 8 malam. Kejal lagi Aydan balik laa tu.
" Takpela Kak Mar balik ja. Kejap lagi Aydan balik laa ni. Daneen pun letih dah. Nak naik berehat. Kak Mar hati hati bawak kereta tu dah malam ni. Kalau dah sampai jangan lupa bagitahu ya. "
Pesan Daneen . Seharian dia di luar dengan Maryam. Tapi dah rasa letih amat. Rasa nak baring tidur ja ni hahaha.
" Okay okay. Kak Mar gerak dulu. Bye take care Daneen. Love you. "
" Love you too Kak Mar "
YOU ARE READING
Beautiful Mess
Teen FictionDaneen Aria, seorang gadis berusia 22 tahun yang naif, cantik dan penyayang. Mempunyai keluarga yang cukup sempurna dan bahagia dan sahabat yang setia dan sentiasa ada bersamanya. Emran Aydan, seorang businessman berusia 29 tahun yang menjalankan p...