4

7.7K 289 9
                                    

Pagi - pagi lagi keadaan rumah Daneen dah riuh rendah. Mana yang tengah buat pelamin, mana yang tengah merewang kupas bawang sambil membawang. Eh. Dengan budak - budak kecil bermainnya, berlari sana sini. Bunyi bising khemah yang nak dipasang di laman. Tapi bunyi bising tu semua langsung tak membangkitkan Daneen dari lenanya.

" Ya Allah budak bertuah ni. "

Jerit Pn. Zaza. Dia menggeleng kepala. Sekejap lagi mak andam nak datang tapi budak ni tak bangun - bangun lagi. Astaghfirullah.

" Daneen. Bangunlah. Kamu tu nak bertunang sekejap lagi. "

Pn. Zaza menarik selimut Daneen. Digoyang badan kecil Daneen.

" Maaaaaaaaa "

Daneen merengek. Dia menarik selimut semula.

" Kamu bangun sekarang. Kamu pergi mandi. Kejap lagi mak andam datang Daneen. Kamu dengan tak mandinya. Kamu bangun cepattttttttttt. "

Teriak Pn. Zaza sekuat hati. Geram dengan perangai anak dara bongsu dia sorang ni. Langsung tak endah. Ini majlis dia tau. Daneen dengan berat hati bangun juga. Dia longlai berjalan ke bilik air. Rambut yang serabai digaru. Haduihhhh.

Pn. Zaza menggeleng kepala. Daneen asyik buat perangai je. Suruh pergi cari baju tunang, langsung tak bergerak. Kena dipaksa, diiring semua baru jalan. Itupun buat tak endah. Suruh pilih, main tunjuk je. Entah baju hape. Hujung - hujung dia juga yang pilihkan. Sama juga dengan pelamin. Daneen memang langsung tak endah. Biasa je dia. Semua Pn. Zaza yang uruskan.

Sayu hati dia setiap kali teringat perihal dulu. Kalau orang yang tak tahu mesti ingatkan Daneen dan Maryam anak kandungnya. Tapi sebenarnya dia cuma ibu tiri kepada dua beradik tu. Tapi kasih sayang dia untuk mereka berdua setulus kasih sayang akan anak kandung. Ibu kandung mereka meninggal sebab kemalangan. Umur Daneen 10 tahun, dia berkahwin dengan En. Izzat tapi tidak dikurniakan anak. Tapi dia tak kisah kerana dia sendiri dah menganggap Daneen dan Maryam macam anak kandung sendiri.



" Assalamualaikum. "

Ucap seorang wanita di luar pintu bilik Daneen.

" Eh waalaikumsalam. Haa masuk - masuk. Maaflah ya. Orangnya tengah mandi sekejap. Boleh tunggu ? "

Jelas Pn. Zaza lembut. Mengelamun pulak. Dia bersalam dengan Seri, si mak andam.

" Boleh Puan. "

Jawab Seri. Suka dia tengok Pn. Zaza ni. Lembut dan sopan je orangnya. Manis je muka.

" Maaf ya. Okaylah saya tinggal kamu dekat sini. Ada lagi kerja dekat bawah tu nak disiapkan. "

Pn. Zaza berlalu keluar dari bilik Daneen. Dalam perjalanan mahu ke dapur, Maryam menahan.

" Daneen dah bangun belum, ma ? "

Maryam bertanya. Risau dia adiknya tu tak reti nak bangun bangun.

" Dah. Baru je mama kejut. Sakit kepala mama dengan adik kamu tu. haih pening. Nasiblah kanu dulu tak banyak perangai macam ni. Kalau tak, tak tahulah mama. "

Bebel Pn. Zaza. Maryam ketawa. Dia cium pipi mama kesayangan dia sebelum berlalu naik ke atas.

Sebaik tiba di bilik Daneen, dia mengetuk dahulu sebelum menapak masuk. Kelihatan Daneen dengan bathrobe sedang disolekkan.

" Kak Mar ! "

Sapa Daneen. Maryam tersenyum memandang Seri dan Daneen. Tak sangka dia. Adik bongsu dia ni nak kahwin dah. Huwarghhhh.

" Kak seri. Ni kenalkan, Maryam Primrose. Kakak saya. "

Ujar Daneen ramah. Kak Seri bersalaman dengan Maryam.

Beautiful MessWhere stories live. Discover now