13

4.4K 204 14
                                    

Aydan menguruskan segala urusan berhenti kolej Daneen. Dia dah buat keputusan supaya Daneen berhenti kolej sahaja. Dah tak payah pergi kolej. Duduk je di rumah. Lagi selamat untuk Daneen kalau dia ambil online sahaja. Dia juga tak susah hati apabila memikirkan keadaan Daneen. Aydan menguap besar. Tangan masih laju menulis. Jam sudah tepat pukul 6 petang. Selalunya waktu begini dia sudah siap-siap untuk pulang ke rumah.

Aydan menggeleng kepala cuba menghilangkan menagantuknya. Seharian memang dia duduk di office sahaja. Makan pun tidak. Cuma sarapan sahaja di rumah sebelum dia berangkat pergi kerja. Dia teragak-agak untuk meninggalkan sahaja kerjanya dan sambung esok ataupun bawa je pulang ke rumah dan siapkan di rumah. Tapi Aydan tak sampai hati ingin bawa kerjanya pulang ke rumah.

Sejak dia berkahwin dia tak pernah lagi bawa kerjanya pulang kerana Daneen tak gemarkannya. Kata Daneen di rumah masa untuk keluarga bukan lagi kerja. Tapi esok dia ada meeting besar. Kalau dia tak siapkan, namanya dan juga syarikatnya akan dapat nama yang buruk.

Aydan membuat keputusan untuk menyambung saja kerjanya. Sebentar lagi dia akan menelefon Daneen supaya tak perlu menunggu dirinya. Dia takut dia balik lambat harini. Aydan leka membuat kerja sehingga tidak sedar jam sudah menginjak pukul 8 malam. Daneen juga dia terlupa untuk telefon. Aydan tersentak apabila pintu pejabatnya dibuka dari luar.




" Oh shitt !! "

Aydan punya jantung hampir tercabut. Dia tercengang melihat Daneen yang tersengih memandang dirinya.

" Baby ! Kau buat apa dekat sini ? "

Tanya Ayden. Jantungnya masih laju. Diusap perlahan dadanya. Daneen cuma tersengih dan menapak mendekati Aydan.

" Awak tak balik makan tengah hari dengan makan malam tadi. Selalunya awak akan call saya kalau awak balik lambat. Saya risaulah. "

Jelas Daneen. Dia mengemas meja kerja Aydan yang berselerak dengan kertas kerja.

" Ish tak boleh makan sini. Kertas kerja awak banyak sangat. Nanti tertumpah susah pulak. "

Ujar Daneen. Dia ada bawak bekal makanan untuk Aydan. Dia tahu Aydan mesti tak makan lagi. Dia ada pasang aplikasi track tu yang boleh nampak pergi mana apa semua. Itupun Aydan yang menyuruh download. Itu yang dia tahu Aydan seharian di pejabat.

" Jomlah masuk bilik. "

Aydan bangun dari kerusi kulitnya. Dia menapak ke sebelah dinding. Dari luar cuma nampak dinding. Tapi sebenarnya pintu yang dibuat khas. Supaya orang tak tahu disitu terdapat sebuah bilik.

Daneen tercengang melihat di dalam bilik tersebut. Besar gila dah macam studio. Ada ruangan untuk masak dan juga meja makan. Sofa dan tv pun ada. Katil pun ada. Almari pun ada. Wahh ni dah macam rumah sendiri dah ni.


" Cantiknyaa !! So kalau kita gaduh laki bini saya tahulah nak cari awak dekat mana. "

Daneen tayang muka bangga depan Aydan. Aydan berkerut. Dah kenapa pulak bergaduh laki bini bagai.

" Means saya tahulah nak cari awak. Awak mesti datang sini kalau kita gaduh. Sebab ni dah macam studio tau. Besar gila. Boleh tinggal dekat dalam ni. "

Aydan memggeleng kepala mendengar. Kalau si kecik ni kan ada ada jelah. Aydan memgambil bekas makanan di tangan Daneen. Dia menapak ke ruangan makan.

Dikeluarkan tupperware yang berisi makanan. Dia panaskan lauk di dalam microwave. Daneen masih teruja dengan bilik rehat Aydan. Dia siap main tekan tekan remote katil. Dasar jakun. Aydan menarik penutup kepala hoodie milik Daneen.

" Dah sini duduk. Teman aku makan. "

Aydan duduk di atas kerusi dan meletakkan Daneen di atas ribanya. Daneen tercengang. Dia duduk melunjur kakinya ke tepi. Tangannya memeluk leher Aydan.

Beautiful MessWhere stories live. Discover now